Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

» tambah owner lagi!
Sat Jul 24, 2010 8:38 pm by edora

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 33 on Fri Sep 30, 2016 11:47 pm
Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

View previous topic View next topic Go down

Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

Post by Mr.Puaka on Sat Sep 05, 2009 7:34 am

Oleh:Hj. Mohd Affandi Yusof

Saya menganggap cadangan Nik Aziz agar parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam sebagai suatu cadangan yang baik, ia baik untuk perpaduan rakyat dinegara ini, namun Pakatan Rakyat perlu memperaktikkannya dan membuktikannya terlebih dahulu sebelum ia dicadangkan kepada BN.

YAB Datuk Nik Aziz menyebut biarlah Islam sebagai dasar atau tunjang perjuangan parti yang bakal dibentuk nanti.

Sebab itu kami mencabar Datuk Nik Aziz dan kepimpinan Pas melaksanakan Dasar Islam dikalangan Pakatan Rakyat terlebih dahulu, dengan merombak semua parti komponen PR- DAP, PKR dan PAS, jadikan ia satu parti dan letakkan dasar dan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat ialah Islam.

Kalau lah Pas berjaya membentuk dan meletakkan Dasar Pakatan Rakyat ialah Islam, maka ia suatu yang baik dan harus dipuji.

Apa yang nyata sekarang, antara mereka tiga beradik pun mempunyai matlamat yang berlainan, tidur sekatil, tapi mimpi lain-lain. Buktikan dalam perlembagaan PKR, adakah terdapat pada mana-mana fasal tujuan dan matlamat PKR untuk Islam? Demikian juga DAP?

Oleh kerana kedua-dua parti tidak bermatlamatkan Islam, kenapa Pas bersekongkol dengan pihak yang tidak berjuang untuk Islam. Yang mana UMNO telah terbukti berjuang untuk Islam sejak Negara kita merdeka hingga kini, mengangkat martabat umat Islam, meningkatkan syiar dan mengembangkan Islam dalam Negara, sepatutnya Pas perlu memilih UMNO sebagai rakan kongsi untuk melaksanakan agenda Islam.

Pada asasnya hasrat Pas adalah baik. Cuma Pas perlu buktikan dulu ia terlaksana dalam Pakatan Rakyat. Jangan sampai rakyat melihat Pas hanya ibarat ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus, tapi mereka sendiri seperti “ayam jantan berkokok riang, ekor dan kaki berlumuran najis”.

Apa yang mengecewakan saya ialah, usaha untuk menjadikan dasar Malaysian Malaysia dilakukan tanpa henti oleh pihak pembangkang. Mereka begitu ghairah untuk memastikan tiada lagi keistimewaan yang dinikmati oleh bumiputera selama ini, termasuklah Hak Istimewa Melayu walaupun perkara tersebut dijamin oleh perlembagaan.

Kenapakah keistimewaan orang Melayu yang telah dinikmati oleh bangsa Melayu sejak 52 tahun yang lalu dituduh sebagai “Asabiyyah” dan “haram”?

Kenapa pembangkang menentang usaha untuk mengangkat martabat bangsa Melayu dan Islam yang diperjuangkan UMNO, bahkan memberikan berbagai gelaran dan tuduhan kepada UMNO.

Kami amat kecewa dengan sikap Pas yang sanggup menggadai Hak Istimewa Melayu demi kepentingan politik sempit mereka, bahkan mereka juga sangguh menodai pusaka tunggal peninggalan datuk nenek moyang kita yang amat berharga untuk orang Melayu.

Jika Nik Aziz merasakan bahawa hanya Pas yang berjuang untuk Islam, ia suatu fahaman yang teramat salah. Perkara ini telah berlaku dalam sejarah Islam, iaitu golongan Khawarij yang berpendirian seumpama ini.

Bahkan ia juga menampakkan sifat takabbur dan bongkak, dengan mendakwa hanya pihak mereka sahaja yang Islam, sedangkan pihak lain semua tidak Islam adalah tidak betul, kerana Islam ini agama Allah untuk sekalian manusia dan jin, samada yang masuk parti ataupun tidak.

Mana mungkin Nik Aziz boleh menganggap tidak menyokong Pas, sebagai menolak Islam.

Saya nak beritahu dia sekali lagi bahawa, UMNO pun berjuang untuk Islam sama seperti Pas juga, dan hasil perjuangan Islam UMNO telah terbukti sejak 52 tahun yang lalu.

Pembangkang perlu ingat bahawa Negara ini telah dipimpin dan ditadbir dengan aman, makmur dan berjaya selama 52 tahun BN memerintah.

Itu merupakan bukti bahawa acuan dan dasar BN telah mengangkat martabat rakyat Malaysia sebagaimana yang kita nikmati pada hari ini.


Penulis Adalah Pengerusi Biro Agama, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia


Puaka:Boleh atau tidak, sy pun tidak pasti. Very Happy

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

Post by Pijan on Sat Sep 05, 2009 10:55 am

Masalah utama UMNO yang memgakibatkan TGNA naik angin ialah UMNO ni mengaku berjuang untuk islam tapi selama 52 tahyun memerintah Malaysia, kenapa langsung tkde usaha untuk memartabatkan Hukum Allah SWT, tapi mengaku berjuang untuk islam seakan2 islam UMNO ni islam yang dipilih2,ade yang UMNO buat ade yg UMNO tkmo buat.Tu pasal TGNA kata UMNO ni islam plastik...tak leh nk paham2 lagi ke org UMNO ni??

Jadi sekarang ni tak payah la nk cabar TGNA buat ini buat itu kalau dah parti sendiri (UMNO) tu dah tak berapa nk betul.


** Bukan TGNA tkmo buat Hukum Hudud & Qisas kat Kelantan tapi awal2 lagi geng2 UMNO ni dah cantas siap bagi amaran mcm2 kat TGNA

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

Post by jacksperow on Sat Sep 05, 2009 11:29 am

APA PUNYA BENGONG LA PEMUDA NI....BAIK DIAORG AJAK TOK GURU NIK AZIZ JADIKAN MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM YG DIRAHMATI ALLAH S.W.T...LG BAGUS...SEMUA SEPAKAT...NI TAK....

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Re: Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

Post by Admin on Sun Sep 06, 2009 1:51 am

senang jer cabar org... nape UMNO tak ajak MIC n MCA wat menda ni.. sbb dia org tau susah org cina ni nak terima... sbb tu ia berani cabar...

_________________
http://forumcentral.forum-motion.com
Masuk kandang harimau mengaum..
Masuk kandang kambing mengembek..


Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

http://forumcentral.forum-motion.com

Back to top Go down

Re: Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

Post by tongkat warent on Sun Sep 06, 2009 2:07 am

dinegara yg berbilang kaum ni susah nak wat semua ni..pas tiada media yg luas untuk menerangkan kepada masyarakat selain melayu bagaimanakah cara undang2 islam ditegakkan..org umno dengan sedaya usaha menakutkan bangsa lain dengan menyebarkan dakyah sonsang kononnya bangsa lain ditindas sekiranya undang2 islam ditegakkan..benda ni sukar tapi tak mustahil..benda ni jadi semakin susah dengan ancaman dari bangsa seagama sendiri.

tongkat warent
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 259
Join date : 05/09/2009
Location : selatan malaysia

Back to top Go down

Re: Pemuda Cabar Nik Aziz Jadikan Islam Sbg Dasar Dalam Pakatan Rakyat.

Post by Sponsored content Today at 2:03 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum