Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

» tambah owner lagi!
Sat Jul 24, 2010 8:38 pm by edora

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 33 on Fri Sep 30, 2016 11:47 pm
Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Antara aura Siti dan Mawi

View previous topic View next topic Go down

Antara aura Siti dan Mawi

Post by Admin on Wed Aug 26, 2009 12:55 am

TANGGAL 21 Ogos lalu, genap tiga tahun Datuk Siti Nurhaliza, 30, bergelar isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K. Tentu ramai yang masih ingat detik bersejarah pernikahan Siti di Masjid Wilayah Persekutuan diikuti persandingannya di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Bukan saja mendapat liputan besar-besaran media cetak di Malaysia malah di Indonesia sekali gus melakar sejarah apabila disiarkan secara langsung di TV3 dan disaksikan jutaan peminat di seluruh negara.

Walaupun perkahwinan Asmawi Ani atau Mawi dengan Nora Asikin Rahmat (Ekin) pada 20 Disember tahun lalu turut disiarkan secara langsung, tapi jumlah penontonnya mungkin tidak seramai perkahwinan Siti kerana hanya di kalangan pelanggan stesen berbayar Astro.

Apa yang nyata, populariti Siti belum terjejas walaupun sudah bergelar isteri dan Siti mampu menepis cerita kontroversi pada awal perkahwinannya apabila ada meramalkan ia bakal menjadi titik permulaan kejatuhannya.

Tidak dinafikan, pada awal-awal perkahwinan, teruk juga penyanyi Biarlah Rahsia itu dihentam dan dikritik masyarakat apabila memilih lelaki berstatus duda sebagai suami malah dituduh perampas.

Tapi Siti pekakkan telinga dan bersabar menerima semua itu. Malah Siti tidak sedikit pun menuding jari menyalahkan mana-mana pihak atau melatah dengan cerita-cerita yang dipaparkan.

Selepas dua tahun, kini Siti mampu mengatur masa depannya dengan lebih jauh lagi kerana disokong syarikatnya sendiri, syarikat suami dan kini syarikat yang Siti bina bersama suami.

Siti masih menjadi pilihan stesen televisyen untuk menjayakan program raya dan Siti bukan sekadar penyeri atau artis undangan tetapi program raya sendiri seperti Konsert Sesuci Lebaran Datuk Siti Nurhaliza untuk RTM dan Lantera Aidilfitri Bersama Datuk Siti Nurhaliza (Astro).

Siti juga berpeluang menunjukkan kemampuannya sebagai pengacara untuk program masakan Citarasa Bersama Datuk Siti Nurhaliza yang disiarkan setiap Rabu, Khamis dan Jumaat, jam 11 pagi di TV2 sepanjang Ramadan ini.

Tidak lama lagi, bakal muncul dengan kosmetik jenama sendiri malah dikatakan bakal menjadi produser filem dan mungkin juga pelakon melalui paparan kisah hidupnya sendiri di layar perak.







Sebelum ini ada produser sanggup melamar Siti berlakon dengan harga RM1 juta dan ditolak Siti kerana belum bersedia, kini Siti bakal menerbitkan filem.





Pasti akan ada yang terus sakit mata dan sakit hati melihat situasi apabila buka stesen itu muka Siti, buka stesen ini muka Siti juga. Tidak cukup dengan itu, buka akhbar ini cerita Siti, belek akhbar ini, cerita Siti lagi.

Kalau tidak, takkanlah setiap kali disiarkan cerita Siti dalam Harian Metro, saya akan terima surat 'cinta' dari pembaca setia akhbar nombor satu negara ini.

Kalau dulu saya menerima karangan surat dengan tulisan kemas dan bahasa tersusun walaupun sampai enam helai, kini coretannya sukar dibaca kerana diconteng-conteng ikut suka hati meluahkan perasaan geram dan marah.

Tidak cukup dengan itu, siap disertakan keratan akhbar yang direnyuk-renyuk dan dimasukkan ke dalam sampul besar. Saya katakan pengirimnya adalah pembaca setia akhbar ini kerana tahu saja setiap cerita Siti yang dipaparkan akan dikoyakkan kemudian dikembalikan dengan coretan luahan perasaannya.

Semoga pengirimnya boleh berfikir dengan waras bahawa apa yang dipaparkan itu bukanlah kerana wartawan dibayar oleh Siti tetapi media melihat nama Siti Nurhaliza masih mempunyai nilai berita yang tinggi (news value) untuk dipaparkan kepada pembaca.

Wartawan yang menulis juga tidak punya kuasa menentukan cerita Siti dipaparkan untuk muka depan atau muka tengah tetapi itu semua diputuskan pihak atasan selepas diusulkan oleh Pengarang Hiburan.

Walau ramai yang benci, ramai juga menyayangi dan menyokong kerjaya seninya. Kalau ditanya mengapa, jawapannya mudah saja. Tiada siapa mampu menidakkan bakat yang dimiliki anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini.

Kalau bakat tidak seberapa dan lebih bersandar kepada aura, setahun dua aura akan padam tapi kalau berbakat, dari setahun ke setahun diasah hingga lebih tajam. Hakikatnya, bukan mudah untuk kekal di atas kerana perlu memberikan yang terbaik.

Perkembangan kerjaya seninya terus dirancang seperti konsert dan album baru. Siti baru saja menjayakan Konsert Eksklusif Satu Datuk Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 26 Jun lalu dan tampil dengan album Tahajjud Cinta pada minggu kedua Ramadan manakala akhir tahun pula album duet dengan Kris Dayanti.

Tidak hairanlah kalau setiap tahun namanya dicalonkan untuk anugerah seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Anugerah Industri Muzik (AIM) dan Anugerah Planet Muzik.

Jadi, kalau orang mengatakan aura Mawi kini makin putar selepas bergelar suami, anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini perlu bekerja lebih keras untuk bangkit semula.

Ada mengatakan aura Mawi bakal bersinar semula menerusi filem Jin Notti yang bakal ditayangkan di pawagam pada hari raya ini. Dengan suasana industri muzik tanah air yang masih suram, agak sukar untuk penyanyi terus bertahan kecuali ada tapak yang kukuh untuk berdiri.

Apa yang dilalui Mawi dan Siti jauh berbeza kerana Mawi diminati kerana aura dan bukan bakat tetapi Siti memiliki kedua-duanya. Kini, segala-galanya dipermudahkan lagi apabila Siti berkahwin dengan usahawan.

_________________
http://forumcentral.forum-motion.com
Masuk kandang harimau mengaum..
Masuk kandang kambing mengembek..


Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

http://forumcentral.forum-motion.com

Back to top Go down

Re: Antara aura Siti dan Mawi

Post by ScOrPiO GuRlZzzz on Wed Sep 16, 2009 5:58 pm

sco minat kt siti..suara emas 2...x de sape dapat ganti siti skung..
mawi lak..sco x berapa minat..sejak die kawin ni,dh mcm pupus lak...xjarang kuar tv..kene kongkong ngn bini ke...

ScOrPiO GuRlZzzz
Manager
Manager

Posts : 628
Join date : 25/08/2009
Age : 28
Location : Selangor

Back to top Go down

Re: Antara aura Siti dan Mawi

Post by hafiz_mivec88 on Wed Sep 16, 2009 6:06 pm

mawi skang mcm dah dilupakan ble dah kawin...tp siti mcm biasa je wlupn dah kawin..populariti dia x turun

hafiz_mivec88
Manager
Manager

Posts : 654
Join date : 02/09/2009
Age : 28
Location : seremban

Back to top Go down

Re: Antara aura Siti dan Mawi

Post by nuwinzaaba on Wed Sep 16, 2009 8:07 pm

Kagum dengan sore Datuk CT... bertuah beliau kerana dikurniakan Yg Maha Esa suara yg lunak merdu berkrim disukai ramai ahaks...

Mawi lak no komen psl xmengikuti sgt perkembangan beliau... ape2 pon wish him best of luck!

Ape2 pon semoga hidup mereka sekeluarga dirahmati Allah selalu... amin3x ya robbal alamin...!!~~

nuwinzaaba
Manager
Manager

Posts : 554
Join date : 25/08/2009
Age : 86
Location : Bangi, Selangor, Malaysia

Back to top Go down

Re: Antara aura Siti dan Mawi

Post by sherah_koala91 on Wed Sep 16, 2009 8:58 pm

haha.. sherah lak tgk muke mawi uh semakin awi kan mcm muke gatal2 jek.. nape ek?? haha

ct best suare die.. nyanyi ape genre pun best..

sherah_koala91
Budak U
Budak U

Posts : 208
Join date : 11/09/2009
Age : 25
Location : selatan malaysia

Back to top Go down

Re: Antara aura Siti dan Mawi

Post by Sponsored content Today at 12:32 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum