Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

» tambah owner lagi!
Sat Jul 24, 2010 8:38 pm by edora

Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 33 on Fri Sep 30, 2016 11:47 pm
Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

View previous topic View next topic Go down

TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Mr.Puaka on Sun Sep 06, 2009 8:23 am

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengarahkan pegawai dan juga anggota Dewan Undangan Negeri Selangor supaya tidak pergi ke Pejabat Suruhajaya Pencegah Rasuah Malaysia sekiranya dipanggil untuk siasatan atau untuk direcordkan kenyataan mereka kecuali jika pegawai SPRM sendiri datang mengadap di pejabat mereka .

Tanpa sedar Khalid Ibrahim telah menunjukan kecendorongan kerajaannya atau Pakatan Rakyat untuk menjadi sebuah kerajaan diktator, untuk menyalahgunakan kuasa bila diperlukan untuk melindungi maruah diri, parti dan orang yang diharapkan dapat melindunginya.


Dia cuba untuk menunjukan bahawa kerajaannya tidak perlu menghormati polis atau pihak berkuasa kerana orang politik yang dipilih oleh rakyat lebih berkuasa dari rakyat biasa, tidak perlu hadhir di polis stesen atau pejabat pejabat seperti rakayt biasa yang disyaki melakukan rasuah, menipu, mencuri membunuh dan sebagainya.


Pandangan sepintas lalu seolah olah dia hendak melindungi hak rakyat tetapi disuatu aspek yang lain dia hendak menjadikan wakil rakyat lebih kebal dan lebih istemewa dari rakyat biasa dari segi undang undang negeri dan negara.


Dengan perbuatan ini kita boleh menjangkakan jika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Perdana Menteri atau PR menjadi kerajaaan bila keadaaan memerlukan maka mereka akan menambah kekebalan daeri segi undang undang demi untuk melindungi keburukan mereka kepada pihak polis dan rakyat.


Tanpa sedar akhirnya mereka akan meningkat kekebalan mereka sehingga setaraf dengan raja , Sultan dan juga Yang di Pertuan Agung atau mungkin lebih lagi.


Tidak semua diktator, facist, authoritarian yang sedar bahawa mereka mengadakan undang undang dan peraturan tertentu untuk melindungi sukusakat dan kaum keluarganya sendiri bila diperlukan demi untuk mengekalkan kuasa sendiri sebaliknya mereka sering melihat kepentingan diri sebagai kepentingan rakyat. Contohnya Hitler dan Sukarno.


Tan Sri Khalid lupa bahawa tidak ramai Menteri Besar Selangor yang turun takhta secara terhormat dan beliau juga mungkin salah seorang calunnya setelah Toyo turun dengan penyapu. Mungkin hari baginya juga telah hampir maka itu beliau mencegah "kemaluan" bagi dirinya sendiri.


Puaka: Agak-agak ape sebab, Khalid keluarkan kenyataan mcm ni? Takut ada lagi Exco dia yg mati kut? Mad

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by jacksperow on Sun Sep 06, 2009 9:54 am

TAK LA...TAKUT MATI AKAL JE.....

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Admin on Sun Sep 06, 2009 1:01 pm

ni semua provokasi.. sja nak tunjukan rasa tidak percaya dan kebimbangan terhadap SPRM... sambil2 tu boleh la buat kerja SPRM makin rumit...

_________________
http://forumcentral.forum-motion.com
Masuk kandang harimau mengaum..
Masuk kandang kambing mengembek..


Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

http://forumcentral.forum-motion.com

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Mr.Puaka on Mon Sep 07, 2009 1:29 am

jacksperow wrote:TAK LA...TAKUT MATI AKAL JE.....

haha, aku setuju.. takut exco dia mati akal nak menjawab dgn SPRM.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Pijan on Mon Sep 07, 2009 2:08 am

Ade kes dakwa je la..ape yang nk bising?? takut mati akal la apa la...
Sudahlah SPRM, bertindak ikut telunjuk UMNO jer..sape nk hormat...

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Mr.Puaka on Mon Sep 07, 2009 6:32 am

Macam mane nak dakwa? baru amik keterangan pun dh ada yg mati? Baru disyaki terlibat dlm salahlaku guna dana kerajaan pun dh gelabah sehingga mengeluarkan kenyataan mcm ni.

Baru nak siasat pun dh ada pihak ugut mengugut sehingga memaksa pengarah siasatan SPRM mengeluarkan kenyataan bekukan semua siasatan berkaitan pemimpin pembangkang. Mudah aje kalo tk bersalah bagi aje kerjasama tk kira la waktu pejabat atau luar pejabat.

Bila keluar kenyataan mcm ni kan seolah-olah menampakkan ada berlaku kepincangan dlm kerajaan pimpinan PR ni. Itu secara logik akal la. Bukan sahaja kerajaan pimpinan PR, pimpinan BN sendiri pun ada kepincangan, tapi setahu saya tidak pernah mana-mana pemimpin BN mengeluarkan arahan supaya tidak boleh memberi sebarang keterangan kpd mana-mana jabatan kerajaan selepas waktu pejabat.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by tongkat warent on Mon Sep 07, 2009 7:53 am

kalau pihak BN mengeluarkan kenyataan seperti yg dibuat oleh khalid sapa pun x tau..kuasa ditangan mereka.kenyataan yg dikeluarkan pihak pembangkang dengan sewenangnya dimanipulasi akhbar pro BN.dengan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan pun pihat BN boleh membuat apa yg dinyatakan khalid tanpa diketahui umum,

tongkat warent
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 259
Join date : 05/09/2009
Location : selatan malaysia

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Pijan on Mon Sep 07, 2009 12:02 pm

Siasatlah selagi boleh SPRM oiii...cuma nak tanye satu jer..1) Kes RM2,400 : Siasat melebihi 10jam sampai ditemui mati... 2) Kes OTK terima RM10juta : siasat 2 jam jer siap esok leh sambung balik...mane kewajaran dia??
Kalau dah takmo difitnah, tindak tanduk tu jagalah sikit, janganlah sampai ade ruang tuk org buat fitnah terhadap SPRM...

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by pahlawan007 on Mon Sep 07, 2009 12:21 pm

Pijan wrote:Siasatlah selagi boleh SPRM oiii...cuma nak tanye satu jer..1) Kes RM2,400 : Siasat melebihi 10jam sampai ditemui mati... 2) Kes OTK terima RM10juta : siasat 2 jam jer siap esok leh sambung balik...mane kewajaran dia??
Kalau dah takmo difitnah, tindak tanduk tu jagalah sikit, janganlah sampai ade ruang tuk org buat fitnah terhadap SPRM...

ang ni kenapalah dilahirkan di malaysia? kalau dilahirkan di palestin kan lagi baik...boleh mati syahid.

kes 1) siapa siasat sampai 10 jam??? kalau kau la pijan sebagai pegawai penyiasat sanggup ke nak buat soal siasat sampai 10 jam?? cakap je senang le... dan lagi satu si lahabau tu tak pernah ditahan kerana beliau bukan suspek utama la dol.. ang pandai2 je buat cerita...kan kena isa menangis tak berlagu lak ang Wink (yang ni memang hang buta kayu dan aku pasti hang tak tau cerita sebenarnya)

kes 2) 2 jam memang masa yang ideal la untuk buat temusiasat, kerana beliau berikan kerjasama tak macam lahabau tu yang sentiasa tahu nak protes je...

kat sini ade benda yang boleh dan tak boleh kita bincangkan secara terperinci kerana boleh melanggar Akta Rahsia Rasmi.

pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 42
Location : Subang

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Pijan on Mon Sep 07, 2009 12:27 pm

Tu la...sikit sikit akta rahsia rasmi...baik tutup je thread politik ni kalau dah semua tak boleh nak bincang..atau lebih baik kamu kamu yang ade angkat sumpah tak payah la nk join thread sini sebab nanti kena ISA la plak..

** byk forum aku tgk lagi teruk dari ni diorang hentam pihak kerajaan...ok je.. tkde kene ISA pun sesape..

Kes 10jam ngan 2 jam ni bukan aku buat cerita tapi dah kecoh satu alam siber pasal benda nih...diorang pertikaikan kenapa ada double standard..

Pihak SPRM kalau betul telus, sila buat press conference pertahankan diri anda dari duduk diam membisu membiarkan fitnah berleluasa...

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by pahlawan007 on Mon Sep 07, 2009 1:00 pm

Pijan wrote:Tu la...sikit sikit akta rahsia rasmi...baik tutup je thread politik ni kalau dah semua tak boleh nak bincang..atau lebih baik kamu kamu yang ade angkat sumpah tak payah la nk join thread sini sebab nanti kena ISA la plak..

** byk forum aku tgk lagi teruk dari ni diorang hentam pihak kerajaan...ok je.. tkde kene ISA pun sesape..

Kes 10jam ngan 2 jam ni bukan aku buat cerita tapi dah kecoh satu alam siber pasal benda nih...diorang pertikaikan kenapa ada double standard..

Pihak SPRM kalau betul telus, sila buat press conference pertahankan diri anda dari duduk diam membisu membiarkan fitnah berleluasa...

memang betul apa yang kau gitau tu pijan banyak forum yang lebih dasyat lagi pada sini tapi tak kena ISA(Akta Keselamatan Dalam Negeri) pon, aku akui kenyataan kau itu. Di sini aku dapat nilai setakat mana yang kau paham pasal Akta Rahsia Rasmi (OSA)... ciput je hehehe. Kau tau sapa yang terikat dengan akta tersebut? Kau pernah tandatangan surat tersebut ke tidak?

Press conf Laughing Laughing Laughing ang ingat ni debat antara BN melawan BA ka? SPRM kena pertahankan diri huahuahua...mei hua. Lucu sungguh ayat kamoo pijan. Lagi satu kalau kowang nak hantam kerajaan aku xmarah lantak la sebab kerajaan dipilih oleh rakyat tapi Jabatan bukan dipilih oleh rakyat, kakitangan jabatan memohon untuk kerja tersebut bukan dipilih oleh rakyat.

Jabatan bukan kerajaan hang kena ingat tu..jgn jadi bodus sombom lak, lain kali kalau tak tau tanya lar..walaupon jabatan tu komponen dalam kerajaan tapi ang ingat semua kakitangan dipilih oleh rakyat ka? kalau yang mana dipilih oleh rakyat tu aku tak marah kalau hang tak puas hati dan mahu hantam tu lantak la

cakap nak hantam kerajaan tapi yang dia hantam SPRM, polis huhuhu...paham betul2 siapa itu kerajaan(marahkan vavi, hutan dibakar)...TQ

pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 42
Location : Subang

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Pijan on Mon Sep 07, 2009 1:06 pm

Betul..kakitangan kerajaan pohon kerja bukan dipilih oeh rakyat tapi kena ingat gaji kamu tu sape yang bayar?? Duit dari poket Najib Tun Razak ke??
Ingat samalah sapa yang bayar gaji kamu tu yang bagi anak bini kamu makan tu...kalau diorang2 tu tak halalkan..mcmana??

Bab press conference tu hanyalah salah satu cadangan dari saya yang kerdil nih... bukannya satu kemestian yang wajib SPRM tu buat... nk pertahankan diri tu mcm2 cara ada.. pandai2 la SPRM nak pertahankan mcmana janji boleh sampai kepada orang2 diluar seperti kami yang membayar gaji kakitangan kerajaan tu...

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by pahlawan007 on Mon Sep 07, 2009 1:26 pm

Pijan wrote:Betul..kakitangan kerajaan pohon kerja bukan dipilih oeh rakyat tapi kena ingat gaji kamu tu sape yang bayar?? Duit dari poket Najib Tun Razak ke??
Ingat samalah sapa yang bayar gaji kamu tu yang bagi anak bini kamu makan tu...kalau diorang2 tu tak halalkan..mcmana??

Bab press conference tu hanyalah salah satu cadangan dari saya yang kerdil nih... bukannya satu kemestian yang wajib SPRM tu buat... nk pertahankan diri tu mcm2 cara ada.. pandai2 la SPRM nak pertahankan mcmana janji boleh sampai kepada orang2 diluar seperti kami yang membayar gaji kakitangan kerajaan tu...

heheheheh huahuahua... wei pijan hang takat hidup ni dah berapa ribu hang bayar cukai kepada kerajaan??
dalam islam tak pernah timbul soal yang sekerat atau 2 kerat tak halal duit cukai pada kerajaan untuk bayar gaji pada jabatan yang dia tak puas hati, ada pernah saudara terfikir pulak kemana pergi duit cukai arak di malaysia ni?? ada saudara terfikir yang semua pembayar cukai tu rela ke nak serahkan duit masing2 kepada kerajaan sampai berjuta2?? apa nak heran kalau takat saudara dan kroni2 saudara je yang tak halal duit cukai, kami bukan makan duit saudara sebaliknya saudara yang telah makan hasil dari keamanan kerajaan tempat saudara menumpang cari rezeki ini, saudara yang sepatutnya berterimakasih kepada penguatkuasa yang ada di malaysia dan tak timbul isu saudara tak nak halal ke nak halal ke lantak la....ade aku kisah

pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 42
Location : Subang

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Pijan on Mon Sep 07, 2009 1:30 pm

tkpelah...kalau dah mcmtu mentaliti seorang kakitangan kerajaan, didunia ni leh pusing2 spin la...esok2 nanti jawab sendiri la...

Nak kate tak pernah dengar keluh kesah rakyat marhein yang bayar cukai tentang karenah kakitangan kerajaan tu tak mungkin kut...tapi tkpelah..sebab dah dihabiskan ayat tu dengan "ade aku kisah" ... so nk citer ape lagi kalau dah takmo terima kisah orang lain..hehehe

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by pahlawan007 on Mon Sep 07, 2009 1:38 pm

Pijan wrote:tkpelah...kalau dah mcmtu mentaliti seorang kakitangan kerajaan, didunia ni leh pusing2 spin la...esok2 nanti jawab sendiri la...

Nak kate tak pernah dengar keluh kesah rakyat marhein yang bayar cukai tentang karenah kakitangan kerajaan tu tak mungkin kut...tapi tkpelah..sebab dah dihabiskan ayat tu dengan "ade aku kisah" ... so nk citer ape lagi kalau dah takmo terima kisah orang lain..hehehe

kenapa bunyi cam putus asa je ni?? ishh tak syok le cam ni....
tongue

pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 42
Location : Subang

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Pijan on Mon Sep 07, 2009 1:44 pm

tak putus asa tapi letih bicara ngan orang tak mo amik kisah...buang mase je bercerita kalau dah satu pihak tu takmo amik kisah...wasting time...

Nanti last2 sekali.."oh saya minta maaf saya tak bleh jawab soalan itu kerana akta rahsia rasmi bla bla bla.." so no point nak cakap lagi...baik ikut advice saya iaitu tak payah buka thread ni kalau dah tkmo amik kisah dan takut pada akta rahsia rasmi....

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by pahlawan007 on Mon Sep 07, 2009 1:52 pm

hehehe... diam itu lebih baik dari bercakap Rolling Eyes

pahlawan007
Budak U
Budak U

Posts : 177
Join date : 29/08/2009
Age : 42
Location : Subang

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Pijan on Mon Sep 07, 2009 1:58 pm

pahlawan007 wrote:hehehe... diam itu lebih baik dari bercakap Rolling Eyes

On certain case la... bukannya semua benda tu adalah lebih baik kita berdiam....

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Mr.Puaka on Tue Sep 08, 2009 3:17 am

Pijan wrote:tak putus asa tapi letih bicara ngan orang tak mo amik kisah...buang mase je bercerita kalau dah satu pihak tu takmo amik kisah...wasting time...

Nanti last2 sekali.."oh saya minta maaf saya tak bleh jawab soalan itu kerana akta rahsia rasmi bla bla bla.." so no point nak cakap lagi...baik ikut advice saya iaitu tak payah buka thread ni kalau dah tkmo amik kisah dan takut pada akta rahsia rasmi....

Suadara kena paham Akta Rahsia Rasmi mmg tidak boleh didedahkan kpd sesiapa pun,
nama pun rahsia, kami ini masih memegang sumpah yg dibuat, sebab kami tknak ikut jejak langkah pemimpin yg diagungkan pembangkang dh bersumpah utk menyimpan semua rahsia semasa menjawat jawatan dlm kerajaan, tp akhirnya rahsia-rahsia kerajaan didedahkan kpd umum kononnya atas dasar perjuangan.

Saya rasa saudara sendiri paham mcm mane terikat dlm sumpah itu, tk perlu sy jelaskan disini, jadi tk perlu kita menutup mane-mane thread ruangan politik ini disebabkan kami (sy dan pahlawan) enggan mengulas lanjut pertanyaan saudara.

Kami cuba utk menjawab setakat boleh, itulah yg dinamakan forum, tp jika kesemua pertanyaan saudara menjurus kpd Rahsia tertentu itu sudah melanggar etika kerja kami jika kami terus menjawab soalan-soalan anda.

Jadi jika saudara pikir perlu tutup ruangan politik ini disebabkan kami gagal mengulas lanjut tk masuk akal lah. Teruskan aje perbincangan kita, yg boleh dijawab insyaALLAH akan dijawab sebaik mungkin. Itulah yg dinamakan forum.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Pijan on Tue Sep 08, 2009 11:59 am

Malas nak taip so just cut & paste ape Tongkat Warren taip je la kat topik lain :-

"topsec sebab nak elakkan kemudaratan teruk kepada negara ke nak melindungi pemimpin BN Rolling Eyes"

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Pijan on Tue Sep 08, 2009 10:22 pm

Lelaki dakwa didera SPRM bagi keterangan esok
Harakahdaily
Tue | Sep 08, 09 | 4:01:29 pm MYT
SHAH ALAM, 8 Sept: Seorang lelaki misteri yang telah membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran penderaan ke atasnya dijangka akan memberikan keterangan dalam Inkues kematian Teoh Beng Hock esok.

Permohonan peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo untuk membawa lelaki itu sebagai saksi diterima oleh Koroner Azmil Muntapha Abas walaupun dibantah oleh peguam SPRM, Datuk Abdul Razak Musa.

Semasa permulaan sidang pagi tadi, Abdul Razak berkata, laporan polis itu tidak relevan dengan inkues yang dijalankan atas beberapa sebab.

Salah satunya adalah orang yang membuat laporan berkenaan pada 11 September 2008 adalah suspek, sementara Teoh adalah saksi.

Namun, Gobind tidak bersetuju dengan Abdul Razak kerana laporan polis itu melibatkan dakwaan-dakwaan terhadap saksi (Mohd Ashraf)

Gobind mempersoalkan 'ketakutan' SPRM berhubung perkara itu. "Kenapa takut? Jika anda tidak melakukan apa-apa yang salah, katakan yang anda tidak lakukan apa-apa yang salah."

Gobind menegaskan yang Mohd Ashraf mempunyai peluang untuk menafikan dakwaan-dakwaan itu jika dibenarkan memberi keterangan.

Abdul Razak berkata, Gobind tidak boleh melibatkan Mohd Ashraf kerana selepas laporan itu diteliti, nama Mohd Ashraf tidak dinyatakan dalam laporan itu.

Gobind berkata, laporan itu menyatakan 'beberapa pegawai SPRM' dan Mohd Ashraf adalah pegawai SPRM.

Peguam mewakili Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar menyokong hujah Gobind, dengan mengatakan Mohd Ashraf bekerja dengan SPRM ketika laporan itu dibuat.

Koroner kemudiannya memutuskan, laporan itu relevan kerana ia berlaku di tempat yang sama (tingkat 14, Plaza Masalam) dan mungkin melibatkan orang yang sama.

"Butiran dalam laporan itu relevan dengan fakta inkues ini," kata Azmil Muntapha.

Mohd Ashraf dipanggil ke kandang saksi dengan Abdul Razak mula mengemukakan soalannya.

Dalam jawapannya, Ashraf berkata, Teoh kelihatan gugup apabila melihat empat dokumen yang dicetak daripada komputer ribanya. Katanya, pegawai lain telah menunjukkan dokumen tersebut kepada Teoh semasa sesi soal jawab pada 15 Julai.

Mohd Ashraf juga berkata, Teoh tidak pernah mengadu berada dalam kesakitan ketika berada di pejabat SPRM. Katanya, Teoh juga tidak menyebut apa-apa tentang akan berkahwin.

Beliau juga tidak pernah dipanggil oleh polis berhubung sebarang dakwaan dalam laporan polis itu.

Beliau juga bebas daripada sebarang saman sivil dan tidak pernah disaman kerana menyebabkan kecederaan berat.

Inkues telah ditangguhkan sehingga esok dimana lelaki misteri ini dijangka akan memberikan keterangannya.



Hahahahaha...ape SPRM ni igt dia Gestapo ke boleh sesuka je torture org?? Gile punye SPRM..

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Pijan on Tue Sep 08, 2009 10:25 pm

Ahmad Said ditegur kerana kaitkan Teoh bunuh diri
Abdul Aziz Mustafa
Tue | Sep 08, 09 | 10:44:06 am MYT
KUALA LUMPUR, 8 Sept: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Ahmad Said Hamdan ditegur oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon kerana mengeluarkan kenyataan yang mungkin menjejaskan siasatan ke atas kes kematian Teoh Beng Hock.

Dalam satu kenyataannya, Koh berkata, Ahmad Said dan para pegawai kanan SPRM sepatutnya mengelakkan diri dari mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap menjejaskan siasatan yang sedang dijalankan dan juga inkues terhadap kematian Teoh.

"Mereka hendaklah lebih sensitif terhadap perasaan keluarga Teoh yang kehilangan orang yang disayangi, tidak kira sebab kematiannya yang menjadi topik siasatan," kata beliau.

Teguran Koh itu dibuat berikutan kenyataan Ahmad Said bahawa Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah Hong Kong (ICAC) mempunyai beberapa kes suspek membunuh diri.

"Walaupun ini mungkin kenyataan fakta berkaitan ICAC, komen terbuka oleh ketua SPRM ketika siasatan sedang berjalan boleh dianggap cuba mengandaikan bahawa bunuh diri mungkin menjadi sebab kematian Teoh, sedangkan siasatan belum mencapai keputusan konklusif," kata beliau.

Beliau berkata, orang ramai mengharapkan hasil konkrit dari SPRM dalam memerangi rasuah, satu daripada enam bidang pencapaian utama nasional yang diumumkan Perdana Menteri.

Beliau menekankan, SPRM mestilah "bebas dan dilihat bersifat demikian dalam pengendalian sebarang kes".

Keluarga Teoh pula mengecam kenyataan Ahmad Said yang mereka sifatkan cuba membayangkan pembantu politik kepada anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah itu membunuh diri.

Adik perempuan Teoh, Lee Lan menyatakan, Ahmad Said memberitahu akhbar Sin Chew Daily bahawa beliau dimaklumkan tentang kes sepuluh orang yang melompat dari bangunan tinggi selepas disiasat oleh ICAC sejak ia ditubuhkan.

"Beliau juga berkata, jika orang yang disiasat tidak tahan dengan tekanan dan terjun dari bangunan, tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan oleh SPRM," Malaysian Insider memetik Lee Lan berkata.

Bercakap bagi pihak keluarganya, Lee Lan mengingatkan: "Jika SPRM terus membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh dibuktikan, kami bersedia berjumpa Perdana Menteri sekali lagi dan mendesak beliau menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Beng Hock".

Beliau juga mencabar Ahmad Said menjawab tiga soalan iaitu, siapa yang melihat Teoh terjun dari bangunan yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, mengapa pula Teoh patut berasa tertekan sedangkan SPRM menyatakan beliau hanya saksi dalam siasatan dan adakah cara siasatan SPRM mengakibatkan tekanan ke atas saksi atau orang yang disyaki sehingga menyebabkan mereka terjun membunh diri?

Teoh ditemui mati ketika beliau ketika masih dalam siasatan SPRM.

Mayat beliau ditemui di luar pejabat SPRM di tingkat lima Plaza Masalam Shah Alam pada 16 Julai lalu, iaitu hari yang sama beliau sepatutnya mendaftarkan pernikahan dengan tunangnya.

SPRM mendakwa, Teoh hanyalah seorang saksi kepada siasatannya ke atas Ean yang disyaki menyalahgunakan dana kerajaan Selangor.

Inkues yang dijalankan oleh mahkamah koroner ke atas kematian Teoh disambung semula hari ini selepas berehat seminggu. Kematian Teoh mencetuskan kemarahan sebahagian besar rakyat terhadap SPRM


~~ Nak buat camne...SPRM tu igt dia ade kuase besar sbb UMNO belakang dia...Yang heran tu, tak la plak si Ahmad Said ni takut ngan Akta Rahsia Rasmi bila buat statement camtu..heran heran..

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by hafiz_mivec88 on Tue Sep 08, 2009 10:31 pm

x tau nak komen ape..smoge kes tu dapat diselesaikan dgan yg bersalah dapat dihukum

hafiz_mivec88
Manager
Manager

Posts : 654
Join date : 02/09/2009
Age : 28
Location : seremban

Back to top Go down

Re: TENDENSI KEARAH SEBUAH KERAJAAN DIKTATOR DI SELANGOR.

Post by Sponsored content Today at 7:53 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum