Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Log in

I forgot my password

Search
 
Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

» tambah owner lagi!
Sat Jul 24, 2010 8:38 pm by edora

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]

Most users ever online was 33 on Fri Sep 30, 2016 11:47 pm
Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds

Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 

KampungFM

Affiliates
free forum

Tonggang Terbalik.

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by pahlawan007 on Thu Sep 10, 2009 9:24 am

Pijan wrote:
pahlawan007 wrote:
Pijan wrote:hahahaha...BN dapat tubuh kerajaan kerana mendapat mandat majoriti rakyat...mmg betul tapi rakyat sabah & sarawak je la..kalau betul gentle berani kata dapat mandat sokongan rakyat..test power lah bubar DUN Perak undi sekali lagi....mampus tak berani punya la BN

Bab agensi kerajaan dipersalahkan tu dah berbuih aku taip kat sini...takmo gak paham, kalau dah tindak tanduk tu timbulkan fitnah, tu pasal la banyak orang buat bising, kes tahanan mati dalam lokap, kes orang kene siasat mati jatuh bangunan... ni semua buatkan rakyat jadi hilang kepercayaan pada agensi kerajaan..So kalau dah tak suka orang kutuk@hina profesion kamu tu(yang mana tak ikhlas berkerja demi rakyat la) sila la ubah sikap tu biar ikhlas berkerja untuk rakyat bukan ikhlas berkerja untuk kerajaan UMNO BN...

~~ Bab BN perintah negara aman ni kalau gi cerita kat budak tadika boleh la..

penguatkuasa bekerja bukan untuk rakyat tapi untuk negara dan kerajaan, siapa yang jadi kerajaan nah itulah yang berkuasa tak kira apa bangsa atau parti dah bila dah jadi pilihan rakyat tu, kena paham la, kalau nak jadi pemimpin sila register nama kat suruhanjaya pilihanraya masuk bertanding jadi YB.... huhuhu

Negara tu sape?? Kerajaan tu sape?? Ape ko cakap nih?? dah berbelit belit la plak...Takmo berkhidmat untuk rakyat kalau lain kali kalau ade ape2 rakyat tak mau berkerjasama jangan lak plak melenting..

apo kau ingat aku bekerja untuk rakyat ke? aku bukan wakil rakyat la makok ayun la kau ni... aku bekerja untuk negara bukan untuk rakyat, kau kena paham konsep jabatan kerajaan dengan wakil rakyat

Kalau nak aku bekerja untuk rakyat nanti lah aku amik calon untuk jadi wakil rakyat dulu okeyy

Apo kau ingat semua jabatan kerajaan itu bekerja untuk rakyat ke??? bunyi macam kau nak tubuhkan negara komunis je ni, kerajaan adalah rakyat, parti bekerja untuk rakyat, rakyat adalah kerajaan dan sama rata antara kerajaan dan rakyat???

pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 42
Location : Subang

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by pahlawan007 on Thu Sep 10, 2009 11:14 am

Pijan wrote:
pahlawan007 wrote:
Pijan wrote:hahahaha...BN dapat tubuh kerajaan kerana mendapat mandat majoriti rakyat...mmg betul tapi rakyat sabah & sarawak je la..kalau betul gentle berani kata dapat mandat sokongan rakyat..test power lah bubar DUN Perak undi sekali lagi....mampus tak berani punya la BN

Bab agensi kerajaan dipersalahkan tu dah berbuih aku taip kat sini...takmo gak paham, kalau dah tindak tanduk tu timbulkan fitnah, tu pasal la banyak orang buat bising, kes tahanan mati dalam lokap, kes orang kene siasat mati jatuh bangunan... ni semua buatkan rakyat jadi hilang kepercayaan pada agensi kerajaan..So kalau dah tak suka orang kutuk@hina profesion kamu tu(yang mana tak ikhlas berkerja demi rakyat la) sila la ubah sikap tu biar ikhlas berkerja untuk rakyat bukan ikhlas berkerja untuk kerajaan UMNO BN...

~~ Bab BN perintah negara aman ni kalau gi cerita kat budak tadika boleh la..

penguatkuasa bekerja bukan untuk rakyat tapi untuk negara dan kerajaan, siapa yang jadi kerajaan nah itulah yang berkuasa tak kira apa bangsa atau parti dah bila dah jadi pilihan rakyat tu, kena paham la, kalau nak jadi pemimpin sila register nama kat suruhanjaya pilihanraya masuk bertanding jadi YB.... huhuhu

Negara tu sape?? Kerajaan tu sape?? Ape ko cakap nih?? dah berbelit belit la plak...Takmo berkhidmat untuk rakyat kalau lain kali kalau ade ape2 rakyat tak mau berkerjasama jangan lak plak melenting..

Mengikut AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009 (Akta 694) Seksyen 48 (Menghalang penyiasatan dan penggeledahan) Mana-mana orang yang:

(a) enggan memberi mana-mana pegawai Suruhanjaya akses kepada mana-mana premis, atau tidak akur kepada pemeriksaan oleh seseorang yang diberi kuasa untuk memeriksanya di bawah Akta ini.

(b) mengamang, menghalangm menggalang atau melengah-lengahkan pegawai Suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.

(c) tidak mematuhi apa-apa permintaan, notis, perintah atau kehendak yang sah seseorang pegawai Suruhanjaya dalam pelaksanaan kewajipannya di bawah Akta ini.

(d) tidak, enggan atau abai untuk memberi seseorang pegawai Suruhanjaya apa-apa maklumat yang semunasabahnya dikehendaki daripadanya dan yang dia berkuasa untuk memberikannya

(e) tidak mengemukakan kepada, atau menyembunyikan atau cuba untuk menyembunyikan daripada seseorang pegawai Suruhanjaya apa-apa buku, dokumen, atau barang yang berhubungan dengannya pegawai itu ada alasan yang munasabah untuk mengesyaki bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini telah atau sedang dilakukan, atau yang boleh disita di bawah Akta ini

(f) mengambil balik atau berusaha untuk mengambil balik atau menyebabkan diambil balik apa-apa jua yang telah disita dengan sewajarnya

(g) memusnahkan apa-apa benda untuk menghalang penyitaannya atau penahanan benda itu atau

(h) mengganggu, menakutkan, mengancam atau melarikan atau cuba untuk mengganggu, menakutkan, mengancam atau melarikan mana-mana orang yang terlibat dalam penyiasatan di bawah Akta ini:

MELAKUKAN SUATU KESALAHAN

KESALAHAN DI BAWAH AKTA MENJADI KESALAHAN BOLEH TANGKAP DAN KUASA PEGAWAI SURUHANJAYA BERHUBUNGAN DENGAN PENYIASATAN

Seksyen 49: (1) Tiap-tiap kesalahan di bawah Akta ini ialah suatu kesalahan boleh tangkap bagi maksud Kanun Tatacara Jenayah. sekian untuk makluman pijan sekiranya
(kalau lain kali kalau ade ape2 rakyat tak mau berkerjasama jangan lak plak melenting..)

pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 42
Location : Subang

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan on Thu Sep 10, 2009 12:55 pm

Berlindung lah selagi larat dengan UNDANG-UNDANG UMNO

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by Mr.Puaka on Fri Sep 11, 2009 7:49 am

Pijan wrote:Berlindung lah selagi larat dengan UNDANG-UNDANG UMNO

Bila pulak UMNO yang luluskan undang-undang ni? mentang-mentanglah pucuk pimpinan kerajaan tu org UMNO saudara nak cop UMNO yang buat undang-undang negara ke?

Setiap undang-undang kan dibentangkan di Parlimen, Parlimen kan ada pembangkang dan ada pihak kerajaan, tidak masuk akallah dakwaan saudara undang-undang UMNO, kalau cakap undang-undang manusia buat saya setuju lah.

_________________
Pesan Nenek........ Mencari yang hilang adalah lebih baik kerana seseorang itu sudah mula insaf. Mencari yang tiada adalah satu perbuatan yang sia sia. Oleh Itu adalah lebih baik mencari yang hilang berbanding mencari yang tiada.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by jacksperow on Fri Sep 11, 2009 8:38 am

la tak abis2 lg ka dok bidas membidas ni????????//

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by pahlawan007 on Fri Sep 11, 2009 9:09 am

Mr.Puaka wrote:
Pijan wrote:Berlindung lah selagi larat dengan UNDANG-UNDANG UMNO

Bila pulak UMNO yang luluskan undang-undang ni? mentang-mentanglah pucuk pimpinan kerajaan tu org UMNO saudara nak cop UMNO yang buat undang-undang negara ke?

Setiap undang-undang kan dibentangkan di Parlimen, Parlimen kan ada pembangkang dan ada pihak kerajaan, tidak masuk akallah dakwaan saudara undang-undang UMNO, kalau cakap undang-undang manusia buat saya setuju lah.

NAK BUAT MACAMANAKAN, NEGERI YANG DIKUASAI OLEH PEMBANGKANGKAN SEMUA DAH BUAT HUKUM HUDUD DEMO TAK TAHU LAGI KO PUAKA? UNDANG-UNDANG YANG ADA DI MALAYSIA SEKARANG NI UNDANG2 OLEH UMNO SEMUANYA MELAINKAN UNDANG2 YANG MANA NEGERI DIKUASAI OLEH PKR, DAP DAN PAS JE YANG AMALKAN HUKUM HUDUD....

pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 42
Location : Subang

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by Mr.Puaka on Fri Sep 11, 2009 9:11 am

Yeker..? alamak maklumlah dh lama tk balik kelate, tktau apa kisah, bukan ke hukum-hudud konon nak dilaksanakan tu sekejap tenggelam sekejap timbul? tktau la puloks dh dilaksanakan.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by pahlawan007 on Fri Sep 11, 2009 9:26 am

bukankah mereka war-warkan nak buat hukum hudud? tak kan nak guna undang-undang yang UMNO buat kot??? Kan saudara pijan kata undang-undang kat malaysia ini undang2 UMNO, cuba demo bayangkan kalau kat Pulau Pinang buat hukum hudud??? ok tak?

nak tengok gak perlaksanaan hukum hudud ni...sokom hudud oyehhh

pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 42
Location : Subang

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by Mr.Puaka on Fri Sep 11, 2009 9:32 am

pahlawan007 wrote:bukankah mereka war-warkan nak buat hukum hudud? tak kan nak guna undang-undang yang UMNO buat kot??? Kan saudara pijan kata undang-undang kat malaysia ini undang2 UMNO, cuba demo bayangkan kalau kat Pulau Pinang buat hukum hudud??? ok tak?

nak tengok gak perlaksanaan hukum hudud ni...sokom hudud oyehhh

DAP tu rasa-rasanya akan setuju ke pelaksanaan hukum-hudud ni? kalau jadi baguslah, kurang sikit jenayah kt Malaysia ni, yela sapa berani nak merompak kalo tangan kena potong kan.. mudahan berjaya di laksanakan, nanti ada yang cakap kita tolak hukum Tuhan pulak..

Tapi selagi PAS bersengkonkol dgn DAP pendek kata "TONGGANG TERBALIK" sama ada dpt dilaksanakan atau tidak.

Sokong hudud yes!

_________________
Pesan Nenek........ Mencari yang hilang adalah lebih baik kerana seseorang itu sudah mula insaf. Mencari yang tiada adalah satu perbuatan yang sia sia. Oleh Itu adalah lebih baik mencari yang hilang berbanding mencari yang tiada.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by pahlawan007 on Fri Sep 11, 2009 9:47 am

Seingat abe lah poke wei, Kelantan diperintah oleh PAS semenjak abe tingkatan 4 (1990) lagi, dulu bukan main nak buat HUDUD, hampir 20 tahun tak ada apa pon....

pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 42
Location : Subang

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan on Fri Sep 11, 2009 10:56 am

Parlimen dikuasai oleh UMNO BN la sedara sekalian..Setiap kali ada undang2 yang baru nk dibentangkan, perlu ada undian, bila ada undian sudah tentu yang pegang majoriti ni akan menang..So apa guna ada pembangkang sekalipun bila majoriti ni puak2 UMNO BN ni yang pegang..Undilah macamana sekalipun pembangkang tetap kalah,Tak pernah dalam sejarah,satupun undang2 yang nk dipinda atau dibentangkan oleh UMNO BN ditolak di Parlimen... Nak buat hudud pun kena bentang kat Parlimen dulu...Undang2 seperti Hudud ni bukan boleh sesuka hati kerajaan Negeri ni nk buat...nanti kalau ada berlaku konflik, hukum hudud ni boleh dicabar di Mahkamah Sivil..tidak kah itu akan menjatuhkan martabat Islam bila hukum Allah boleh dicabar di mahkamah sivil??

Aku rasa bukan korang ni tak paham tapi saje buat buat tak reti...jangan main sondol sedap je taip tanpa nk usul periksa apsal undang2 tu tidak boleh dilaksanakan hatta di Negeri Kelantan sekalipun..

Nah amik bawah ni Surat Tun Mahathir pada TGNA..

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN
Y.A.B. Tuan Haji,
PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994
Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan
(al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan
juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam
melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan
hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga
berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam
iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada
kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang
digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat
ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan
Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia
selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah
diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui,
KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam
apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan
keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada
penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah
agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah
usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada
budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya
terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan
dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman.
Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada
terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada
mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas
terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di
Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi
mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang
bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan,
kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang
disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan
sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia
akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan
kapada keterangan berikut:
(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya
di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan
Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku.
Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di
bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi
kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum
dalam al Quran.
Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti
hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak
ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam
atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat
perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang
yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang
dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan
lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah
yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan
merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan
ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh
diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang
Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan
dengan agama Islam.
(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada
undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan
anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut
undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita
itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh
perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang
saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak
melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan
terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.
Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti
di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia,
tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang
terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan
mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai
bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol
daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat
apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri
daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah
bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol
akan terlepas.
Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan
anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana
tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa
pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang
dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada
semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman.
Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang
ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS
bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah
undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama
Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang
kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima
ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh
kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain
daripada Islam dan kepentingannya

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur
ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah
Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan
Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya.
Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan
menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama
yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan
diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk
Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS
bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik
dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia
yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam
tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah
dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil
tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan
ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by Mr.Puaka on Sat Sep 12, 2009 4:11 am

Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada
semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman.
Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang
ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS
bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah
undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama
Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang
kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima
ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh
kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain
daripada Islam dan kepentingannya

Saudara faham ke tidak isi kandungan surat ini? Tak nampak ke perjelasan Dr. Mahathir, ada tk kebenaran disebalik perjelasan yang beliau berikan itu?

Last edited by Mr.Puaka on Sat Sep 12, 2009 8:44 am; edited 1 time in total

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by pahlawan007 on Sat Sep 12, 2009 8:29 am

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada
undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan
anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut
undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita
itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh
perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang
saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak
melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan
terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.
Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti
di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia,
tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang
terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan
mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai
bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol
daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat
apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri
daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah
bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol
akan terlepas.
Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan
anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana
tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa
pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang
dahsyat.

ishhh ishhh ishhh (sambil mengelengkan kepala) kesiannya wanita tersebut, dah la kena rogol secara bergotong royong pas tu kena hukum rejam lagi, tapi perogol secara gotong royong boleh terlepas ishh ishh ishh (dunia.... dunia...) dimana yang dikatakan keadilan berlaku di sini?? adil ke tu?
zaman sekarang ni amat susah nak cari saksi bagi memenuhi kehendak hukum hudud tu mana nak cari yee...??? kalau macam ni lah memang ramai perogol akan terlepas dari hukuman dunia ni dan semakin berani dan berleluasa lar nampaknya jenayah ini.

pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 42
Location : Subang

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan on Sat Sep 12, 2009 12:02 pm

Mangsa rogol, kemudian mengandung.... Kenapa wanita yang dirogol itu tidak melaporkan kepada polis? Ibubapa wanita itu apakah mereka tidak nampak dalam tempoh 9 bulan 10 hari wanita itu membesar perutnya? Kenapa tak tanya siapa yang merogolnya? Lebih-lebih lagi sekarang ini ujian DNA boleh dilaksanakan bagi membuktikan sama ada wanita itu dirogol atau dia sendiri yang syokkan si jantan itu lalu menyerahkan dirinya untuk dizinai.

Takkanlah hakim yang membicarakan kes rogol itu bengap sangat, tak tahu hendak menilai keterangan dan bukti, tidak tahu membezakan antara orang yang kena rogol dengan orang yang sengaja berzina.

Kalau sudah namanya pun sebagai mangsa rogol, masakanlah hakim yang membicarakannya itu bengap sangat jatuhkan pula hukum terhadapnya sebagai berzina.

Kalau didapati Hudud versi PAS itu tidak lengkap, kenapa tidak dilantik penel bagi menggubal hukum hudud itu dari kalangan begitu ramai profesor di UIA dan di universiti-universiti lain termasuk di Universiti Al-Azhar agar adanya satu hukum hudud sebagaimana yang dituntut oleh Al-Qur'an dan Sunah?Kenapa ditolak terus secara total tanpa ada usaha untuk mempertabatkan Hukum Allah Swt??

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by jacksperow on Sat Sep 12, 2009 12:05 pm

wanita tu malu la..satu lg takut la...
cis beliau ni....i ni wanita gak tau...so i tahu la isi
hati wanita tu...

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan on Sat Sep 12, 2009 12:11 pm

jacksperow wrote:wanita tu malu la..satu lg takut la...
cis beliau ni....i ni wanita gak tau...so i tahu la isi
hati wanita tu...

Adakah dengan mengeluarkan kenyataan ini maka dengan itu, ko merasakan bahawa Hukum Hudud itu tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang??

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by jacksperow on Sat Sep 12, 2009 12:14 pm

Pijan wrote:
jacksperow wrote:wanita tu malu la..satu lg takut la...
cis beliau ni....i ni wanita gak tau...so i tahu la isi
hati wanita tu...

Adakah dengan mengeluarkan kenyataan ini maka dengan itu, ko merasakan bahawa Hukum Hudud itu tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang??
adess...knyataan ni aku just kate saje,takde sangkut paut ngan hukum hudud...
aku memang sokong kalau hukum hudud dilaksanakan...
sebab tu masa 1 ogos aku ade g ikut refomasi...bukan hanya sembang kosong di kedai2 kopi...

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan on Sat Sep 12, 2009 12:19 pm

jacksperow wrote:

kadang2 kenyataan yang kita keluarkan mungkin boleh menimbulkan fitnah dan kekeliruan...jadi ada baiknya kenyataan2 seperti diatas ni dielakkan bagi mengelakkan timbulnya masalah..

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by jacksperow on Sat Sep 12, 2009 12:22 pm

ok la pasni aku taknak komen ape2

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by pahlawan007 on Sat Sep 12, 2009 12:26 pm

Pijan wrote:
jacksperow wrote:wanita tu malu la..satu lg takut la...
cis beliau ni....i ni wanita gak tau...so i tahu la isi
hati wanita tu...

Adakah dengan mengeluarkan kenyataan ini maka dengan itu, ko merasakan bahawa Hukum Hudud itu tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang??

memang hukum hudud tidak sesuai di malaysia itu yang pastinya... (kalau sesuai, lama dah dilaksanakan)

pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 42
Location : Subang

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan on Sat Sep 12, 2009 12:35 pm

pahlawan007 wrote:
Pijan wrote:
jacksperow wrote:wanita tu malu la..satu lg takut la...
cis beliau ni....i ni wanita gak tau...so i tahu la isi
hati wanita tu...

Adakah dengan mengeluarkan kenyataan ini maka dengan itu, ko merasakan bahawa Hukum Hudud itu tidak sesuai digunakan pada zaman sekarang??

memang hukum hudud tidak sesuai di malaysia itu yang pastinya... (kalau sesuai, lama dah dilaksanakan)

Maka dengan ini,sudah jelaslah pada kamu bahawa islam itu ugama yang tidak sempurna..nauzubillah...

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by pahlawan007 on Sat Sep 12, 2009 1:30 pm

mu ni nayu nate gapo lar? baco rumi pon tak reti...bodo nak mapuh. Bila masa aku kata Islam itu tak sempurna?? mu ngucap dulu pijan wei sebelum akidah mu terpesong... ko mu ni golongan syiah???

pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 42
Location : Subang

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by jacksperow on Sat Sep 12, 2009 1:33 pm

adess...sebelum lebih teruk lg baik kita semua beristifar...

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan on Mon Sep 14, 2009 10:43 am

Aku malas dah nk cerita apa apa lagi pada golongan yang terang2 menolak islam...cerita pun tkde gune..pade yang membaca anda boleh la menilai sendiri...

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by Pijan on Mon Sep 14, 2009 10:50 am

Bila seseorang tu dengan berani boleh mengatakan bahawa Hukum
Hudud tu tak sesuai di Malaysia maka sia sia je lah aku nk melayan
karenah2 orang2 yang macam ni..so silalah, hentam je lah kerajaan PR
yang takde guna satu sen ni.. aku dah malas nk berbicara kat sini...
Korang je menang aku mengaku kalah... Ambillah thread politik forum
ni,gunakanlah sebagai platform untuk menarik balik orang melayu kembali
pada UMNO...sekian terimakasih

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Tonggang Terbalik.

Post by Sponsored content Today at 8:39 pm

Sponsored content

Back to top Go down

Page 3 of 4 Previous  1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum