Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

» tambah owner lagi!
Sat Jul 24, 2010 8:38 pm by edora

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 33 on Fri Sep 30, 2016 11:47 pm
Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Misteri: Wanita tanpa muka

View previous topic View next topic Go down

Misteri: Wanita tanpa muka

Post by et0n on Mon Sep 14, 2009 10:26 am


Suami isteri tergamam lihat 'hantu' perempuan di tepi jalan

KEDINGINAN awal pagi membuatkan Nur amat berat meninggalkan bantal dan tilam empuk tetapi menyedari ada tugas menanti untuk menghantar suami tersayang, Ali Shah, yang bertugas sebagai juruperunding ke lapangan terbang untuk ke Singapura memaksanya bangun.

Kelancaran perjalanan ke Terminal Dua Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang tanpa gangguan kesesakan lalu lintas memang melapangkan hati. Namun apa yang tidak disedari Nur dan suami ialah halangan yang mereka tempuh datang dalam bentuk imej seorang wanita tanpa wajah.

“Pengalaman menyeramkan itu terjadi pada 1998. Ketika itu Terminal Dua Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz di Subang, masih beroperasi sebagai tumpuan penerbangan ke Singapura.

“Suami saya perlu menaiki penerbangan jam 7 pagi. Dia perlu berada di lapangan terbang dua jam lebih awal, menyebabkan kami keluar rumah seawal jam 4.30 pagi,” katanya yang menetap di Kota Damansara, sebelumnya dikenali sebagai Pusat Bandar Sungai Buloh.

Nur bercerita, hujan renyai-renyai ketika itu. Suaminya memandu kereta dan mereka leka bersembang kerana jalan raya lancar. Kira-kira 10 minit perjalanan, suaminya membelok kiri dari jalan lama Sungai Buloh - Shah Alam ke arah Lapangan Terbang Subang,

“Persekitaran serba gelap, menyebabkan suami memasang lampu tinggi. Tiba-tiba dari jauh lagi kami nampak kelibat seorang wanita di tepi jalan raya. Dia berdiri di bawah sebarang pokok besar. Di sebelah sebelah kiri pula ladang getah,” kata Nur kepada penulis, ketika mengimbas pengalaman menyeramkan kira-kira 11 tahun lalu.

“Terdetik dalam hati, apa hal pula seorang wanita berada di kawasan gelap itu pada awal pagi. Seorang diri pula. Mata saya liar mencari motosikal atau kereta yang mungkin tersadai rosak di tepi jalan. Malangnya, tiada.

“Kelibat wanita itu nampak jelas sebab suami memasang lampu tinggi. Saya nampak susuk tubuhnya yang kurus, berbaju kurung dan mengenakan skaf. Tangannya melambai-lambai meminta kereta kami berhenti,” katanya.

Bagaimanapun, anehnya, baik Nur mahu pun suami seakan-akan tergamam dan tidak berkata apa-apa. Mulut mereka seakan terkunci. Dia cuba membuka mulut untuk bersuara tapi tidak boleh. Begitu juga Ali yang membisu dan terus memandu.

Mereka tergamam dan Nur terus mencapai tangan suami yang sedari tadi memegang tombol gear untuk meredakan debaran dan mencari kekuatan.

“Sebaik melintasinya, saya memberanikan diri cuba mengamati jelmaan wanita itu. Alangkah terkejut kerana di celah hayunan bilah pengelap cermin, saya nampak tangannya yang berwarna putih pucat, tetapi tidak ada muka! Mukanya cuma berwarna kelabu gelap tanpa mata, hidung atau mulut.

“Ketika itu Tuhan saja tahu perasaan ini. Meremang bulu roma dibuatnya kerana saya syak itu sememangnya hantu. Dalam hati terus membaca ayat Kursi dan biarpun cuba membuka mulut, tetapi masih tidak boleh,” katanya.

Nur memandang suaminya, tetapi Ali memandu seperti biasa, juga tidak bersuara. Kira-kira lima minit selepas itu, apabila tiba di restoran makanan laut bertentangan landasan kapal terbang, barulah mereka boleh bersuara.

“Abang nampak tak apa saya nampak tadi?” soal Nur kepada suaminya.

“Nampak. Jangan kata apa-apa. Lupakan saja.” Akur dengan permintaan suaminya, Nur tidak berkata apa-apa sehinggalah tiba di Terminal Dua.

“Sudah, awak jangan fikirkan sangat apa kita nampak tadi,” kata Ali sambil meletakkan kereta di tepi jalan.

“Tapi itu hantukan? Nampak tak perempuan itu tak ada muka. Tangannya pucat lesi...” kata Nur yang tidak berpuas hati dengan reaksi suaminya.

“Tahu, tahu. Saya pun perasan benda itu. Sudah jangan cakap apa-apa. Awak balik ikut Lebuh Raya Persekutuan. Jangan ikut jalan tadi, bahaya!” kata Ali sambil keluar dan mengambil begnya di tempat duduk penumpang di belakang.

Selepas kelibat suaminya hilang ke dalam terminal, Nur memandu keretanya menghala ke arah Lebuh Raya Persekutuan. Hatinya masih tidak tenteram apabila mengingati peristiwa menyeramkan itu.

Nama pun misteri dan naluri ingin tahu dan melihat persekitaran kawasan berkenaan, menyebabkan Nur memutuskan untuk kembali ke kawasan itu. Dia menunggu sehingga jam 11 pagi dan meminta kakak saudaranya menemani.

Nur kembali menelusuri jalan raya itu dan keadaan cerah itu membolehkan dia melihat dengan jelas tiga ‘petunjuk’ utamanya - ladang getah di sebelah kiri, sebatang pokok dan selekoh agak tajam di situ.

Pokok itu adalah pokok pulai yang agak besar betul-betul terletak di tepi jalan raya.

“Melihatkan pokok itu dan selekoh tajam itu, terlintas di hati mungkinkah wanita itu mangsa kemalangan yang berlaku di situ. Mungkin kerana itulah dia melambai supaya kami memberhentikan kereta,” kata Nur membuat tafsiran sendiri.

Kini, jalan raya itu sudah dilebarkan bagi memudahkan perjalanan terus ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah berkenaan. Tiada lagi selekoh tajam mahu pun pokok pulai yang pernah menjadi sebahagian daripada identiti jalan raya berkenaan. Namun tidak pula dipastikan jika kelibat wanita tanpa muka itu juga sudah lenyap bersama
selekoh dan pokok pulai berkenaan.

et0n
Moderator
Moderator

Posts : 476
Join date : 24/08/2009
Age : 36
Location : Wilayah Iskandar, Johor Bahru

Back to top Go down

Re: Misteri: Wanita tanpa muka

Post by Pijan on Mon Sep 14, 2009 10:33 am

Ini kisah benar ke atau sekadar imaginasi pengirim jer nih??

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Misteri: Wanita tanpa muka

Post by !k!n@Pr!s0N BrEak on Tue Sep 15, 2009 10:17 am

mcm cite real je....ikin pon ade pengalaman mcm ni thn lepas mase ikin tgh tido trase mcm ade org suruh iki buke mate,bile buke mate nmpak lembage tanpe muke dn memakai kain sembahyang duduk sebelah ikin lps 2 die ilang mcm kabus tp yg peliknye ikin xrase takut pon dh lme2 baru rase takut.

!k!n@Pr!s0N BrEak
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 331
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

Re: Misteri: Wanita tanpa muka

Post by Pijan on Tue Sep 15, 2009 11:05 am

!k!n@Pr!s0N BrEak wrote:mcm cite real je....ikin pon ade pengalaman mcm ni thn lepas mase ikin tgh tido trase mcm ade org suruh iki buke mate,bile buke mate nmpak lembage tanpe muke dn memakai kain sembahyang duduk sebelah ikin lps 2 die ilang mcm kabus tp yg peliknye ikin xrase takut pon dh lme2 baru rase takut.

Ni adalah akibat tido tak basuh kaki dan tak bace bismillah 21 kali...

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Misteri: Wanita tanpa muka

Post by !k!n@Pr!s0N BrEak on Tue Sep 15, 2009 11:20 am

mungkin gak ikin xbsuh kaki sebelom tido.hehehehe

!k!n@Pr!s0N BrEak
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 331
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

Re: Misteri: Wanita tanpa muka

Post by Pijan on Tue Sep 15, 2009 11:28 am

!k!n@Pr!s0N BrEak wrote:mungkin gak ikin xbsuh kaki sebelom tido.hehehehe

apa lak mungkin?? dah pasti punyalah tak basuh kaki main terus terjun atas katil tidor punyelah ikin nih...tgk tatu pun dah tau dah

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Misteri: Wanita tanpa muka

Post by aL_BeLLa on Tue Sep 15, 2009 7:39 pm

urm cam ral je cite nih sis...
ikin ni agak ye lupe nk solat isyak kot..
sbb tu la nmpak bende bkn2 time tido...
dh tu die pakai kain sembahyang pulak tuh...
urm sah die suruh ikin sembahyang..

aL_BeLLa
Executive Officer
Executive  Officer

Posts : 397
Join date : 07/09/2009
Location : shah alam,sek 19

Back to top Go down

Re: Misteri: Wanita tanpa muka

Post by Admin on Tue Sep 15, 2009 7:58 pm

aku pun ada pengalaman juga orang takde wajah ni... masa tu aku balik surau tuk gi hostel..

_________________
http://forumcentral.forum-motion.com
Masuk kandang harimau mengaum..
Masuk kandang kambing mengembek..


Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

http://forumcentral.forum-motion.com

Back to top Go down

Re: Misteri: Wanita tanpa muka

Post by hafiz_mivec88 on Sat Sep 19, 2009 11:33 am

nasib baik la aku lum penah nampak hantu btul lg..

hafiz_mivec88
Manager
Manager

Posts : 654
Join date : 02/09/2009
Age : 28
Location : seremban

Back to top Go down

Re: Misteri: Wanita tanpa muka

Post by mroasis on Sat Sep 19, 2009 2:44 pm

aku pon nk tambah pengalaman aku sikit.. time tu aku dok kat taman kencana, ampang..kejadian berlaku mase aku darjah 4...

aku main beskal kul1-2 pagi (biasa la malam raya)..pastu aku dgn geng2 yg lain meneruskan la kayuhan basikal mcm biasa pusing2 taman.. tiba2 sampai kat 1 simpang 3 ni, boleh nampak 1 publik phone..

aku terperasan kat publikphone tu ade sorang budak..tengah main korek2 pasir kat situ gune kayu..aku pon dgn berani tegur

"woi budak ko buat ape ni pagi2 korek pasir kat publik phone??"

dia tak jawab, dia pandang je...

PEHHHHHH...SERAM TAK SERAM LA... MUKA TAKDE BAI.. MULUT PUN TAKDE... MMG KO TENGOK MUKE DIA LICIN JE.. TAKDE BULU MATE TAKDE MATE TAKDE IDONG TAKDE MULUT.. MMG NGERI TAHAP DEWATA RAYA PUNYA...

mroasis
Budak Sekolah Menengah
Budak Sekolah Menengah

Posts : 111
Join date : 27/08/2009
Age : 21
Location : Holy Land Marijoa

Back to top Go down

Re: Misteri: Wanita tanpa muka

Post by DJ Mr Syafiq on Sun Sep 27, 2009 9:46 pm

seram sejok ak bce waakakak

DJ Mr Syafiq
Manager
Manager

Posts : 511
Join date : 10/09/2009
Age : 23
Location : Muar johor

Back to top Go down

Re: Misteri: Wanita tanpa muka

Post by Sponsored content Today at 2:01 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum