Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

» tambah owner lagi!
Sat Jul 24, 2010 8:38 pm by edora

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 33 on Fri Sep 30, 2016 11:47 pm
Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Pendapat pemimpin UMNO tentang islam..Anda bagaimana?

View previous topic View next topic Go down

Pendapat pemimpin UMNO tentang islam..Anda bagaimana?

Post by Pijan on Mon Aug 31, 2009 4:43 am


(Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim):Hukum rejam kepada penzina adalah primitif

(Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan -

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor). Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti.

(Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan). Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam.

Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri,
Kelantan). Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan)

(Ucapan Tun Dr.Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan) Hudud
tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik.
-

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa,14 Julai 1992) “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”

(Sulaiman Daud, temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993)” Pada pendapat
saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac1994. “Saya cabar Kelantan laksana hukum hudud di depan orang bukan Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pusat Bahasa Nilam Puri, Kelantan, 3 Mac 1994) Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994). “Al-Quran perlu
ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994). “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994).
“Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan
seratus peratus Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, kenyataannya kepada wartawan, 30 April 1992).
“Bukan kerana dengan melaksanakan hukum hudud saja kita boleh menjadi
Islam. Kita tengok banyak negara Islam yang tidak melaksanakan hukum
hudud,tetapi tidak bermakna mereka tidak Islam.”

(Tun Dr.Mahathir Mohamad, temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991.
“Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur
kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang
Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan
orang bukan Islam tidak dikenakan.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad,bercakap kepada wartawan, 24 April 1992) . “Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau
mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang,seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak.”

(Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992): “Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa
hukum itu.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Papar,Sabah, 2 Mei 1992). “Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki? Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain, kalau sifatnya sudah tidak cukup? Hukum hudud tidak
sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama.”

(Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994) “Sebarang undang-undang yang dilaksanakan diMalaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.”

(Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994). “Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secucuk dengan ajaran
Islam.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak
sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.

Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO). Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”.

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997). “Saya bukan lawan semua dengan mufti, tetapi mufti (Dato’ Ishak Baharom) yang semacam ini bukan mufti. Ulama’, macam-macam ulama’ ada.”Takkan satu orang boleh mendakwa diri dia ulama dan kita mesti sembah dia inilah waris nabi, bukan main senang. Masuk persatuan ulama’ jadi waris nabi. Syed-syed pun tak pernah berkata macam itu,yang kata dia keturunan nabi, keturunan sahabat-sahabat nabi - pun dia tak kata macam itu. Ini mana-mana tempat membuat dakwaan bahawa ‘ulama’ adalah waris nabi’. Mudah nak jadi waris nabi. Tak payah sapa pilih.”

(Tun Dr. Mahathir Mohamad, 8 Nov.1991, Perhimpuan Agung UMNO, PWTC). ”
Ajaran ulama’ inilah yang menyebabkan umat Islam menghabiskan hayat mereka semata-mata mebuat persedian untuk akhirat. Dan untuk ini, berbagai-bagai ibadat dicipta dan ditokok-tambah untuk memenuhi masa hidup mereka”.

Dato’ Seri Abdullah Ahamd Badawi Jun 2001 :
Tiada sebarang peruntukan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
yang memberi kuasa kepada penguatkuasa agama negeri untuk menangkap
umat Islam yang berada di premis yang menghidangkan arak sekiranya
mereka tidak meminumnya.

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Pendapat pemimpin UMNO tentang islam..Anda bagaimana?

Post by Mr.Puaka on Mon Aug 31, 2009 6:30 am

(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak
sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.



ada benarnya.. sebab kalo hukum ini dilaksanakan agak2 berapa byk budak2 melayu mati dan takde tangan?? sekarang ni pun keruntuhan akhlak di kalangan org melayu dan beragama islam je banyak. mereka yg bkn islam tak jalani semua ini.. secara tk lansung mmg takkan dpt bersaing la dengan bangsa lain.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: Pendapat pemimpin UMNO tentang islam..Anda bagaimana?

Post by bump iq on Mon Aug 31, 2009 6:47 am

Mr.Puaka wrote:(Tun Dr. Mahathir Mohamad 2/5/92) ‘Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam rakyat Islam yang mati dan kudung sudah tiada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak
sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama’.



ada benarnya.. sebab kalo hukum ini dilaksanakan agak2 berapa byk budak2 melayu mati dan takde tangan?? sekarang ni pun keruntuhan akhlak di kalangan org melayu dan beragama islam je banyak. mereka yg bkn islam tak jalani semua ini.. secara tk lansung mmg takkan dpt bersaing la dengan bangsa lain.
adakah anda ingin nyatakan bhawa undang2 Tuhan tidak sesuai dilaksanakan di negara berbilang kaum??

bump iq
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 277
Join date : 24/08/2009

Back to top Go down

Re: Pendapat pemimpin UMNO tentang islam..Anda bagaimana?

Post by anak kancil on Mon Aug 31, 2009 7:07 am

hkum tuhan tetap sempurna tiada yg dpt menandingi..andai la ia memudaratkan maka tuhan xkan mentapkan undang2 sbegitu..tuhan Maha Bijaksana..Dia yg mencipta semuanye termasuklah hukum hudud...kenapa harus dipersendakan hukum hudud sedemikian rupa???
adekah sudah tidak percaya pada tuhan lg??adakah tidak percaya pada hukum tuhan lg??adakah anda tidak percaya bahawa hukum tuhan itu tetap ideal sepanjang zaman???telah dicipta al quran itu utk membimbing manusia..dan di dalam al quran itu terkandungnye segala ilmu dan juge termasuklah hukum hudud...Allah yg Maha Mencipta,Maha Bijaksana dan Maha segalanya..kita manusia hanya makhluk ciptaanNya..adakah layak utk kita mempertikaikan undang2 ciptaan tuhan?? Rolling Eyes Rolling Eyes

anak kancil
Budak Sekolah Rendah
Budak Sekolah Rendah

Posts : 48
Join date : 29/08/2009
Age : 30
Location : malaysia

Back to top Go down

Re: Pendapat pemimpin UMNO tentang islam..Anda bagaimana?

Post by bump iq on Mon Aug 31, 2009 7:11 am

sedih melihat komen dr pemimpin2 malaysia tentang hudud itu seolah2 mempersendakan hukum hudud itu sendiri..

bump iq
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 277
Join date : 24/08/2009

Back to top Go down

Re: Pendapat pemimpin UMNO tentang islam..Anda bagaimana?

Post by adie on Mon Aug 31, 2009 7:58 am

Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan
ditetapkan Allah di dalam al-Qur'an dan al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah hak
Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya atau diubahsuai
atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh sesiapapun di dunia ini. Mereka
yang melanggar ketetapan hukum Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan
RasulNya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t
yang bermaksud :

"Dan sesiapa
yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang
zalim" - surah al-Baqarah (2:229)

adie
Budak Sekolah Menengah
Budak Sekolah Menengah

Posts : 133
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Re: Pendapat pemimpin UMNO tentang islam..Anda bagaimana?

Post by Admin on Mon Aug 31, 2009 12:20 pm

yer amat menyedihkan bila membaca komen2 para pemimpin malaysia yang dah diterap pemikiran sekular.. Semangnya hukum Allah yg sempurna....

_________________
http://forumcentral.forum-motion.com
Masuk kandang harimau mengaum..
Masuk kandang kambing mengembek..


Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

http://forumcentral.forum-motion.com

Back to top Go down

Re: Pendapat pemimpin UMNO tentang islam..Anda bagaimana?

Post by Pijan on Mon Aug 31, 2009 2:27 pm

Perlu diingatkan bahawa islam itu mudah dan mempermudahkan. Hukum Hudud ni lebih kepada memberi pengajaran dan bukannya lebih kepada menghukum..

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Pendapat pemimpin UMNO tentang islam..Anda bagaimana?

Post by Sponsored content Today at 12:34 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum