Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

» tambah owner lagi!
Sat Jul 24, 2010 8:38 pm by edora

Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 33 on Fri Sep 30, 2016 11:47 pm
Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


10 cara membagagiakan ibu bapa

View previous topic View next topic Go down

10 cara membagagiakan ibu bapa

Post by tongkat warent on Sun Sep 06, 2009 1:11 pm

membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam
bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan
fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1.Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah
kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan
faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung
perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru
menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada
ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu
bapa untuk membesar dan mendidik anak.

2.Menyediakan tempat
tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak
sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan
tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik
jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan
dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.Memberi
kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang
selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak
pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas
dengan sebaik-baiknya.

Anak yang baik tidak melupai jasa dan
kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah
agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.

Firman
Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku
ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).

4.Memberi perhatian.
Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih
dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan
dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan
kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.

Penerapan
amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta
disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu
bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri.

Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan
orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga
ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa
orang anak.

5.Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali
memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan.
Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa.

Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan
tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik
berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan
seumpamanya.

Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih
utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim,
Ibnu Umar berkata: ?Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah
perbuatan disukai oleh Allah??

Lalu baginda bersabda:
Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa?? tanya saya lagi. Baginda
menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa lagi.
Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.

6.Melakukan apa yang
disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu
yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu
bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.

Anak derhaka kepada
ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka
kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di
akhirat.

Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang
disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu
bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).

Dalam hadis lain diriwayatkan
al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan
menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka
kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan
kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

7.Bercakap
dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap
lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan
membantah permintaan mereka.

Firman Allah bermaksud: Tuhanmu
telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan
hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang
telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah
sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah
engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun
dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).

Sesungguhnya,
anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau
bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri
daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa.
Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk
menjelaskan keadaan sebenar.

8.Menghadiahkan kejayaan. Ibu
bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi
kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa.

Jadi, jika
memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan
pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu
bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.

9.Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu
bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa
senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan
kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Sabda
Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah
segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang
berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada
orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada
kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).

Kebaikan
dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu
untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang
hayatnya.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti
terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu
bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal
dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah
seorangnya masih hidup.

Kita selalu melihat dia
ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita
sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu
kekalutan..Kita tidak tahu.Tetapi jika kita cuba jadi sahabat
sepertinya,mungkin kita akan tahu.

tongkat warent
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 259
Join date : 05/09/2009
Location : selatan malaysia

Back to top Go down

Re: 10 cara membagagiakan ibu bapa

Post by hafiz_mivec88 on Sun Sep 06, 2009 1:15 pm

bgus tongkat..topik yg baik

hafiz_mivec88
Manager
Manager

Posts : 654
Join date : 02/09/2009
Age : 28
Location : seremban

Back to top Go down

Re: 10 cara membagagiakan ibu bapa

Post by Admin on Sun Sep 06, 2009 1:21 pm

terima kasih kasi tips2 ni warent... bagsu sangat...

_________________
http://forumcentral.forum-motion.com
Masuk kandang harimau mengaum..
Masuk kandang kambing mengembek..


Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

http://forumcentral.forum-motion.com

Back to top Go down

Re: 10 cara membagagiakan ibu bapa

Post by tongkat warent on Sun Sep 06, 2009 2:08 pm

sama2 diucapkan kepada hafiz dan admin..topik ni patut dikongsikan bersama kerana gejala derhaka terhadap ibubapa semakin menular dalam masyarakat kita..nauzubillahiminzalik What a Face

tongkat warent
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 259
Join date : 05/09/2009
Location : selatan malaysia

Back to top Go down

Re: 10 cara membagagiakan ibu bapa

Post by Sponsored content Today at 10:20 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum