Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Log in

I forgot my password

Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

» tambah owner lagi!
Sat Jul 24, 2010 8:38 pm by edora

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 33 on Fri Sep 30, 2016 11:47 pm
Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds

Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 

KampungFM

Affiliates
free forum

Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Page 2 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by cahaya on Thu Sep 03, 2009 2:21 pm

sudah2 la 2...jgn cmprkn isu politik dalam prkaum d msia.jgn nant sudah thantuk bru nk tngada,...belajar dr sejarah tanah melayu.

cahaya
Budak Sekolah Menengah
Budak Sekolah Menengah

Posts : 85
Join date : 02/09/2009
Age : 27
Location : BAVERLY HILLS

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Pijan on Thu Sep 03, 2009 2:27 pm

cahaya wrote:sudah2 la 2...jgn cmprkn isu politik dalam prkaum d msia.jgn nant sudah thantuk bru nk tngada,...belajar dr sejarah tanah melayu.

Relate this to UMNOPutras... they are the one who likes to play with fire....

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by cahaya on Thu Sep 03, 2009 2:48 pm

klu kta memahami sej msia.bnda ni xkn blaku......y wt tjd isu ni.umt islam lg tu mmalukn je

cahaya
Budak Sekolah Menengah
Budak Sekolah Menengah

Posts : 85
Join date : 02/09/2009
Age : 27
Location : BAVERLY HILLS

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Pijan on Thu Sep 03, 2009 2:50 pm

cahaya wrote:klu kta memahami sej msia.bnda ni xkn blaku......y wt tjd isu ni.umt islam lg tu mmalukn je

Bukan tak paham, tapi kerana kuasa,wang dan pangkat, apapun UMNOputras ni sanggup buat..

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by cahaya on Thu Sep 03, 2009 2:55 pm

yup btl 2.bodohnya manusia

cahaya
Budak Sekolah Menengah
Budak Sekolah Menengah

Posts : 85
Join date : 02/09/2009
Age : 27
Location : BAVERLY HILLS

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by jahat on Thu Sep 03, 2009 4:18 pm

hahahha
ak mmpu gelak ja
Razz Razz Razz

_________________
--++ nEvEr juDgE JaHaT!!!++--- SICK OF LIFE!!!

jahat
Moderator
Moderator

Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 31
Location : gombak - kl

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by kyairil on Thu Sep 03, 2009 4:23 pm

alaaaaa kuil ni kite roboh kann.....pas 2 uat warung nasi lemak....
kan bgussss....

kyairil
Budak Sekolah Rendah
Budak Sekolah Rendah

Posts : 40
Join date : 01/09/2009
Location : penang

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by jahat on Thu Sep 03, 2009 4:25 pm

wakakakakakk
ckp senang la
try buat tgk senang ke xsenang
klu roboh wat warung nnt timbul la isu perkauman serta agama
ape la

_________________
--++ nEvEr juDgE JaHaT!!!++--- SICK OF LIFE!!!

jahat
Moderator
Moderator

Posts : 638
Join date : 21/08/2009
Age : 31
Location : gombak - kl

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Mr.Puaka on Thu Sep 03, 2009 7:58 pm

Pijan wrote:
cahaya wrote:klu kta memahami sej msia.bnda ni xkn blaku......y wt tjd isu ni.umt islam lg tu mmalukn je

Bukan tak paham, tapi kerana kuasa,wang dan pangkat, apapun UMNOputras ni sanggup buat..

Demi kuasa, pangkat dan wang sesiapa pun akan melakukan apa sahaja saudara,baik umnoputras atau parti2 lain bg sy sama sahaja, sebelum PR memerintah 5 negeri pernah ke kita dgr pemimpin-pemimpin PR terlibat dgn rasuah? setahu sy tidak, jika saya salah saudara betulkan.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Pijan on Thu Sep 03, 2009 10:28 pm

Sekarang ni ade ke pemimpin2 PR terlibat dengan rasuah yang telahpun kesnya dibawa ke mahkamah ???
Saya tak akan kata bahawa pimpinan PR ni bersih 100% dari segala kesilapan tapi saya berani cakap kalau dah nama UMNOputras tu tak lain tak bukan duitlah raja dihati mereka...

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Mr.Puaka on Fri Sep 04, 2009 7:12 am

Pijan wrote:Sekarang ni ade ke pemimpin2 PR terlibat dengan rasuah yang telahpun kesnya dibawa ke mahkamah ???
Saya tak akan kata bahawa pimpinan PR ni bersih 100% dari segala kesilapan tapi saya berani cakap kalau dah nama UMNOputras tu tak lain tak bukan duitlah raja dihati mereka...

Jika saudara bertanyakan mengenai kes rasuah melibatkan pemimpin2 PR, setakat ini hanya 2 kes di perak sahaja. Itu saya tk berapa pasti dimana 2 org ADUN PR, di hadapkan ke mahkamah melibatkan rasuah seks kalau tk silap saya. Jika silap saudara betulkan sebab sy tk berapa pasti hal ini.

Mengenai umnoputras sy terpaksa bersetuju dgn pendapat saudara kerana, secara peribadi sy nampak terangan2 baru berjawatan exco bahagian kereta sudah baru, rumah sudah besar. Hal ini sy tidak nafikan.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Admin on Fri Sep 04, 2009 9:10 am

Sebenarnya rasuah ni tetap ada dlm PR tapi besar kecik jekk... Nak2 parti Keadilan rakyat yg kebanyakkan ahli2nya ahli parti komponen barisan nasional... jadi harap maklum sendiri laa..

_________________
http://forumcentral.forum-motion.com
Masuk kandang harimau mengaum..
Masuk kandang kambing mengembek..

Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

http://forumcentral.forum-motion.com

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Pijan on Fri Sep 04, 2009 12:49 pm

Mr.Puaka wrote:
Pijan wrote:Sekarang ni ade ke pemimpin2 PR terlibat dengan rasuah yang telahpun kesnya dibawa ke mahkamah ???
Saya tak akan kata bahawa pimpinan PR ni bersih 100% dari segala kesilapan tapi saya berani cakap kalau dah nama UMNOputras tu tak lain tak bukan duitlah raja dihati mereka...

Jika saudara bertanyakan mengenai kes rasuah melibatkan pemimpin2 PR, setakat ini hanya 2 kes di perak sahaja. Itu saya tk berapa pasti dimana 2 org ADUN PR, di hadapkan ke mahkamah melibatkan rasuah seks kalau tk silap saya. Jika silap saudara betulkan sebab sy tk berapa pasti hal ini.

Mengenai umnoputras sy terpaksa bersetuju dgn pendapat saudara kerana, secara peribadi sy nampak terangan2 baru berjawatan exco bahagian kereta sudah baru, rumah sudah besar. Hal ini sy tidak nafikan.

Bukanke mamat 2 org tu dah jadi Adun Bebas skang yang Pro BN?? Tak tahu lagi ke??

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Admin on Fri Sep 04, 2009 5:07 pm

memang la jadi adun bebas skang ni... tapi masa kes tu dia org adun PR... dpt pompuan katanya...

_________________
http://forumcentral.forum-motion.com
Masuk kandang harimau mengaum..
Masuk kandang kambing mengembek..

Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

http://forumcentral.forum-motion.com

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Pijan on Fri Sep 04, 2009 5:29 pm

Admin wrote:
Pijan wrote:
Mr.Puaka wrote:
Pijan wrote:Sekarang ni ade ke pemimpin2 PR terlibat dengan rasuah yang telahpun kesnya dibawa ke mahkamah ???
Saya tak akan kata bahawa pimpinan PR ni bersih 100% dari segala kesilapan tapi saya berani cakap kalau dah nama UMNOputras tu tak lain tak bukan duitlah raja dihati mereka...

Jika saudara bertanyakan mengenai kes rasuah melibatkan pemimpin2 PR, setakat ini hanya 2 kes di perak sahaja. Itu saya tk berapa pasti dimana 2 org ADUN PR, di hadapkan ke mahkamah melibatkan rasuah seks kalau tk silap saya. Jika silap saudara betulkan sebab sy tk berapa pasti hal ini.

Mengenai umnoputras sy terpaksa bersetuju dgn pendapat saudara kerana, secara peribadi sy nampak terangan2 baru berjawatan exco bahagian kereta sudah baru, rumah sudah besar. Hal ini sy tidak nafikan.

Bukanke mamat 2 org tu dah jadi Adun Bebas skang yang Pro BN?? Tak tahu lagi ke??

memang la jadi adun bebas skang ni... tapi masa kes tu dia org adun PR... dpt pompuan katanya...

tambah sikit..Adun Bebas Pro BN...

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Mr.Puaka on Sat Sep 05, 2009 6:27 am

Pijan wrote:
Mr.Puaka wrote:
Pijan wrote:Sekarang ni ade ke pemimpin2 PR terlibat dengan rasuah yang telahpun kesnya dibawa ke mahkamah ???
Saya tak akan kata bahawa pimpinan PR ni bersih 100% dari segala kesilapan tapi saya berani cakap kalau dah nama UMNOputras tu tak lain tak bukan duitlah raja dihati mereka...

Jika saudara bertanyakan mengenai kes rasuah melibatkan pemimpin2 PR, setakat ini hanya 2 kes di perak sahaja. Itu saya tk berapa pasti dimana 2 org ADUN PR, di hadapkan ke mahkamah melibatkan rasuah seks kalau tk silap saya. Jika silap saudara betulkan sebab sy tk berapa pasti hal ini.

Mengenai umnoputras sy terpaksa bersetuju dgn pendapat saudara kerana, secara peribadi sy nampak terangan2 baru berjawatan exco bahagian kereta sudah baru, rumah sudah besar. Hal ini sy tidak nafikan.

Bukanke mamat 2 org tu dah jadi Adun Bebas skang yang Pro BN?? Tak tahu lagi ke??

Semasa dia kena hadap ke mahkamah bkn kah mereka masih dlm PR, selepas tu baru umum keluar PKR, dan jadi calon bebas yg menyokong BN

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Pijan on Sat Sep 05, 2009 12:17 pm

Khir: Janji p'raya Pakatan punca masalah kuil
Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa,
masalah kuil di Seksyen 19 Shah Alam berpunca daripada janji Pakatan
Rakyat untuk memindahkannya ke Seksyen 23 bagi memenuhi janji
pilihanrayanya.

Sedangkan,dakwanya, Katanya kerajaan BN sebelum ini telahpun menyelesaikan
masalah tersebut dengan menawarkan dua tapak cadangan - iaitu di
Seksyen 18 dan 22 - yang menurutnya merupakan tapak terbaik di Shah Alam.

"Masalahya sekarang, Pakatan Rakyat berjanji kepada rakyat, apabila mereka berjaya memerintah Selangor, mereka akan membina kuil di Seksyen 23. Ini sama juga dengan kes Kampung Buah Pala.

"Jadi,(ini semua) untuk menuntut janji yang telah mereka katakan, bukan
kerana kesalahan kerajaan BN. Kita telah siapkan (tapak cadangan).
Kalau tengok, tapaknya cukup strategik dan paling sesuai," katanya.

Bekas menteri besar Selangor berkata, kedua-dua tapak cadangan tersebut masing-masing berkeluasan 70,000 kaki persegi dan tapak di Seksyen 18 telah mempunyai infrstrukturnya termasuk jalan, lampu jalan dan bekalan elektrik".

Malah, katanya, kemudahan infrastruktur di Seksyen 18 itu sudah siap disediakan sejak tahun 2007 lagi.

Katanya, ini menunjukkan bahawa kerajaan BN dahulu begitu prihatin dengan keperluan penduduk yang beragama Hindu di situ.

Tinjauan Malaysiakini mendapati tapak cadangan di Seksyen 18 - kira-kira 3 kilometer daripada Seksyen 22 - itu agak jauh dari kawasan penduduk dan berdekatan kawasan kilang.Terbiar kosong tempat tersebut yang terletak bersebelahan dengan sebatang sungai, kini kekal kosong tanpa sebarang binaan dan ditumbuhi rumput sahaja.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di tapak di Seksyen 18 itu, Dr Mohd Khir
meminta kerajaan negeri supaya berhenti menyalahkan kerajaan dahulu dalam isu pembinaan kuil tersebut.

Beliau juga menyifatkan bantahan penduduk Seksyen 23 - tempat kuil itu mahu
dipindahkan - sebagai isu lama.Menurutnya, ini kerana penduduk di situ
memang sudah lama membantah kuil tersebut dipindahkan ke kawasan mereka.

Ekoran itu, katanya, kerajaan BN dulu menawarkan tapak baru untuk kuil tersebut di Seksyen 18 dan 22. Dr Mohd Khir juga membela tindakan sekumpulan yang membantah pemindahan kuil itu ke Seksyen 23, dengan mengadakan perarakan kepala lembu ke pejabat sekretariat kerajaan negeri, Jumaat lalu.
Beliau menyifatkan perkara itu, bukan isu agama, tetapi kepala lembu itu,
menurutnya bermaksud "kerajaan telah membuat satu keputusan bodoh
seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut".

"Mungkin ada kesilapan, tetapi tujuan mereka bawa kepala lembu bukan untuk
menghina orang India. Tujuannya hendak menggambarkan kerajaan hari ini
bertindak tidak mengikuti fikiran.

"Tapak telah disiapkan,kenapa tidak berfikir? Jadi hendak tunjukkan kerajaan hari ini buat keputusan yang bodoh. Itu sahaja, bukan ada isu agama," katanya.

Ditanya sama ada terdapat penglibatan Umno dalam perarakan kontroversi itu, Dr Mohd Khir berkata beliau tidak tahu dan menyerahkan perkara itu kepada
polis untuk menyiasatnya. "Saya tidak kenal pasti. Bagi tahu dia, polis siasat. Mereka yang terlibat, itu tindakan polis," katanya.

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by jacksperow on Sat Sep 05, 2009 12:20 pm

SALAHKAN DIRI SENDIRI JE...PASTU DAH SETEL..WATPE NAK SAKIT PALA????

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Pijan on Sat Sep 05, 2009 7:10 pm

Isu kuil: Khalid sedia kalah kerana berlaku adil
Abdul Aziz Mustafa
Sat | Sep 05, 09 | 11:24:17 am MYT
SHAH ALAM, 5 Sept: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bersedia kalah dalam pilihan raya kerana berlaku adil kepada semua pihak.

"Ada yang bertanya kepada saya, tidakkah saya khuatir saya kalah dalam pilihan raya yang bakal tiba oleh kerana isu ini. Bagi saya sekiranya itulah kehendak pengundi, apakan daya?

"Yang penting sejarah akan menjadi saksi bahawa ada Ahli Parlimen dari parti Islam yang memperjuangkan keadilan untuk semua walaupun orang Hindu," kata beliau dalam surat terbukanya kepada penduduk penduduk Seksyen 23 Shah Alam.

Untuk menjelaskan maksudnya, beliau mengungkapkan kisah seorang raja Islam di Mysore, Bangalore, India pada abad ke 18 yang bernama Sultan Fateh Ali Khan Tippu atau Tippu Sultan.

Di bawah pemerintahan Tippu Sultan, rakyatnya terdiri daripada orang Islam, Hindu dan Sikh.

"Hingga ke hari ini rakyat India masih menceritakan mengenai pemerintahan beliau yang berasaskan Islam sebagai sebuah pemerintahan yang adil," kata beliau.

ImageDengan mengemukakan ayat kelapan Surah al-Maidah yang menekankan keadilan, Khalid mengingatkan bahawa ketaqwaan mempunyai hubungan rapat dengan keadilan.

Keadilan ini pula perlu dilaksanakan terhadap semua, walaupun terhadap yang tidak disenangi, kata beliau.

"Kalau terhadap kaum yang dibenci sekalipun dituntut keadilan, apatah lagi terhadap jiran sekampung dan warga sekota?

"Walaupun mereka tidak sebangsa dan seagama, hakikatnya mereka tidak memusuhi kita atau memusuhi Islam. Maka, mereka layak mendapat layanan yang adil.

"Adakah adil sekiranya kita menafikan mereka hak tempat beribadat yang berhampiran dan sebaliknya memaksa mereka ke seksyen 22, di tengah-tengah kawasan industri berat, jauh dari kawasan kediaman? Tiada apa di sana kecuali kilang-kilang," kata beliau dalam surat yang disiarkan dalam blognya itu (www.khalidsamad.com).

Khalid bagaimanapun tidak memaksa pandangannya diterima.

"Saya hanyalah seorang wakil rakyat yang dipilih oleh tuan-tuan melalui pilihan raya yang diadakan pada masa-masa tertentu.

"Saya tidak berhak memaksa apa-apa pandangan atau keputusan ke atas tuan-tuan semua.

"Saya hanya mengharapkan keputusan yang tuan-tuan rumuskan sendiri berhubung cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23 mengambil kira persoalan ketaqwaan dan keadilan," katanya.

Isu pemindahan kuil itu semakin bergolak berikutan tindakan sekumpulan yang dipercayai penyokong Umno baru-baru ini mengadakan tunjuk perasaan membantah pemindahan kuil Hindu ke Seksyen 23, Shah Alam.

Beberapa orang dari mereka adalah penduduk kawasan tersebut.

Mereka mengheret kepala lembu ke bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan kemudian meludah-ludah serta memijak-memijak kepala lembu itu.

Mengulas kejadian itu, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata, kepala lembu itu bermaksud "kerajaan (Selangor) telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut".

"Nak tunjukkan kerajaan itu bersikap mengambil keputusan yang bodoh seperti lembu," kata beliau

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by tongkat warent on Sat Sep 05, 2009 7:31 pm

provokasi pihak lawan,putar belit media,dan ketidak pahaman masyarakat kepada isu sebenar menyebabkan perkara ni menjadi semakin serius dan membimbangkan.kenapa ini berlaku.hanya kerana mahukan kuasa pelbagai taktik kotor dilakukan pihak yg berlawanan untuk menjatuhkan pihak lawan walaupun pada asasnya benda ini berlaku semasa zaman mereka berkuasa lagi.

tongkat warent
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 259
Join date : 05/09/2009
Location : selatan malaysia

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by hafiz_mivec88 on Sat Sep 05, 2009 7:42 pm

wah bley jd perpecahan kaum nie

hafiz_mivec88
Manager
Manager

Posts : 654
Join date : 02/09/2009
Age : 28
Location : seremban

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by tongkat warent on Sat Sep 05, 2009 7:57 pm

perkara ini patut dihentikan..BN sepatutnya membiarkan Pr melaksanakan pemerintahan mengikut cara mereka.bukan menimbulkan provokasi yg boleh menganggugugat keharmonian kaum dimalaysia.adakah setelah berlaku peristiwa seperti 13 mei,baru mereka akan sedar..

tongkat warent
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 259
Join date : 05/09/2009
Location : selatan malaysia

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by hafiz_mivec88 on Sat Sep 05, 2009 9:26 pm

skang bkan pr laksanakan pemerintahan sendiri ke??

hafiz_mivec88
Manager
Manager

Posts : 654
Join date : 02/09/2009
Age : 28
Location : seremban

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Pijan on Sun Sep 06, 2009 12:03 am

Dialog tidak bertamadun: Selangor tangguhkan pemindahan kuil
Dzulfikar Mashoor
Sat | Sep 05, 09 | 6:37:42 pm MYT
SHAH ALAM, 5 Sept: Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA pagi tadi tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.

Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.

"Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.

"Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti."

Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, demi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.

Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.

ImagePembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ.

Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.

Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga untuk memenuhi hak penduduk minoriti beragama Hindu, di sini.

ImageAhli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.

Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri dari penganut Islam dan Hindu.

Katanya lagi, "sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."

Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.

"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.

Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An'am yang bermaksud:

Image"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."

Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.

Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.

Jamil Mohd Isa, yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.

"Woi, kaulah pengkhiana-pengkhianat agama lah!" cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.

Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.

Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.

K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."

Ditanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."

Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.

Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

Pegawai Khas kepada Adun Batu 3, Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang hadir di luar MBSA, sebelum dialog tersebut berlangsung.

Image"Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu," jelasnya lagi.

Seorang respondan berita Harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa talam dua muka.

Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja.

Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.

Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati. Beliau menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum ini.

Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil.

Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.

ImageDemi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.

Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir.

Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.

Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.

Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.

Dari insiden kepala lembu berdarah sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Melaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun.

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Pijan on Sun Sep 06, 2009 12:10 am

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Isu Kuil Di Shah Alam...Salah Siapa??

Post by Sponsored content Today at 12:33 pm

Sponsored content

Back to top Go down

Page 2 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum