Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

» tambah owner lagi!
Sat Jul 24, 2010 8:38 pm by edora

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 33 on Fri Sep 30, 2016 11:47 pm
Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

View previous topic View next topic Go down

Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by Admin on Wed Aug 26, 2009 5:51 pm

1. Tersiarnya maklumat ini mungkin mengundang konflik.

2. Maklumat yang anda bakal baca seterusnya akan mengesahkan kepercayaan anda.

3.Sekitar beberapa tahun lepas, saya menikmati makan tengahari bersamadengan seorang pegawai paling kanan berpangkat jeneral dalam angkatantentera (Nama tidak dapat disiarkan kerana saya bimbang maklumat iniboleh disalahgunakan, ketiadaan nama membolehkan sebarang konflikdinyahkan atas alasan ketiadaan kredibiliti).

4. Kesempatan inisaya ambil untuk bertanya satu soalan cepumas yang bermain dalam benakminda saya sejak sekian lama, soalannya cukup mudah, iaitu : BILAPALING HAMPIR NEGARA TERLIBAT DALAM PEPERANGAN?

5. Beliau terdiam, dan kemudian bertanya kepada beberapa orang awam lain yang duduk semeja

dengansatu soalan yang mudah iaitu Anda Kampung Mana?...ada yang cakap dariJohor, Melaka, Kelantan dan tiba lah giliran saya, saya jawab :"Sayaberasal dari......tetapi taat setia saya adalah Malaysia".

6.Beliau yang yakin dengan jawapan saya kemudian meneruskan percakapantetapi seorang pegawai kanan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM)ketika itu yang duduk semeja dengan kami macam saspen sahaja keranamaklumat ini cukup sensitif.

7. Sebenarnya negara kita hampir diancam bahaya peperangan pada tahun 1988, jawab beliau mudah.

8. Beliau meneruskan percakapan, kita hampir berperang dengan Singapura kerana isu air.

9. Ya, pembaca sekelian sila semak akhbar lama mengenai krisis perjanjian air Malaysia dengan
Singapura pada tahun 1988.

10.Sayabertanya kembali, bagaimana pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahukeadaan begitu kritikal sampai hampir kepada bahaya peperangan?.

11.Katanya,pihak ATM berjaya memintas sistem komunikasi Singapura melaluimesej-mesej yang dihantar kepada rakyatnya di Malaysia.

12.Mesejitu meminta semua rakyat Singapura pulang dan terdapat keadaan luarbiasa di kawasan sempadan pintu masuk Johor Bahru-Singapura ketika itu.

13.Saya bertanya kembali, jika perang, adakah ATM mampu menang memandangkan Singapura sangat kuat dari segi material tenteranya?

14.Beliau jawab, TIDAK...KITA TIDAK MAMPU MEMENANGI PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA SEMASA ITU, KITA PASTI HABIS.

15.Jawapanbeliau sangat menghampakan saya tetapi kemudian jeneral itu menambahlagi, TETAPI SEKARANG JIKA KEKUATAN ATM TINGGAL 50 PERATUS, KITA MAMPUBANGKIT DAN MENGHANCURKAN MEREKA.

16.Kepada pembaca sekelian,pada tahun 80 dan 90an, negara kita tidak mempunyai senjata ofensifmalah pasukan tentera kita yang telah menang perang dengan komunis barusahaja memasuki arena peperangan konvensional sedangkan Singapura yangsudah menikmati keamanan dan kekuatan ekonomi sejak sekian lama sudahpasti berjaya membangunkan kekuatan tentera mereka bertahun-tahunlamanya.

17.Saya amat sering ditanya jika ATM berpontensi menang dalam peperangan dengan Singapura
malahan saya juga suka membuat tinjauan sendiri mengenai persepsi rakyat Malaysia mengenai
peperangan dengan Singapura.

18.Nampaknyaramai di antara rakyat kita yang tidak yakin ATM akan menang, kalau adayang yakin pun balik-balik menggunakan hujah yang bangang dan tidakrelevan langsung dengan strategi peperangan hari ini.

19.Apa itu hujah bangang??? hujah yang sering digunakan adalah kita lebih ramai bilangannya.

ANALISIS PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA, VERSI BARU BUKAN TEORI MERSING LINE

20.Seorangsaudara saya yang merupakan anggota tentera Singapura sendiri tidakyakin Singapura akan menang perang panjang dengan Malaysia, peperanganMalaysia dengan Singapura akan jadi satu peperangan yang sangat-sangatsingkat, kata saudara saya itu.

21.Bekas Perdana MenteriSingapura Lee Kuan Yew sendiri pernah mengaku bahawa Singapura bolehbertahan selama 2 bulan sahaja jika berperang dengan Malaysia.

22.MungkinLee mahu menipu minda orang Malaysia kerana sejarah moden telah punmembuktikan bahawa negara-negara kecil seperti Israel akan memastikanpeperangan dengan seteru mereka berlaku dengan tempoh masa amat singkatseperti Peperangan 6 hari yang berlaku di antara Israel dengannegara-negara Arab pada 196oan dahulu.

23.Sekarang anda pasti kebahawa Malaysia tidak ancaman, saya sendiri sentiasa melihat Singapurasebagai ancaman yang besar malah percayalah negara itu berpotensi untukmelakukan tindak agresif terhadap kita.

24.Anda kata saya mengarut???...Baiklah, saya sebenarnya dilahirkan di Singapura dan saya
sangat-sangatmemahami mentaliti orang Singapura tetapi berita baiknya, saya di pihakanda, saya sejak dari kecil tinggal, bersekolah di Kuala Lumpur danJohor Bahru dan kini warganegara
Malaysia.

25.Singapura akan berperang hanya satu sebab sahaja iaitu AIR.

26.Hari ini saya masukkan tiga sebab iaitu AIR, TANAH dan sekuriti Singapura sebagai sebuah
negara pulau pelabuhan yang hebat.

27.MantanPerdana Menteri kita iaitu Tun Seri Dr Mahathir Mohamad seorang yangcukup genius dan melihat ancaman Singapura sebagai sesuatu yang sangatserius, malahan beliau melihat lebih jauh iaitu Singapura sebagaiproksi Zionisme di rantau ini.

28.Kita tahu pada zaman beliauMalaysia mahu memusnahkan Tambak Johor tetapi projek ini terbatal danketika itu banyaklah suara-suara sumbang yang menyebutnya projekjambatan itu ada kaitan dengan kronisme atau kaitan dengan pengikut2Mahathir.

29.Yang mereka tidak tahu adalah, pembinaan jambatandi Johor Bahru itu sebenarnya merupakan kehendak Sultan Johor danMahathir diminta membuatnya.

30.Pasal itu apabila PerdanaMenteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkanpembinaan jambatan ketika di sebelah Changi, Sultan Johor tidakbersetuju.

31.Sultan Johor hanya mahu Tambak Johor di buang dan digantikan dengan sebuah jambatan.

32.Andahendak tahu mengapa??? Sultan Johor bukan sebarang sultan, beliau tahubahawa pelabuhan terbaik di selatan sebenarnya adalah pelabuhan Johordan bukan pelabuhan Keppel di Singapura.

33.Cuba anda lihat geografi, pernahkan anda terfikir mengapa Johor tidak menjadi sebuah
pelabuhan dan mungkin ada yang mempertikaikan pendapat ini, kononnya Selat Tebrau sempit.

34.Saya ingin bertanya, jika Selat Tebrau sempit untuk laluan kapal, pernahkah anda melihat
bertapa sempitnya Terusan Suez dan Terusan Panama?.

35.Tulisan pada baris ini terpaksa dipotong (delete).

36.Sayamasih ingat beberapa tahun dahulu ada cadangan untuk memotong gentingSegenting Kra di Thailand untuk menjadikannya sebuah terusan.

37.Kosnya sangat mahal tetapi yang penting Singapura sudah beberapa kali mensabotaj projek
tersebutsehingga gagal dan hari ini dengan kekacauan di Thailand, harapan untukmelihat sebuah terusan di Segenting Kra tidak akan ada kesampaian.

38.Hari ini, Singapura dibangunkan dengan kekuatan tentera yang tidak ada tolok bandingnya
dengan mana-mana kuasa di rantau ini.

39.TunMahathir percaya, jika tambak Johor itu dicabut, ekonomi Singapurasedikit sebanyak dapat dilemahkan, perairan Selat Tebrau sebenarnyasangat dalam dan kapal-kapal besar mampu belayar di selat itu.

MERSING LINE DIGANTI DENGAN SERANGAN DARI KUANTAN

40.Kemudiandatanglah pula Tim Huxley, yang menulis buku Defending Singapore dansejak dari itu terkeluar pula strategi Mersing Line di mana tenterarepublik itu mampu melumpuhkan kekuatan ATM dalam masa dua hari sahajadan akan memasuki Johor sebelum bertahan di satu garisan maya yangdipanggil sebagai Mersing Line.

41.Garisan itu dijadikan kerana tentera Singapura tidak mampu bergerak lebih jauh disebabkan
masalah kekurangan anggota serta bekalan logistik yang agak panjang.

42.Itu yang mereka mahu anda fikir, tidakkah bodoh teori itu apabila Singapura mengenepikan
ancaman TUDM dari Kuantan dan Gong Kedak.

43.Baru-baruini, seorang sahabat saya, Nasir (kini jurukamera Channel 9 diSeremban) yang hari ini bersara sebagai kapten dari Rejimen Gerak Khasmengenepikan teori Garisan Mersing ini.

44.Katanya, pre emptive strike dengan tentera Singapura mara dari Johor Bahru sehingga ke
sempadan Johor sudah diketahui ramai.

45.Iniyang mereka mahu kita fikir, sama seperti perancang tentera Britishyang menyangka Jepun akan menyerang dari Selatan Singapura dari lautsebaliknya Jepun telah menyerang dari Kelantan, akibatnya meriam-meriambesar yang diletakkan di kompleks pertahanan Fort Siloso tidak mampudipakai kerana muncungnya menghala ke laut di sebelah selatan.

46.Sejakdari 80an lagi, ATM sebenarnya telah memikirkan kemungkinan Singapuraakan melancarkan serangan dari kawasan Pantai Timur dengankeberangkalian mendarat di kawasan Pahang untuk melumpuhkan Kuantandahulu.

47.Anda fikir Singapura tidak mampu buat??? Kekurangananggota?, bagaimana kalau saya katakan hampir 70 peratus rakyatSingapura mampu menembak dengan baik kerana setiap dari mereka pernahmenjalani latihan khidmat negara.

48.Singapura tidak mempunyaimasalah untuk mengumpulkan tentera dan mampu mengerakkansekurang-kurangnya 500,000 askar termasuk kerahan tenaga jika keadaanmemerlukan, malah 1.2 juta rakyat mereka yang berusia di antara 16sehingga 18 tahun boleh dilatih untuk tujuan ketenteraan.

49.Dalamtempoh 24 jam, jumlah ini boleh digerakkan melalui kod-kod rahsia yangterpancar pada skrin televisyen mereka atau mesej-mesej pada alat keluimereka.

50.Logiknya serangan dari kawasan pantai timur ini boleh dilihat melalui perolehan terbaru
merekadari pembinaan kapal-kapal pengangkut jenis LPD kelas Endurance. Untukapa sebuah negara kecil seperti Singapura memiliki kapal-kapalpengangkut ini.

51.Mana mungkin kapal-kapal pengangkut inidibina semata-mata untuk membawa askar menyeberangi Selat Tebrau keranatugas ini masih boleh dipikul oleh kapal-kapal pengangkut kecil dandari artikel saya yang lepas, kawasan Johor Selatan sendiri tidaksesuai untuk pendaratan dengan keadaan tanah yang agak lembut sertapantai yang penuh dengan pokok bakau.

KAPASITI KAPAL PENGANGKUT LPD KELAS ENDURANCE

51.Singapura mempunyai empat kapal LPD iaitu RSS Endurance, RSS Resolution, RSS Persistence dan RSS Endeavour.

52.Setiap satu kapal dilengkapi dengan misil pertahanan udara Mistral dan mampu membawa
sekurang-kurang 350 tentera (kapasiti waktu aman) serta 18 buah kereta kebal dan 20 kenderaan.

53.Sayapercaya semasa peperangan, kapal-kapal ini mampu membawasekurang-kurangnya dua batalion tentera dan cukup untuk menawanpengkalan udara TUDM di Kuantan.

54.Armada laut Singapura masih mampu untuk bertindak sendirian tanpa perlindungan
pesawat-pesawat F-16 mereka kerana dilengkapi dengan pelbagai sensor serta peralatan senjata
yang baik.

55.Selain dari itu, perlindungan armada ini diberikan oleh friget-friget halimunan dari Kelas
Delta yang mengambil teknologi muktahir friget La Fayette, Peranchis.

56.Kapal-kapal Delta ini juga amat unik, ia direka untuk menangani ancaman udara dengan

maksimum,saya rasa semasa perancang tentera Singapura memilih friget ini, merekameletakkan ancaman dari kapal-kapal TLDM pada tempat kedua.

57.Kedudukanpengkalan laut Singapura di sebelah pantai Changi membolehkan jangkauanmereka dibuat sehingga ke Kuantan dan bukan di sebelah Selat Melakayang lebih sempit oleh perairan Indonesia dan Malaysia.

58.Tak percaya? Cuba lah lihat peta...perhatikan kedudukan Lumut, Changi dan Kuantan.

***cilok dari blog military of malaysia..


http://militaryofmalaysia.blogspot.com/2009/07/top-secret-malaysia-hampir-berperang.html

_________________
http://forumcentral.forum-motion.com
Masuk kandang harimau mengaum..
Masuk kandang kambing mengembek..


Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

http://forumcentral.forum-motion.com

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by et0n on Wed Aug 26, 2009 11:32 pm

wahh...issue sensetif utk dibicarakan...mintak2 dijauhkan laaa...amin

et0n
Moderator
Moderator

Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 36
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by Pijan on Thu Aug 27, 2009 10:32 am

isk ape nk takut?? Singapore kecik kenit mcmtu pun nk takut ke?? Tak gentle la Mesia klu camtu..

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by et0n on Thu Aug 27, 2009 10:35 am

mmg singapore kecik bro..tapi kuncu2 n sekutu2 dia dasyat2...

et0n
Moderator
Moderator

Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 36
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by Pijan on Thu Aug 27, 2009 10:42 am

tkde maknenya sekutu2 Singapore tu nk masuk campur kalau tkde kepentingan peribadi...Ape igt Malaysia tkde sekutu ke??

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by !k!n@Pr!s0N BrEak on Thu Aug 27, 2009 11:24 am

erm...cite ni aq dah tau.xheran la klau dorang ade memudahan senjate yg cangih sbb ketue angkatan tentere dorang org yahudi...ape ntah name aq pon xingt.klau tgk belanjawan pon bayak yg krajaan abiskan tok beli senjante cangih elok la 2.kite nk bunuh dorang sehari je pon boleh racun je air biar dorang minum....tp kat sne ramai saudare seislam kite.dorang pon cube kucar kacirkn negare ni dgn care halus iaitu perkauman...sejak akhir2 ni kaum cine makin melampau menunduh kaum melayu adalah rasis.xtau la smpai bile dorang ni nk mencabar kesabaran org melayu...13-mei lansung xbg pengajaran pd dorang.

!k!n@Pr!s0N BrEak
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 331
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by Pijan on Thu Aug 27, 2009 11:25 am

!k!n@Pr!s0N BrEak wrote:erm...cite ni aq dah tau.xheran la klau dorang ade memudahan senjate yg cangih sbb ketue angkatan tentere dorang org yahudi...ape ntah name aq pon xingt.klau tgk belanjawan pon bayak yg krajaan abiskan tok beli senjante cangih elok la 2.kite nk bunuh dorang sehari je pon boleh racun je air biar dorang minum....tp kat sne ramai saudare seislam kite.dorang pon cube kucar kacirkn negare ni dgn care halus iaitu perkauman...sejak akhir2 ni kaum cine makin melampau menunduh kaum melayu adalah rasis.xtau la smpai bile dorang ni nk mencabar kesabaran org melayu...13-mei lansung xbg pengajaran pd dorang.

Ko ni merepek ape ikin?? Setahu aku yang sibuk sangat ngan perkauman tu ialah UMNO...org lain lilek jer..

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by Joe on Thu Aug 27, 2009 1:03 pm

wow malaysia nk beperang bia btol.... affraid
mcam tak pecaya plak....
klau malaysia beperang....
tak thu plak bole menang tau tak
kekekeke Very Happy Very Happy

Joe
Executive Officer
Executive  Officer

Posts : 401
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by Pijan on Thu Aug 27, 2009 1:06 pm

Joe wrote:wow malaysia nk beperang bia btol.... affraid
mcam tak pecaya plak....
klau malaysia beperang....
tak thu plak bole menang tau tak
kekekeke Very Happy Very Happy

Bile kate kanak2 riang..ko marah...tapi tgkla cara ko posting..

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by adie on Thu Aug 27, 2009 1:23 pm

benda ni syes bkn benda main2..harap2 jagan berkalu..amin

adie
Budak Sekolah Menengah
Budak Sekolah Menengah

Posts : 133
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by Admin on Thu Aug 27, 2009 3:06 pm

tapi kalau bab air tu.. che det dah cakap TPM tipuu.. mana tau yg betul laa.. org umnok ni tak abis2 nak cover mengcover..

_________________
http://forumcentral.forum-motion.com
Masuk kandang harimau mengaum..
Masuk kandang kambing mengembek..


Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

http://forumcentral.forum-motion.com

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by adie on Thu Aug 27, 2009 3:13 pm

2 la.benda yg sepatutnya rakyat tau disoroknya...hmm

adie
Budak Sekolah Menengah
Budak Sekolah Menengah

Posts : 133
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by Pijan on Thu Aug 27, 2009 3:16 pm

Tak sorok kalau malu le beliau....

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by Admin on Sat Aug 29, 2009 3:24 am

sekarang sapa yg malu.. mereka dan keluarga mereka..

_________________
http://forumcentral.forum-motion.com
Masuk kandang harimau mengaum..
Masuk kandang kambing mengembek..


Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

http://forumcentral.forum-motion.com

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by Mr.Puaka on Sat Aug 29, 2009 3:33 am

Korang ni mcm tk paham2.. smua benda tk semestinya di dedahkan kpd rakyat.. kalo benda melibatkan keselamatan, dan rahsia negara, lagi benda melibatkan sistem pertahanan negara.. byk kes2 lg yg tk di dedahkan kpd umum utk keselamatan negara... mereka mungkin mempunyai motif kenapa tknak dedahkan.. kita sbg rakyat berharap la agar kepimpinan dpt memberikan yg terbaik.. jgn nak kondem sbb dakyah atau pahaman politik masing2.. kalo artikel ni betul, kerajaan ada cara utk menyelesaikan hal ini.. jgn mudah terpengaruh dgn artikel dan berita yg kita tk pasti kesahihannya..

Puaka- Tak suka berperang.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by reex on Sat Aug 29, 2009 4:04 am

x sesuai citer ni desebarkan....bahaye disalah angap dan menjadi perbualan anak2 muda...

reex
Budak U
Budak U

Posts : 164
Join date : 24/08/2009
Location : Kuala Lumpur

Back to top Go down

Re: Top Secret: Malaysia Hampir Berperang???? tak percaya ?

Post by Sponsored content Today at 11:38 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum