Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

» tambah owner lagi!
Sat Jul 24, 2010 8:38 pm by edora

Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 33 on Fri Sep 30, 2016 11:47 pm
Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


9/11 Umat Islam di Cop Pengganas.

View previous topic View next topic Go down

9/11 Umat Islam di Cop Pengganas.

Post by Mr.Puaka on Sat Sep 12, 2009 9:20 am

Semalam adalah hari ulangtahun yang amat malang bagi warga Amerika Syarikat, malah mereka masih mengenang peristiwa 11 Sept 2001, dimana pengganas Al-Qaeda merampas 4 pesawat penumpang jet airlines.

Dua daripadanya melanggar World Trade Center, sehingga menyebabkan kesemua penumpangnya terbunuh, dan meranapkan bangunan yang menjadi ikon kepada Amerika Syarikat dalam sekelip mata. Pesawat ke-3 melanggar bangunan Pentagon di Airlinton, Virginia. Manakala pesawat ke-4 di jatuhkan di sebuah padang berdekatan dengan Shanville, Pennsylvania, selepas beberapa penumpang dan krew kapal terbang cuba mengambil alih sistem kawalan penerbangan itu.

Secara keseluruhan seramai 3,017 orang terbunuh dalam serangan itu kebanyakkannya adalah orang awam dari 90 negara, jumlah yang cedera dalam serangan itu pula mencecah kepada 6,291 orang.

Kini sudah 9 tahun peristiwa itu berlalu, tapi masyarakat Amerika masih lagi mengingati peristiwa itu, malah selepas peristiwa itu umat Islam diseluruh Amerika dikecam hebat oleh warga Amerika, dan setiap mereka yang beragama Islam di cop sebagai pengganas oleh pihak-pihak tertentu. Bukan sahaja di Amerika umat Islam di seluruh negara barat telah dipandang serong oleh rakyat Amerika. Walaupun kumpulan Al-Qaeda mengaku bertanggungjawab dalam serangan itu.

Sehingga sekarang agama Islam seringkali dikaitkan dengan agama pengganas, malah setiap warga eropah di terapkan dengan sentimen anti muslim disebabkan peristiwa ini. Walaupun Negara-negara Islam menafikan yang Islam adalah agama yang menyerapkan sentimen pengganas namun perkara itu tidak di endahkan oleh Amerika Syarikat.

Jadi pada pandangan anda apakah perkara yang wajar kita lakukan untuk memberi penerangan kepada golongan bukan muslim yang Islam itu indah, yang Islam itu tidak mengajar umatnya membunuh sesama manusia. Saya bukakan satu ruangan ini untuk mengetahui sejauh mana tahap kesedaran anda sebagai seorang muslim, berhubung peristiwa ini.


Puaka : Islam itu indah.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: 9/11 Umat Islam di Cop Pengganas.

Post by !k!n@Pr!s0N BrEak on Sat Sep 12, 2009 10:50 am

lantak la dorang nk cop penganas pon...sikit pon aq xheran.
best ape di sebagai cop penganaz.

!k!n@Pr!s0N BrEak
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 331
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

Re: 9/11 Umat Islam di Cop Pengganas.

Post by jacksperow on Sat Sep 12, 2009 10:52 am

ala baru cop ja...
betul la kate ikin tu..
best gak dicop penganas...
takde la org lain berani kitai islam lg...
wakakakkakakakak....

jacksperow
Manager
Manager

Posts : 609
Join date : 21/08/2009

Back to top Go down

Re: 9/11 Umat Islam di Cop Pengganas.

Post by Mr.Puaka on Sun Sep 13, 2009 3:26 am

!k!n@Pr!s0N BrEak wrote:lantak la dorang nk cop penganas pon...sikit pon aq xheran.
best ape di sebagai cop penganaz.

Kau tak hairan nasib-nasib saudara seagama kau dkt amerika? dkt palestin? dkt afghanistan? a'ah lantak la kan.. apa nak heran asal periuk nasik kita tak di usik.
Sentimen org melayu zaman skrg.

_________________
Pesan Nenek........ Mencari yang hilang adalah lebih baik kerana seseorang itu sudah mula insaf. Mencari yang tiada adalah satu perbuatan yang sia sia. Oleh Itu adalah lebih baik mencari yang hilang berbanding mencari yang tiada.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: 9/11 Umat Islam di Cop Pengganas.

Post by Mr.Puaka on Sun Sep 13, 2009 8:19 am

10 ditangkap gaduh di luar masjid


BEBERAPA anggota polis cuba meleraikan pergaduhan yang berlaku di luar sebuah masjid di Harrow, London Utara kelmarin.


BRITAIN memerlukan dasar baru untuk menangani isu berkaitan dengan eksploitasi rasis berikutan kejadian yang berlaku di luar sebuah masjid di London.

Setiausaha Komuniti Britain, John Denham memberitahu akhbar The Guardian satu strategi baru daripada kerajaan diperlukan untuk menangani isu yang cuba dieksploitasi oleh pelampau kaum.

Beliau membuat kenyataan itu selepas pasukan pencegah rusuhan polis menangkap 10 orang kelmarin dalam satu pergaduhan antara penunjuk perasaan beragama Islam dengan kumpulan anti-Islam di luar sebuah masjid di London.

Menurut Denham, menteri-menteri akan mendedahkan program kerajaan itu yang menjadikan komuniti berkulit putih dan kelas pekerjaan sebagai sasaran.

Pada kejadian yang berlaku Jumaat lalu, polis membuat tangkapan dan meleraikan tunjuk perasaan selepas sekumpulan pemuda Muslim membaling kayu dan batu ke arah sekumpulan penunjuk perasaan anti-Islam.

Kira-kira 1,000 orang menyertai tunjuk perasaan itu.
Seorang penunjuk perasaan, Khairul Khan berkata, penunjuk perasaan Islam sebenarnya tidak menunjukkan perbuatan agresif.

"Kami cuma mempertahankan masjid kami. Kami cuba untuk menghentikan mereka daripada menyerang rumah Tuhan kami," katanya. - AFP

Puaka : Jangan biarkan org kafir memperkotak-katikkan Islam. Allahuakbar!

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: 9/11 Umat Islam di Cop Pengganas.

Post by cikmie on Sun Sep 13, 2009 10:17 am

tu la..aku pon suka penganaz..aku kan true terrorist,racist,semua aku ada....sapa kaco aku tibai jer..baru org takut..contohi saidina Umar..singa....islam tuh tegas n garang..jangan bermain dgn islam..kalau tak kena pancung.... Cool

cikmie
Admin
Admin

Posts : 953
Join date : 21/08/2009
Age : 87
Location : Perlis

http://true-mechanic.blogspot.com

Back to top Go down

Re: 9/11 Umat Islam di Cop Pengganas.

Post by Mr.Puaka on Mon Sep 14, 2009 7:42 am

9/11 BAWA BENCANA BESAR DI LUAR AS.

Ramai jadi korban kempen perangi keganasan

WASHINGTON: Lapan tahun selepas al-Qaeda didakwa menyebabkan kematian hampir 3,000 penduduk Amerika Syarikat, 'kempen memerangi keganasan' yang dilancarkan meragut berpuluh ribu nyawa jauh dari Amerika Syarikat.

Beribu-ribu penduduk awam dan pasukan keselamatan dari pelbagai negara dilaporkan maut sejak serangan 11 September 2001 dan berterusan menjadi beban konflik yang merebak menjangkaui kawasan tumpuan Iraq dan Afghanistan.

Sekurang-kurangnya 101,539 penduduk awam terbunuh di Iraq sejak bekas presiden George W Bush mengarahkan serangan yang diketuai Amerika Syarikat pada 2003 untuk menyingkirkan Presiden Saddam Hussein, kata angka yang dikumpulkan pemantau bebas, Iraq Body Count,

Pentadbiran Bush bersalah menuduh Saddam bersubahat dengan al-Qaeda dan menyimpan senjata pemusnah besar (WMD).

Keadaan menjadi huru hara apabila kehadiran tentera Amerika memburukkan lagi keadaan dan mewujudkan kumpulan baru, al-Qaeda di Iraq.
Walaupun Bush dan penggantinya, Presiden Barack Obama mengambil langkah menyokong kepimpinan baru Iraq, satu serangan pada Ogos lalu menyaksikan kematian tertinggi mencecah 456 dalam tempoh 13 bulan termasuk 393 penduduk awam, kata angka rasmi.

Berdasarkan kumpulan pemantau lain, icasualties.org, seramai 4,343 askar Amerika maut di Iraq sejak 2003 bersama 179 askar Britain dan 139 anggota tentera negara lain.

Obama kini beralih fokus perang dari Iraq ke Afghanistan selain Pakistan dan berikrar untuk mengundurkan semua askar dari Iraq menjelang 2010 dengan pengunduran lengkap dijangka pada 2011.

Bagaimanapun, menjelang 30 Jun minggu sepatutnya tentera Amerika berundur dari bandar, kampung di Iraq turut menyaksikan keganasan yang meragut 437 nyawa pada bulan itu.
Menteri Luar Iraq, Hoshyar Zebari memberi amaran lebih banyak serangan akan dilakukan berikutan keselamatan negara itu merosot kerana ada komplot antara anggota keselamatan dan pemisah.

Di Afghanistan, tentera Amerika menyingkirkan pemimpin Taliban dalam beberapa minggu selepas serangan 9/11 tetapi militan kini mencetuskan lebih banyak kematian di kalangan askar Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan Amerika.

Angka kematian penduduk awam sebenar di Afghanistan tidak diketahui tetapi statistik PBB menunjukkan 2,118 penduduk awam terbunuh tahun lalu, kadar tertinggi sejak Taliban disingkirkan pada November 2001. Manakala, 1,523 lain maut pada 2007.

Seramai 1,378 askar Amerika dan NATO terbunuh di Afghanistan, kebanyakannya tentera Amerika, kata icasualties,org. Britain memiliki bilangan askar maut kedua tertinggi iaitu 213.

Konflik itu juga mencetuskan kematian tinggi di kalangan tentera Kanada sejak lebih lima dekad dengan 129 askarnya maut.

Bulan Ogos disifatkan paling banyak mencatatkan kematian di kalangan tentera asing di Afghanistan iaitu seramai 77 anggota keselamatan dengan 51 daripada mereka adalah tentera Amerika.

Sekurang-kurangnya 333 anggota tentera antarabangsa terbunuh setakat ini tahun ini menjadikan ia sebagai kematian paling banyak sejak permulaan perang.

Keganasan meningkat itu juga memberikan pendapat umum berbeza di kalangan penduduk Amerika majoriti ketika ini menentang perang, kata satu kajian pendapat terbaru. Kajian oleh ICM Research yang dikeluarkan Khamis lalu juga mendapati pendapat yang sama di kalangan penduduk Britain.

Puaka: Kononnya misi keamanan, tapi buat negara org porak peranda ade la.. taik punya AS!

_________________
Pesan Nenek........ Mencari yang hilang adalah lebih baik kerana seseorang itu sudah mula insaf. Mencari yang tiada adalah satu perbuatan yang sia sia. Oleh Itu adalah lebih baik mencari yang hilang berbanding mencari yang tiada.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: 9/11 Umat Islam di Cop Pengganas.

Post by Sponsored content Today at 2:14 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum