Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

» tambah owner lagi!
Sat Jul 24, 2010 8:38 pm by edora

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 33 on Fri Sep 30, 2016 11:47 pm
Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Hudud Dan Perlaksanaannya

View previous topic View next topic Go down

Hudud Dan Perlaksanaannya

Post by Pijan on Mon Sep 14, 2009 12:17 pm


Soalan :-

Q1. Apakah hukum melaksanakan hudud dan Qisas atau lain-lain hukum Allah? Siapakah yang bertanggungjawab melaksanakannya?
Q2. Apakah kategori dosa (eg. besar/kecil) tidak melaksanakan hukuman
hudud dan menggantikannya pula dengan hukum ciptaan manusia?
Q3. Jika sebuah negara yang demokrasi tidak melaksanakan hudud dan qisas, siapakah yang mendapat habuan dosanya?
Q4. Apakah hukumnya seorang Muslim yang cuba menghalang perlaksanaan syariat Islam?
Q5. Jika dibandingkan antara tidak melaksanakan hudud dan meninggalkan
solat (atau mungkin ada bandingan lain?), manakah yang lebih berdosa?
TQ.


jawapan:

Soalan in termasuk soalan yg melebihi usia sebulan dan kami dahulukan dgn berbanyak kema’afan.
J1. a) Hukum melaksanakan hudud dan qisas atau syari’at ialah wajib.
Dalilnya banyak: antaranya,” dan hendaklah engkau menjalankan hukum di
antara mereka dgn apa yg diturunkan Allah dan janganlah kamu menurut
kehendak hawa nafsu mereka” AQ 5:49
b) siapakah yg bertanggungjawab melaksanakannya?
Yang pertama dan utama ialah Penguasa kerana kuasa yg mereka miliki.
Kedua ialah rakyat yg beriman melaksanakan syari’at dalam bentuk yg
tidak memerlukan penguatkuasaan spt syari’at dalam rumahtangganya. (Dr
Qardhawi, Malameh alMujma’ alMuslim allazi nansyuduhuu, ms 287-288)

J2. kategori dosanya ialah kafir (AQ 5: 44), zalim (AQ 5:45), fasiq (AQ 5: 49)
J3: Oleh kerana hudud dan qisas melibatkan kuasa
politik, maka sudah tentu dosa dipikul oleh yg berkuasa. Juga terhadap
rakyat yg mengangkat kuasa politik tersebut
. Dalil: “hai orang2
beriman, hendaklah kamu menjadi orang yg selalu menegakkan keadilan.”
AQ5:8

J4: Allah mengatakan suatu perbuatan yg tidak patut, penderhaka dan orang yg sesat, dalilnya AQ: 33:36
J5. Meninggalkan hudud menjadikan kerajaan itu
kafir, zalim dan fasiq
(AQ 5: 44,45 &49); manakala meninggalkan
solat dgn sengaja menjadikan seseorang itu kafir (Muslim,alIman/82,
Termidzi, alIman/2622) dari Jabir ra,”pemisah antara seseorang dgn
kekafiran ialah meninggalkan solat.”


Peringatan: Hukum2 yg kita sebutkan itu dinamakan hukum yg langsung dan direct sesuai dgn SJ Fiqh Online yg ringkas dan padat. Ia tidak sesuai disebarkan dalam masyarakat kerana topik spt Hudud, qisas dan hukum meninggalkan solat ini sebenarnya merupakan tajuk2 besar yg dijadikan kitab2 yg tebal, sedangkan kami menyimpulkan dalam dua tiga baris ayat sahaja. Penjelasan terperinci diperlukan pada setiap soalan yg anda kemukakan. Buku2 yg mampu menjawab soalan di atas dgn lengkap ialah Fatawa Mu’asirat dan Malameh alMujtama’ alIslami oleh Dr alQardhawi. Kita bimbang dgn penjelasan ringkas ini akan menjadikan umat Islam menjadi militan/keras dan mudah berhukum spt melepas panah dari busur2nya tanpa mengambil kira realiti semasa yg melanda umat islam hari ini. Spt kata Dr Qardhawi (Malameh) hudud dan Qisas bukanlah
satu2nya ciri utama Islam atau Islam bukanlah semata-mata persyari’atan
dan perundangan. Wallahualam...

http://soaljawab.wordpress.com

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Hudud Dan Perlaksanaannya

Post by Pijan on Mon Sep 14, 2009 12:30 pm

Bentuk Hukuman Yang Dikenakan Ke Atas Penjenayah

Mengikut peruntukan hukum syara` yang disebutkan di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith dan yang dikuatkuasakan dalam undang-undang jinayah syar`iyyah, penjenayah-penjenayah yang didakwa di bawah kes jinayah syar`iyyah apabila sabit kesalahannya di dalam mahkamah wajib dikenakan hukuman hudud, qisas, diyat atau ta`zir.

Hukuman-hukuman ini adalah tertakluk kepada kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penjenayah-penjenayah tersebut.
1. Hukuman Hudud
Hukuman hudud adalah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan
Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith. Hukuman hudud ini adalah
hak Allah yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya
atau diubahsuai atau dipinda malah tidak boleh dimaafkan oleh
sesiapapun di dunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum
Allah yang telah ditentukan oleh Allah dan RasulNya adalah termasuk
dalam golongan orang yang zalim. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka
mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah Al-Baqarah, 2:229).


Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman hudud ialah:


a) Berzina, iaitu melakukan persetubuhan tanpa nikah yang sah
mengikut hukum syara`.


b) Menuduh orang berzina (qazaf), iaitu membuat tuduhan zina ke
atas orang yang baik lagi suci atau menafikan keturunannya dan
tuduhannya tidak dapat dibuktikan dengan empat orang saksi.


c) Minum arak atau minuman yang memabukkan sama ada sedikit atau
banyak, mabuk ataupun tidak.


d) Mencuri, iaitu memindahkan secara sembunyi harta alih dari jagaan
atau milik tuannya tanpa persetujuan tuannya dengan niat untuk
menghilangkan harta itu dari jagaan atau milik tuannya.


e) Murtad, iaitu orang yang keluar dari agama Islam, sama ada dengan
perbuatan atau dengan perkataan, atau dengan i`tiqad kepercayaan.


f) Merompak (hirabah), iiatu keluar seorang atau sekumpulan yang
bertujuan untuk mengambil harta atau membunuh atau menakutkan
dengan cara kekerasan.

g)Penderhaka (bughat), iaitu segolongan umat Islam yang melawan
atau menderhaka kepada pemerintah yang menjalankan syari`at Islam
dan hukum-hukum Islam.

2. Hukuman Qisas

Hukuman qisas adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman
yang telah ditentukan oleh Allah di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.
Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.


Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa), melukakan
dibalas dengan melukakan, mencederakan dibalas dengan mencederakan.

Kesalahan-kesalahan yang wajib dikenakan hukuman qisas ialah:
a) Membunuh orang lain dengan sengaja.
b) Menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang
lain dengan sengaja.

c) Melukakan orang lain dengan sengaja. Hukuman membunuh orang lain
dengan sengaja wajib dikenakan hukuman qisas ke atas si pembunuh
dengan dibalas bunuh. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu menjalankan
hukuman qisas (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang
yang mati dibunuh." (Surah Al-Baqarah, 2:178)


Hukuman menghilangkan atau mencederakan salah satu anggota badan orang lain atau melukakannya wajib dibalas dengan hukuman qisas mengikut
kadar kecederaan atau luka seseorang itu juga mengikut jenis anggota
yang dicederakan dan dilukakan tadi.


Firman
Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan Kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawasanya jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan
gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka juga hendaklah dibalas
(seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka
menjadilah ia penebus dosa baginya. Dan sesiapa yang tidak menghukum
dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah
orang-orang yang zalim." (Surah Al-Ma'idah: 45)


3. Hukuman Diyat


Hukuman diyat ialah harta yang wajib dibayar dan diberikan oleh
penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi
disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya.
Hukuman diyat adalah hukuman kesalahan-kesalahan yang sehubungan
dengan kesalahan qisas dan ia sebagai gantirugi di atas kesalahan-kesalahan
yang melibatkan kecederaan anggota badan atau melukakannya. [/size]

Kesalahan-kesalahan
yang wajib dikenakan hukuman diyat ialah:

a) Pembunuhan yang serupa sengaja.
b) Pembunuhan yang tersalah (tidak sengaja).
c) Pembunuhan yang sengaja yang dimaafkan oleh wali atau waris orang
yang dibunuh.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh) maka hendaklah (orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan si pembunuh pula hendaklah menunaikan (bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan
dari Tuhan kamu serta satu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa
yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya
azab siksa yang tidak terperi sakitnya." (Surah Al-Baqarah, 2:178)

4. Hukuman Ta`zir
Hukuman ta`zir ialah kesalahan-kesalahan yang hukumannya merupakan dera, iaitu penjenayah-penjenayah tidak dijatuhkan hukuman hudud atau
qisas. Hukuman ta`zir adalah hukuman yang tidak ditentukan kadar
atau bentuk hukuman itu di dalam Al-Qur'an dan Al-Hadith.

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas.
Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan
hakim untuk menentukan dan memilih hukuman yang patut dikenakan
ke atas penjenayah-penjenayah itu kerana hukuman ta`zir itu adalah
bertujuan untuk menghalang penjenayah-penjenayah mengulangi kembali
kejahatan yang mereka lakukan tadi dan bukan untuk menyiksa mereka.

Wallahualam

Source : http://www.al-azim.com

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Hudud Dan Perlaksanaannya

Post by Pijan on Mon Sep 14, 2009 12:38 pm

Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir


Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan
dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga
prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak
terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang
yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya
dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas
mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia."
(Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa, iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah
menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan.
Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh
badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas
atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu,
wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah, 2:179)

3. Menjaga akal fikiran, iaitu memelihara akal fikiran manusia dari
kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan.
Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak
lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan
oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:


"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh
kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh
kali .
"

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan
supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang
lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang
melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada
`Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:


"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada
aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan
dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus
kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan
janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat
dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari
dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke
atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan
dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak.
Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana
firman Allah s.w.t. yang bermaksud:


"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."
(Surah Al-Ma'idah: 38)


Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

Source : http://www.al-azim.com


_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Hudud Dan Perlaksanaannya

Post by Pijan on Mon Sep 14, 2009 1:14 pm

Salah Faham Terhadap Hudud

Salah faham yang pertama ialah apabila ada menganggap bahawa persoalan Hudud
merupakan persoalan yang hanya dikaitkan secara ekslusif dengan golongan
ekstrimis Islam. Padahal Hudud merupakan perkara asas dalam persoalan
keimanan dan tauhid kepada Allah SWT. Hukum Hudud telah dinyatakan secara
jelas di dalam Quran dan Sunnah. Setiap muslim wajib menerima kewajiban
Hudud untuk dilaksanakan di kalangan masyarakat Islam.


Hujjah yang mengatakan bahawa Hudud tidak lagi sesuai dengan perkembangan
zaman moden adalah hujjah yang dangkal.
Sekiranya Hudud ketinggalan zaman,
maka begitu jugalah halnya dengan semua hukum syariat yang lain seperti
hukum solat, puasa, haji, nikah kahwin, dan jual beli. Kesemua hukum-hukum
ini juga dinyatakan secara jelas oleh Al-Quran dan Sunnah.

Contohnya, lelaki yang adil bukan hanya perlu sebagai saksi-saksi dalam
pengendalian kes-kes jenayah Hudud, tetapi juga sebagai wali nikah dan imam
solat. Maka itu, andaian yang mengatakan bahawa amat sukar untuk mendapatkan
saksi yang adil untuk menjadi saksi kes Hudud sebenarnya juga seolah-olah
mengandaikan bahawa hukum nikah kahwin dan solat berjemaah tidak lagi perlu
dipraktikkan oleh umat Islam sekarang. Tentunya ini merupakan andaian yang
liar dan tidak benar.

Sekiranya Hudud mahu dilabelkan sebagai agenda golongan ekstrimis Islam,
maka apakah semua orang yang bernikah kahwin mengikut syariat dan bersolat
jamaah juga perlu dilabelkan sebagai ekstrimis Islam? Maka, siapa lagi
sebenarnya di kalangan umat Islam yang bukan ekstrimis melainkan kesemua
muslim yang baik akan digelar ekstrimis Islam belaka.

Salah faham seterusnya ialah apabila kita melihat hukum Hudud dalam
bentuknya yang juz'i (stand alone) yang terpisah dari sistem jenayah syariah
Islam secara keseluruhan. Islam adalah sistem yang lengkap dan saling
melengkapi (kamil wa mutakamil). Setiap elemen dari ajaran Islam tidak boleh
diceraikan dari keseluruhan batang tubuh Islam itu sendiri, dan begitu
jugalah halnya dengan hukum Hudud. Hukum Hudud dalam bentuknya yang juz'i
(stand alone) tidak akan mampu melahirkan keadilan, dan keadaan ini telah
dipergunakan sepenuhnya oleh golongan penentang Hudud untuk menggambarkan
bahawa Hudud adalah zalim. Mereka menilai Hudud dalam bentuknya yang
terpisah dari keseluruhan sistem kehakiman dan perundangan Islam, dan
sememangnya Hudud yang diambil secara juz'i ini boleh disifatkan sebagai
tidak adil atau zalim.

Contoh yang selalu dikemukakan adalah persoalan rogol. Dalam hukum Hudud,
jenayah rogol adalah disamakan dengan jenayah zina. Tahap kesaksian dan
hukumannya juga sama. Dalam Hudud juga, menuduh seseorang yang dikenali
sebagai orang baik melakukan zina tanpa mendatangkan saksi yang berwibawa
merupakan suatu kesalahan Qazaf yang boleh membawa hukuman sebanyak 80
rotan. Lalu diambil peruntukan-peruntukan hudud ini secara terpisah oleh
penentang Hudud untuk menggambar betapa mangsa rogol akan dizalimi.Mereka
mengandaikan bahawa seorang mangsa rogol perlu mendatang 4 orang saksi
lelaki yang adil untuk membuat pengaduan atau menghadapi risiko kesalahan
Qazaf. Ini, menurut andaian mereka, adalah menzalimi mangsa rogol dan
melindungi perogol. Padahal, undang-undang yang melibatkan kes rogol perlu
dirujuk kepada keseluruhan peruntukan undang-undang jenayah syariah secara
lengkap (Hudud, Qisas, Takzir, Undang-undang keterangan, siasah syari'ah)
dan tidak boleh dinilai dari perspektif hukum Hudud secara terhad dan
terpisah.

Seseorang yang mengadu dirinya dirogol, sepertimana kes-kes biasa, perlu
membuat lapuran polis dan melakukan pemeriksaan doktor. Ini prosedur biasa.
Polis atau pegawai penyiasat akan melakukan penyiasatan berdasarkan lapuran
dan keterangan yang diberikan. Sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa
kes rogol sememangnya telah berlaku, pegawai penyiasat akan menyerahkan
lapuran kepada pihak pendakwa.

Sekiranya tahap kesaksian untuk pendakwaan dilakukan dalam hukum Hudud tidak
mencukupi (tiada 4 orang saksi yang melihat kejadian tersebut), pihak
pendakwa masih boleh mendakwanya di bawah undang-undang Takzir. Melalui
peruntukan Takzir, beban pembuktian adalah lebih longgar dan hukumannya juga
lebih ringan berbanding Hudud. Pemeriksaan doktor dan keterangan-keterangan
serta bukti-bukti yang dikumpulkan oleh polis ini (DNA test, lapuran
kesihatan, penilaian psychology, dll) dinamakan sebagai Qarinah. Qarinah
boleh digunakan sebagai bahan bukti yang boleh mensabitkan kesalahan takzir
ke atas perogol. Qarinah ini juga boleh mengelakkan mangsa rogol dari
dakwaan Qazaf, kerana Qazaf merupakan kesalahan Hudud dan sebarang keraguan
yang boleh ditimbulkan (melalui Qarinah) dalam kes Hudud boleh menggugurkan
kes tersebut. Hukuman Hudud boleh dilakukan ke atas seseorang hanya apabila
tiada sebarang keraguan langsung (beyond any shadow of doubt). Manakala
untuk kesalahan yang boleh dibuktikan secara jelas oleh Qarinah, tetapi
tidak mencapai tahap kesaksian yang diperlukan oleh Hudud, hukum Takzir
boleh dikenakan terhadap penjenayah tersebut.

Mengaitkan Qazaf dengan kes rogol secara mutlak adalah suatu andaian yang
liar dan tidak adil. Hukum Qazaf berfungsi untuk melindungi maruah seseorang
individu yang baik dari sebarang tuduhan melulu yang boleh menjatuhkan
maruah diri dan keluarganya. Sekiranya, seseorang itu menuduh dirinya
dirogol oleh seseorang, sedangkan bukti dan keterangan (Qarinah) yang dibawa
menunjukkan sebaliknya, barulah ia boleh didakwa di bawah Qazaf. Contohnya,
Minah menuduh Ali merogolnya sehingga mengandung, tetapi ujian DNA
menunjukkan bahawa anak tersebut bukanlah dari benih Ali, maka Minah akan
menghadapi risiko dakwaan Qazaf melainkan ada 4 orang saksi yang berwibawa
yang melihat kejadian rogol tersebut, ataupun dapat dibuktikan secara
Qarinah bahawa dia dirogol oleh ramai orang dan Ali adalah salah seorang
daripada mereka. Tetapi, sekiranya ujian DNA mengesahkan bahawa anak
tersebut memang jelas dari benih Ali, maka Ali boleh didakwa di bawah
peruntukan Takzir, manakala Minah tidak akan dihukum di bawah Qazaf. Dalam
kes ini, Ali tidak didakwa di bawah Hudud kerana tahap kesaksian tidak
menepati kehendak hukum Hudud, sebaliknya beliau akan dihukum di bawah
undang-undang Takzir.

Dalam kata lain, sekiranya perkara ini dirujuk kepada keseluruhan rang
undang-undang Hudud, Qisas, Takzir, Undang-Undang Keterangan, dan ditambah
dengan kefahaman terhadap konsep Siasah Syariah, maka segala keraguan dan
andaian liar terhadap Hudud atau mana-mana peruntukan dalam hukum Jenayah
Syariah tidak sepatutnya berlaku.

Ibarat kata Tun Salleh Abbas, bekas Ketua Hakim Negara, yang juga salah
seorang ahli panel Jawatankuasa Penyediaan Rang Undang-Undang Hudud dan
Qisas, " Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan dengan mendapatkan
kerjasama semua pihak, kebanyakan masalah yang melibatkan sistem Perundangan
dan Kehakiman negara dapat diselesaikan, di samping mencapai matlamat
mengurangkan kadar jenayah dan kerosakan akhlak."


Kesilapan melihat peruntukan hukum jenayah syariah dalam bentuknya yang
stand alone (juz'i) ini juga berlaku kepada pengkritik hukum Qisas. Mengikut
peruntukan hukum Qisas, seorang pembunuh itu wajib dibalas bunuh melainkan
beliau mendapat persetujuan dari waris mangsa untuk membayar diyat
(gantirugi), ataupun pengampunan terus dari waris mangsa. Andaian yang
sering dibuat oleh penentang Qisas ialah bahawa seorang pembunuh yang kejam
dan merbahaya akan terlepas dari hukuman sekiranya waris mangsa bersetuju
mendapat bayaran ganti rugi atau mengampunkan pembunuh tersebut. Sekiranya
ini berlaku, pembunuh itu boleh terus membunuh mangsa-mangsa yang lain.

Sekiranya kita membaca peruntukan tersebut secara lengkap dan bersama dengan
peruntukan-peruntukan yang lain, sebenarnya Hakim masih boleh menjatuhkan
hukuman Takzir ke atas pembunuh itu, di samping hukum Qisas sekiranya pihak
Mahkamah bersetuju bahawa pembunuh tersebut perlu dihukum bagi menjamin
ketenteraman awam. Dalam kata lain, walaupun pembunuh tersebut mendapat
pengampunan dari waris mangsa dari dijatuhkan hukuman bunuh balas (Qisas),
beliau masih boleh dihukum penjara atau hukuman-hukuman lain yang setimpal
dengan kesalahannya. Jadi, tidak timbul persoalan samada seseorang
penjenayah itu dengan mudah boleh melepaskan diri dengan memberi rasuah
kepada waris mangsa.

Seperkara lagi yang sering diabaikan dalam perbahasan berkenaan Hudud ialah
peri pentingnya kefahaman terhadap Siasah Syar'iah di dalam perlaksanaan
Undang-Undang Jenayah Syariah. Kebanyakan mereka yang menentang
Undang-Undang Hudud dan Qisas adalah terdiri dari kalangan mereka yang
mempunyai kefahaman yang sangat terhad terhadap Siasah Syari'ah. Siasah
Syar'iah amat penting bagi menghadapi kes-kes yang rumit dan spesifik. Para
Hakim dan Peguam Syari'ah adalah mereka yang terlatih di dalam ilmu Siasah
Syari'ah. Ini penting agar keadilan sistem perundangan Islam dapat
dilaksanakan.

Umpamanya penentang Hudud mempersoalkan tentang keperluan saksi lelaki di
dalam kes-kes Hudud, dan bagaimana sekiranya kejadian rogol dilakukan di
asrama wanita. Kes seperti ini boleh dirujuk kembali kepada perbicaraan
terhadap pembunuhan Osman bin Affan, salah seorang Khalifah Islam. Saksi
kepada pembunuhan tersebut ialah isteri Osman sendiri, dan tiada saksi
lelaki. Hakim, menggunakan kaedah Siasah Syari'ah bagi membenarkan kesaksian
dari kaum wanita kerana kes-kes tersebut memerlukan kesaksian mereka. Oleh
kerana kesaksian beliau cukup kukuh dan tidak dapat dicabar di mahkamah,
maka kesaksian tersebut diterima di dalam perbicaraan itu.

Begitulah juga dengan peristiwa yang berlaku di zaman pemerintahan Islam di
mana terdapat seorang gadis yang mengandung lalu dibawa ke muka pengadilan.
Gadis itu mempertahankan dirinya menyatakan bahawa beliau tidak tahu sesiapa
yang merogolnya, tetapi menyebut bahawa beliau adalah seorang yang terlalu
kuat tidur sehingga tidak sedar jika diperlakukan sesuatu yang tidak baik ke
atasnya. Memandangkan kes ini jarang berlaku, hakim telah membenarkan
tertuduh mengemukakan beberapa saksi yang boleh mengesahkan dakwaannya
bahawa beliau adalah seorang yang terlalu kuat tidur. Setelah hakim berpuas
hati dengan kesaksian bahawa gadis tersebut memang dikenali sebagai seorang
wanita yang taat beragama serta berakhlak baik, dan kesaksian bahawa beliau
memang seorang yang terlalu kuat tidur sehingga tidak sedar diperlakukan
sesuatu ke atasnya ketika sedang tidur, maka hakim telah menggugurkan kes
tersebut kerana terdapat keraguan yang munasabah bahawa gadis tersebut telah
berzina secara sukarela.

Bagi mereka yang memahami persoalan Siasah Syar'iah secara mendalam, Hukum
Hudud merupakan suatu sistem perundangan yang adil dan dinamik yang mampu
menangani persoalan semasa selari dengan kemajuan saintifik dan perkembangan
sosio-ekonomi masyarakat. Sebenarnya, terlalu banyak kes-kes penghakiman di
dalam sistem perundangan Islam yang mempu membuktikan bahawa sistem ini
merupakan sistem yang adil dan dinamik, di samping menepati kehendak syara'
seperti yang telah digariskan oleh Al-Quran dan Sunnah.

Umpamanya, kes rogol mungkin tidak berlaku paksaan secara fizikal
semata-mata. Ia juga boleh berlaku melalui tipu muslihat lain seperti kaedah
tekanan mental, perasaan, dan lain-lain. Seorang mangsa rogol umpamanya
mungkin terpaksa menyerahkan dirinya kepada seseorang yang dianggap lebih
berkuasa dan berpengaruh serta boleh menjejaskan kehidupan keluarganya dalam
pelbagai sudut. Pembuktian kes-kes seperti tentunya lebih rumit dan
memerlukan pendekatan Siasah Syari'ah yang lebih mendalam. Bagaimanapun,
tentulah dangkal dan tidak benar untuk mengatakan bahawa hukum Islam telah
ketinggalan zaman sedangkan ianya telah terbukti mampu menjadi tunggak
kehakiman ummah selama lebih seribu tahun sejak terdirinya kerajaan Islam di
Madinah sehinggalah kepada kejatuhan Khalifah Othmaniah pada tahun 1924.


Apa yang menjadi masalah ialah ramai umat Islam hari ini yang sudah terpisah
dengan pengamalan syariat Islam sehingga merasa cukup asing dan melihat
hukum syariah dengan penuh prejudis dan kecurigaan, sedangkan mereka tidak
mempunyai kefahaman yang mendalam berkenaan ilmu tersebut. Apatah lagi
apabila masyarakat bukan Islam yang juga cuba menilai hukum ini dengan
keilmuan sifar, secara tidak beradab mencela dan menghina hukum Islam.

Wallahua'lam.

Source : http://www.pekanrabu.com

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Hudud Dan Perlaksanaannya

Post by Pijan on Mon Sep 14, 2009 2:55 pm

Hudud Menafi Hak dan Menganiaya Wanita?
(Jawapan Terhadap Kekeliruan)

Oleh : Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman
Jab. Feqh & Usul Feqh,
Jordan

zaharuddin@yahoo.com

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian ‘alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW, ahli keluarganya, para sahabatnya dan seluruh mukiminin dan mukminat yang menurutinya jejak langkahnya dengan kebenaran.

Penulisan ini akan menjawab
persoalan berikut:

1. Mengapa persaksian wanita dalam kes zina tidak diterima, adakah hak mereka dinafikan dalam hukuman Islam?
2. Adakah wanita yang mengandung tanpa suami akan dikenakan hukuman hudud walaupun ia dirogol?
3. Apa itu ta’zir? Adakah hukumannya setimpal dengan kesalahan pelakunya?
4. Adakah wanita yang dirogol teraniaya, akibat dikenakan hukuman Qazf apabila ingin menuduh perogolnya?
5. Bagaimana wanita yang dirogol ingin mendakwa tertuduh tanpa dikenakan qazf?
6. Sekiranya kesalahan melibatkan hudud berlaku di asrama jururawat, bilik air wanita dan
seumpamanya, adakah pesalah zina dan lainnya akan terlepas serta tidak dikenakan hudud ke atas pesalah zina kerana semua saksi adalah wanita?


7. Bagaimana jika tiada bukti langsung?

PERSAKSIAN WANITA DALAM KES ZINA DAN HUDUD LAIN SERTA QISAS.
Perlu diketahui bahawa
Jenayah zina telah sepakat di kalangan ulama boleh thabit dari dua perkara :


a) Pengakuan daripada penzina atau Iqrar.
b) Bukti yang jelas iaitu oleh 4 orang saksi lelaki muslim, baligh, merdeka, punyai pengelihatan, boleh bertutur, tidak ditohmah sebagai pembohong dan adil. (al-Feqh al-Islami
wa adillatuhu, 8/6035-6040, cet kedua, Dar al-Fikr)


Bagaimanapun ulama berselisih pendapat dalam persoalan saksi perempuan dalam kes zina ini.
Terdapat 2 pendapat dalam hal ini :

a) Jumhur ( Hanafiah, Malikiah, Syafi’iyah, Hanabilah): Tidak harus wanita menjadi saksi dalam hal
ini serta tidak diterima penyaksian mereka. (Rujuk Al-Hidayah 3/116, Al-Ikhtiyar
2/140; Tabsirah al-Ahkam Ibn Farhun, 1/264; Bidayah al-Mujtahid, 2/464;
Rawdah at-Tolibin 9/29; Mughni al-Muhtaj, 4/441; ashbah wa an-Nazair As-Suyuti,
ms 260; Al-Mughni Ibn Qudamah, 12/5; Kassyaf al-Qina’, 6/433; At-Turuq al-Hukmiah
Ibn Qayyim, 219)

b) Ato’ Bin Abi Rabah, Hammad Bin Sulaiman (guru Imam Abu Hanifah, w : 120 H) serta mazhab
Zohiriyah : Harus wanita menjadi saksi, iaitu seperti 3 lelaki dan 2 wanita
, atau 2 lelaki dan 4 wanita, atau seorang lelaki dan 6 wanita. Malah Ato’
Bin Abi Rabah (w: 114 H) mengatakan “sekiranya 8 wanita adil memberikan
persaksian terhadap wanita lain dengan zina, nescaya aku akan menjatuhkan
hukuman” (Lihat Turuq al-Hukmiyah, Ibn Qayyim, ms 207)
Iaitu dengan kaedah satu
lelaki bersamaan 2 wanita, berdasarkan persaksian dalam hukum hakam harta.
Bagaimanapun pendapat ini adalah syaz dan lemah. Penulisan ini tidak akan mengemukakan dalil mereka serta jawapan terhadap dalil mereka.


DALIL PARA JUMHUR ULAMA’:


1. Firman Allah:

Mafhum: “Maka mestilah bersaksi ke atasnya ( kes zina) dengan empat saksi daripada kamu” (An-Nisa’: 15)

Wajh ad-Dalalah (pendalilannya):
perkataan ‘Minkum’ dalam ayat adalah ditujukan kepada lelaki, tidak termasuk
perempuan di dalamnya. (Lihat al-Jami’ li ahkam al-Quran, Imam Qurtubi,
5/83)

2. Firman Allah:

Mafhum: “Bagi mereka yang menuduh wanita-wanita baik (dengan zina) kemudian tidak membawakan empat orang saksi” (An-Nuur 4) Wajh ad-Dalalah: Menurut
kaedah bahasa Arab. Angka 3 sehingga 9 apabila di ‘muannas’kan maka ma’dud (perkataan
selepasnya) adalah ‘muzakkar’. Maka Allah menggunakan kalimah ‘arba’ah’ yang bermaksud empat dengan mua’annas lalu semestinya ia ditujukan kepada saksi lelaki.


3. Firman Allah SWT:


Mafhum: Hendaklah kamu bersakasi dengan mereka yang adil daripada kalangan kamu (At-Talaq: 2)

Wajh ad-Dalalah : Sekali lagi perkataan ‘minkum’ ditujukan kepada lelaki dan bukan perempuan. Umum sebutan ini telah diterangkan oleh perbuatan Nabi SAW yang mana Nabi tidak
menerima saksi wanita dalam hal Hudud dan Qisas..
Menurut Imam Shihabuddin
Az-Zuhri (Ulama’ besar Tabi’ al-Tabi’en wafat thn 124 H): Telah diamalkan
oleh Rasulullah SAW, Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab, sesungguhnya
mereka tidak menerima penyaksian wanita dalam kes Hudud dan Qisas. (Rujuk
Nasb ar-Rayah, Imam Az-Zaila’ie, 4/79; Musannaf Ibn Abi Syaibah 4/128 Kitab
an-Nikah )


4. Sabda Nabi SAW:


Mafhum: “Empat saksi lelaki atau hukuman sebat ke atas belakangmu” (Riwayat al-Bukhari dari Ibn Abbas lihat Nasb ar-Rayah 3/306, dan Abu Ya’l al-Mausili daripada anas bin Malik)

MENGAPA PERSAKSIAN WANITA TIDAK DITERIMA?
Berikut adalah fitrah semulajadi yang ada dalam diri wanita (ia juga ada dalam diri lelaki tapi
tidak sebanyak wanita) yang menyebabkan persaksian mereka dalam hal Hudud dan Qisas menjadi ragu, lalu tidak diterima: Ringkasnya akibat aqal yang kurang, sifat lalai dan lupa serta tidak mampu menguasai perkara dengan tepat. (Al-Feqh al-Islami, Daripada Wahbah Az-Zuhayli, 8/6044): Dalilnya
seperti berikut:

a) Kekurangan aqal wanita

ini disebut oleh Allah SWT yang menciptakannya iaitu:


Firman Allah: ()


Mafhum: “Dalam kes hutang… Hendaklah kamu bersaksi dengan seorang saksi atau dua orang saksi lelaki (dalam menulis hutang) maka sekiranya tidak ada dua lelaki, maka cukuplah ada
seorang lelaki dan 2 orang perempuan..” (Al-Baqarah: 282)

Ayat ini jelas menunjukkan wanita sememangnya dijadikan kurang aqalnya berbanding lelaki, iaitu
diperlukan 2 orang wanita bagi menyamai kemampuan aqal seorang lelaki (Lihat At-Tafsir al-Kabir, Imam Fakhr Addin ar-Razi, 4/16).
Hal ini juga disebutkan oleh Nabi SAW: Mafhumnya: Dari Abdullah Bin ‘Umar ra “….Sesungguhnya kurangnya aqal wanita kerana penyaksiannya 2 orang wanita menyamai seorang lelaki, maka inilah tanda kurang aqalnya, manakala ia duduk tidak solat dan
serta tidak berpuasa pada bulan Ramadhan (ketika Haid), maka inilah tanda kurang agamanya. ”(Riwayat Bukhari 2/941, Kitab As-Shahadat no hadith 2515;
Muslim 2/58, Kitab Iman; Abu Daud 5/59; Ibn Majah 2/1326; Ahmad 7/186)


b) Sifat lalai serta lupa yang wujud dalam diri wanita ciptaan Allah.

Disebut dalam firmanNya:


Mafhumnya: “…maka apabila seorang daripadanya (saksi wanita) itu lupa maka yang seorang lagi akan
mengingatkannya” (Al-Baqarah: 282 )
Selain menyebutkan tentang sifat lupa wanita terutama dalam hal penyaksian, ayat di atas juga memberikan hukum bahawa penyaksian wanita diterima dalam hal kewangan dan harta. Cuma dalam hal Hudud dan Qisas, penyaksian mereka ditolak kerana hal
ini memerlukan ketepatan dan mengelakkan campur tangan perasaan wanita yang amat cepat bergolak maka, Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar serta dituruti Jumhur ( Majoriti) ulama’ Islam TIDAK MENERIMA PENYAKSIAN WANITA DALAM KES HUDUD DAN QISAS, TETAPI MENERIMA DALAM KES HARTA, MELIHAT ANAK BULAN, PENYUSUAN DAN BEBERAPA YANG LAIN.

c) Tidak diterima penyaksian wanita dalam kes hudud dan qisash kerana ia melibatkan tubuh,
badan, nyawa dan kematian, maka para ulama’ sepakat menyatakan ia tidak sesuai dengan fitrah wanita untuk menelitinya juga tidak sesuai untuk diminta campur tangan dalam perkara sebesar ini. (Lihat al-Ma’unah, Al-Qadhi abd Wahab, 3/1385). Yang mana kesannya amat besar.

Ia adalah seperti hak menjatuhkan talaq yang hanya terletak pada lelaki, menurut aqal yang sohih,
sekiranya diletakkan kuasa kepada wanita nescaya akan tersangat mudah wanita menjatuhkan talaq, ini adalah kerana sifat semulajadi ciptaan wanita yang amat cepat sensitif dan terkesan dengan persekitaran. Maka akibat sifat-sifat yang diketahui melalui Nas Al-Quran dan hadith2 Nabi, wanita
tidak boleh dijadikan saksi dalam kes berat seperti hudud qisas. Jika melibatkan wanita maka persaksian tersebut menjadi syubhat (ragu) kerana bimbang persaksian dibuat bukan kerana kebenaran tetapi perasaan dan sebagainya. Lalu Hudud tertolak dengan adanya syubhat.

Penyaksian selain hudud diterima kerana hal yang disebutkan di atas masih boleh menerima ‘zann yang
kuat’ (sangkaan yang kuat). Penyaksian wanita sememangnya boleh sampai ke tahap itu, tetapi tahap ini dikira ‘syubhat’ dalam hudud dan qisas, dan hudud tertolak dengan adanya ‘syubhat’.


Adakah ini mengenepikan Haq wanita?

Sudah tentu tidak, benar pernyataan “Persaksian bukan hak tetapi tanggungjawab” kerana itulah wajib
bagi mereka yang mempunyai bukti untuk ke hadapan hakim menerangkan dalil dan haram hukumnya tidak memperbuat demikian dan haram juga sesiapa yang menghalang saksi daripada memberikan penyaksiannya. Ini disebut dalam Al-Quran Surah at-Talaq ayat 2 dan al-Baqarah ayat 282. serta 283. Justeru ia wajib menurut Syafiyyah, Zohiriyah dan Ibn Farhun Al-Maliki. Manakala Mazhab lain
menyatakan Fardhu Kifayah. (Rujuk al-Muhazzab 3/435 ; Fath al-Wahab 2/392;
al-Muhalla Ibn Hazm 8/526)
Jelas, ia tidak mengenepikan hak wanita, bahkan ia menjaga hak wanita, iaitu dengan mengtaklifkan wanita hanya yang dengan perkara yang dimampui oleh mereka,
bertepatan dengan kelayakan dan kesesuaian fitrah wanita.


Persoalan: Contoh, kalau berlaku di asrama jururawat, adakah pesalah zina akan terlepas serta tidak
dikenakan hudud pesalah zina semua saksi adalah wanita?
Sekiranya jenayah bunuh, pukulan hingga cedera (iaitu semua kes yang melibatkan hudud dan qisas) juga zina, berlaku di bilik air wanita atau perkara yang melibatkan urusan dalaman wanita seperti kelahiran, tanda dara, aib pada kemaluan wanita, kecederaan di tempat ‘aurat dan yang seumpama dengannya, yang mana kesemua
tempat tersebut tidak mungkin boleh dilihat lelaki atau terdapat lelaki, penyaksian wanita dalam hal ini terdapat perselisihan di kalangan ulama’ :


a) Penyaksian mereka tetap tidak diterima, cukup sekadar ta’zir. Demikian pandangan Ulama Hanafiah.
(Al-Mabsut, As-Sarakhasi 16/ 136; Hashiyah Ibn ‘Abidin 8/195)

b) Diterima penyaksian wanita ketika itu akibat dharurat. Iaitu di tempat atau keadaan yang tidak
mungkin dilihat atau terdapatnya lelaki. Dan disyaratkan terdapat 4 orang paling kurang sebagai saksinya menurut Mazhab Syafie, seorang menurut mazhab Hanafi, ada juga yang mengatakan 2 orang. Demikianlah pandangan Mazhab Malikiyah, Syafi’yyah dan Hanabilah yang lebih shohih. (Kassyaf al-Qina’, 6/436; Ar-Rawd al-Murabba’ 7/614).

Dalil ulama di peringkat ini adalah daripada Imam Az-Zuhri berkata: "Telah berlalu sunnah bahawa
harus penyaksian wanita dalam perkara yang tidak boleh dilihat kecuali oleh wanita, seperti kelahiran dan keaibannya dalam mereka” (Lihat Musannaf Abd Razak, Musannaf Ibn Abi Syaibah, lihat Nasb ar-Rayah 4/80 – di naqal daripadapada Al-Feqh al-Islami wa adilatuhu, 8/6045) Pandangan ini
ditarjihkan (dianggap sesuai dan lebih waqi’e) oleh Prof. Fathi Uthman Al-Qafa dari Universiti Al-Azhar.

Bagaimanapun ulama’ tidak pula menyebut persoalan asrama wanita, qias antara menjaga kepentingan wanita di atas mungkin, boleh diguna-pakai dalam hal asrama wanita. Ulama’
sepakat menerima penyaksian wanita dalam kes mengesahkan dara seseorang wanita lain dalam kes zina, rogol. Iaitu kiranya saksi wanita tadi mengatakan, tertuduh masih mempunyai dara, maka jelaslah ia tidak melakukan zina (Rujuk al-Mughni, Ibn Quddamah, bab syubaht fil ishbat). Kerana zina
tidak mungkin berlaku dengan mengekalkan dara. Justeru, perlu diingat, ini bermakna penyaksian wanita telah terlibat dalam hal hudud, iaitu dengan pengakuan saksi wanita, had boleh tertolak kerana syubhat atau boleh sabit.
Wallahu a’lam. (Lihat al-‘Uqubah, Imam Muhd Abu Zuhrah, hlm 223)

Begitupun, paling kurang, pesalah tidak akan terlepas, hukuman ta’zir akan dilaksanakan kiranya thabit
kesalahan melalui perbicaraan dengan bukti-bukti yang dikemukakan, malah hukuman ta’zir boleh mencecah tahap yang lebih berat daripada hudud malah sehingga ke tahap BUNUH, demikian menurut pandangan Mazhab Hanafi iaitu apabila diyakini mafsadah (keburukan) akan merebak sekiranya tidak
dilaksanakan hukuman Ta’zir dengan bunuh.
Lalu tidak ada ruang bagi mengatakan wanita diketepikan dalam Islam, bahkan penyaksian beramai-ramai tersebut mesti dihadapkan ke mahkamah, lalu perbicaraan dan bukti-bukti dibawakan. Ianya boleh thabit dan si pesalah dijatuhkan hukuman menurut
peruntukan hudud (bagi yang menerima pandangan kumpulan kedua) atau paling kurang melalui peruntukan ta’zir. Bukannya si pesalah akan terlepas begitu sahaja kerana disaksikan oleh wanita.!.



PENJELASAN BERKENAAN HUKUMAN TA’ZIR

Takrif Ta’zir

Menurut Ulama’ Hanafiah:
Ta’dib (Hukuman Pengajaran) selain Hudud. (Fath al-Qadir, Ibn Humam 5/112;
At-Ta’rifat, Al-Jurjani ms 55, Ad-Durru al-Muhtar, Ibn ‘Abidin 3/117)


Menurut Malikiah: “Hukuman yang tiada had tertentu daripada Allah, ianya dijatuhkan kerana ma’siat yang dibuat kepada Allah ataupun mencabul hak manusia” (Al-Syarh al-Kabir, Ad-Dardir
4/354)
Menurut Syafi’iyyah:
Hukuman Pengajaran ke atas dosa seseorang, dan bukan kaffarah (Mughni al-Muhtaj,
As-Syarbini, 4/191)

Menurut Hanabilah: Hukuman
yang disyariatkan ke atas jenayah yang tiada peruntukan hudud padanya (al-Mughni,
Ibn Quddamah, 8/324)

Hukuman ta’zir adalah masyru’ (disyari’atkan) di dalam Islam berdasarkan ayat al-Quran iaiatu (ayat
24 surah An-Nisa’, serta hadtih dari Abu Bardah (riwayat Bukhari dan Muslim), dari Ibn Abbas (riwayat al-Baihaqi dan at-Tirmizi), dari Muadz Bin Jabal (riwayat Ahmad , al-Hakim dan Nuruddin al-Haithami dalam Majma’ az-Zawaid) dan dari Amru Bin Syuaib (riwayat Al-Hakim, Ad Darul Qutni dan As-Sayuti).


Kadar Hukuman Ta’zir


Terdapat 4 jenis hukuman yang utama, bagaimanapun kadarnya diperselisih di kalangan ulama.
1. Sebatan atau pukulan

Bilangan sebatan diperselisihkan di kalangan ulama’ seperti berikut:
a) Tidak boleh lebih dari 10 pukulan sahaja. Ini adalah pandangan Imam Ishak Rahawaih, Al-Laith bin
Sa’ad, sesetengah ulama’ Syafie seperti al-Balqini dan al-Adzra’ie, majoriti ulama’ Hanbali dan Zohiri.

b) Harus lebih daripada 10 sebatan dalam ta’zir, tetapi kurang dari kadar hudud. Demikian pandangan
Jumhur Hanafiah, pendapat yang lebih tepat bagi mazhab Syafi’e dan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad.

Semua mazhab mempunyai dalil tersendiri yang panjang untuk didedahkan di sini. Pendapat yang
ditarjihkan (dianggap terkuat) oleh Tuan Guru kami, Prof. Dr Abd Fatah Idris (Prof. Feqh Perbandingan di Universiti Al-Azhar dan kini di Universiti al-Yarmouk) adalah pandangan mazhab pertama iaitu sebatan tidak melebihi 10 sebatan.

Kekuatan pukulan adalah dengan pukulan yang kuat, demikian menurut mazhab Hanafiah malah lebih kuat daripada pukulan hudud zina. (al-Hidayah wa syuruhiha, 5/117 )
Manakala pandangan Jumhur dari Mazhab Malikiah, Syafi’iyyah dan Hanabilah menyatakan sebaliknya. (Pukulan yang tidak mencederakan). Bagaimanapun pendapat Hanfiah disokong oleh tindakan oleh Saidina Umar yang memukul dengan kuat semasa menjatuhkan hukuman ta’zir. (al-Hidayah wa syuruhiha, 5/117 Ad-Durr al-Mukhtar 3/178).
Justeru, pandangan Hanfaiah lebih tepat sekiranya pukulan biasa tidak mampu memberi pengajaran kepada si penzina dan penjenayah. Kerana matlamat pukulan ini adalah pengajaran.


2. Kurungan atau penjara

Mazhab Jumhur (Hanafiah, Malikiah, Syafi’iyyah dan Hanabilah) menyatakan harus memenjarakan atas nama ta’zir, serta tidak ditetapkan kadar masanya. Ia bergantung kepada
tercapainya matlamat pengajaran terhadap si pesalah. (Rujukan yang sama). Hal ini berdalilkan kepada Hadith dari Bahaz bin Hakim (riwayat Al-Hakim, Abu Daud(3/314) , An-Nasaie(2/255), At-Tirmidzi (4/28) ) dan dari Abu Hurairah (riwayat al-Hakim 4/102) dan dari Yahya Bin Said al-Ansari.


3. Rampasan harta

Hal ini juga diperselisihkan di kalangan ulama’. Pandangan yang lebih kuat menurut Prof.
Dr Abd Fatah Idris setelah meneliti setiap dalil adalah, harus mengambil harta pesalah atau menghapuskan pemilikan harta pesalah sbagi ta’zir. (Lihat Ahkam at-Ta’zir, hlm 85)


4. Hukuman Bunuh

Mazhab Jumhur (Maliki, Syafi’e dan Hanbali serta Zohiri): TIDAK HARUS menjatuhkan hukuman bunuh ke atas pesalah. Melalui peruntukan hukuman ta’zir.
Mazhab Hanafi: Iaitu hukuman bunuh boleh dijatuhkan bagi kesalahan yang berat seperti Zina
berulang-ulang kali, iaitu dijatuhkan secara politik. Atau mencuri berulang-ulang sehingga membawa kemudaratan yang besar. Dan yang seumpama dengannya. (Fath al—Qadir, 5/113; Radd al-Mukhtar 3/180)
Tuan Guru kami, Prof. Dr. Muhammad ‘Uqlah al-Ibrahim (Prof. Feqh Muqaran dari Univ. Jordan dan Univ. al-Yarmouk, lulusan Phd Univ. al-Azhar thn 1978) mentarjihkan pandangan yang
mengharuskan ta’zir ke tahap bunuh bila ada maslahat. Hukuman ini sebenarnya biasa menurut perundangan sivil yang ada sekarang ini, seperti menjatuhkan hukuman mati mandatori bagi pengedar dadah, atau pembocor rahsia negara kepada musuh. Tetapi perlu diingat menurut Islam mendedah dan menegur kesalahan pemimpin negara yang dianggap rahsia bukanlah bermaksud membocor rahsia negara! Berdasarkan hadith Nabi yang membenarkan merebut kuasa (dengan cara mendedah kejahatan pemimpin agar rakyat tidak terpedaya)

Ini berdasarkan Hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid dari Ubadah bin Somit r.a. katanya: “Kami telah berbai’ah kepada Rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami. (Kami juga berbai’ah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat ‘Kufr Bawwah’ (kekufuran yang jelas) yang kami mempunyai alasan di sisi Allah (kami juga berbai’ah)
untuk menyatakan al-Haq di mana saja kami berada dan kerana Allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke-7199, Muslim hadith ke-1836) dalam riwayat Ibn Hibban disebut. Apabila jelas pemimpin mengajak kamu ke arah kemaksiatan. (al-Minhaj syarh Shohih
Muslim, Imam An-Nawawi)


Ta’zir2 yang lain seperti berikut :


1. Buang negeri/daerah.

2. Diruntuhkan rumahnya.

3. Dikeluarkan daripada rumahnya.
4. Diiklankan sebagai pelaku maksiat atau jenayah atau saksi palsu kepada umum.
5. Dicat hitam wajahnya atau disapu tepung dan sebagainya.
6. Dicukur rambutnya.

7. Diikat hidup-hidup dengan
diberi makan dan minum dan hak untuk solat . Tetapi tidak lebih 3 hari.


8. Dipulaukan.

Demikianlah antara bentuk lain ta’zir yang disebut di dalam kitab feqh bagi keempat2 mazhab. (Rujuk Fath al-Qadir, 5/112; Ad-Durr al-Mukhtar 3/178; As-Syarh al-Kabir Ad-Dusuqi 4/141; Jawahir al-Iklil 2/296; Mawahib al-Jalil 4/381; Rawdah al-Tolibin, 10/174; Muhgni al-Muhtaj 4/192; Al-Mughni Ibn Qudamah 8/236 )

PERSOALAN2 BERKAITAN WANITA TERANIAYA
Berikut ingin diperjelaskan beberapa persoalan yang sering kedengaran di kalangan wanita awam di
Malaysia :


Persoalan Pertama


Perempuan yang hamil / lahirkan anak tanpa suami boleh dijadikan qarinah (tanda) perbuatan zina dan
boleh didakwa melakukan zina kecuali beliau boleh kemukakan bukti bahawa dia tidak berzina.

Ada yang mengatakan: “Ini jelas menganiayai wanita - sudahlah hamil kena tuduh zina pula dan dikenakan hukuman.”

Penjelasan:

Ini tidak benar, hukuman hudud hanya akan dijalankan sekiranya wanita tersebut mengaku berzina, lalu hukuman thabit dengan iqrar atau pengakuan. Tetapi sekiranya wanita ini menyatakan bahawa ia dirogol (tanpa menuduh sesiapa) atau tidak sedarkan diri semasa berlaku hubungan seks itu akibat termakan ubat tidur berlebihan atau apa jua kenyataan yang menolak bahawa dia berzina. Maka Hukuman hudud TIDAK BOLEH DIJALANKAN SAMA SEKALI. Walaupun wanita tersebut menipu.
Ini adalah kerana berlaku syubhat (ragu) dalam pen’thabit’an jenayah zinanya. Perkara ini telah disahkan oleh As-Syeikh Prof. Dr. Abd Malik As-Sa’di bekas Mufti Iraq kepada penulis, Justeru, perbicaraan akan dilakukan sebagaimana perbicaraan mahkamah syariah. Hukuman akan diputuskan berdasar dalil-dalil dalam perbicaraan.

Sabda Nabi SAW:


Mafhum: “Tertolak pelaksanaan Hudud dengan adanya keraguan, cubalah sedayamu untuk tidak
menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Muslim” (Ibn ‘Adi dari Ibn Abbas, Musaddid dalam musnadnya mawquf atas Ibn Mas’ud. Hadith di dalam bab ini terdapat yang mawquf dan dhoif pada sanadnya, Bagaimanapun menurut Imam As-Syawkani, banyaknya jalan periwayatan hadith yang sama maknanya menyebabkan ia boleh digunapakai sebagai hujjah, juga melihat bahawa ia telah diamalkan oleh
Saidina Umar dan Saidina Uthman ra–Nailul Awtar, 7/117, cet Dar al-Khair)


Jelasnya, wanita tidak
langsung dianiaya dalam hal ini, tidak pula dengan mudah dilepaskan, kerana
telah mempunyai tanda hamil tanpa suami. Maka semestinya telah berlaku
hubungan seks di luar nikah. Kalau thabit ia dirogol, maka sudah tentu tidak
dijatuhkan hukuman. Tapi kiranya gagal menolak qarinah (bukti) ia berzina (kerana hamil tanpa suami) dengan sebarang dalil yang kuat, barulah ia akan dikenakan hukuman, iaitu dengan ta’zir.

Malah sekiranya thabit dia berzina dengan qarinah dan baiyinah, maka hukuman hanya akan dijatuhkan
selepas bersalin. Ini jelas daripada perbuatan Rasullah SAW yang tidak melaksanakan hukuman hudud ke atas wanita yang mengaku berzina dan minta untuk direjam, sehinggalah wanita tersebut selesai melahirkan kandungannya, malah Rasul juga mengambil berat tentang hal penyusuan anak yang dilahirkan itu. Iaitu hanya selepas seorang lelaki bersedia menguruskan hal penyusuan bayi tersebut, barulah Rasulullah melaksanakan hukuman rejam. (Hadith ini daripada Sulaiman Bin Buraidah diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ad-Dar Qutni. Lihat Nailul Awtar 7/123. Ia merupakan hadith yang shohih. Ia jelas menunjukkan betapa toleransinya Islam.


Persoalan Kedua

Timbul dari Kesalahan qazaf perkara 9 (1). Dalam Sebahagian daripada (Draf) Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas)
Mereka mengatakan: Kalau tak ada bukti alangkah teraniaya wanita itu. Iaitu tidak dapat menuduh
lelaki yang dikenal-pasti merogolnya. Akibat tidak mempunyai 4 saksi.


Sebagaimana tercatat di dalam Enakmen Hudud yang dibawakan oleh Kerajaan Terengganu iaitu :

BAHAGIAN III

QAZAF


Maksudnya: “Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa empat orang saksi, maka
sebatlah mereka lapan puluh kali sebatan; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasiq.” (Surah al-Nur, 24 :4)


Qazaf
7. (1) Qazaf ialah membuat tuduhan zina yang tidak dibuktikan oleh empat orang saksi lelaki terhadap
seseorang Islam yang mukallaf dan dikenali sebagai seorang yang bersih diri daripada kelakuan zina.

(2) Qazaf juga boleh dilakukan dengan membuat suatu pernyataan dengan cara yang nyata seperti
menyatakan bahawa seseorang tertentu telah melakukan zina atau dengan cara tersirat seperti menyatakan bahawa seseorang itu bukannya bapa ataupun bukannya anak kepada seseorang yang tertentu.

(3) Pernyataan di bawah subseksyen (2) adalah dianggapkan sebagai qazaf melainkan ia dibuktikan
dengan empat orang saksi lelaki, dan jika pernyataan itu tidak boleh dibuktikan sedemikian maka orang yang membuat tuduhan itu adalah melakukan kesalahan qazaf; tetapi sekiranya pernyataan itu dibuktikan, maka orang yang terhadapnya kenyataan itu dibuat adalah melakukan kesalahan zina.

(4) Sesuatu pernyataan di bawah subseksyen (2) adalah dianggap tidak terbukti, sekiranya seseorang
atau beberapa orang saksi yang berempat yang dipanggil untuk memberi keterangan menyokong pernyataan itu enggan memberi keterangan itu atau jika keterangan itu diberi keterangan itu bercanggah dengan pernyataan itu; dan dalam hal yang seperti itu maka tiap-tiap orang saksi yang memberi keterangan yang menyokong pernyataan itu hendaklah dianggapkan telah melakukan kesalahan qazaf.


Hukuman Qazaf

8. Sesiapa yang melakukan kesalahan qazaf hendaklah dihukum dengan hukuman sebat sebanyak lapan puluh kali sebatan dan keterangannya sebagai saksi tidak boleh diterima lagi sehingga dia bertaubat atas perbuatannya itu.

Kesalahan Yang Dikira Kesalahan Qazaf

9. (1) Seseorang yang mengadu dirinya dirogol oleh orang tertentu dengan tidak mengemukakan bukti
(nyata) yang dikehendaki oleh syarak berkait dengannya atau dengan tiada sebarang qarinah bagi menyokong dakwaannya itu telah melakukan kesalahan qazaf.

(2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa berupaya membawa saksi yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan
kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.


TAMAT PETIKAN ENAKMEN HUDUD T’GANU

Penjelasan Terhadap Persoalan Di atas:

Persoalan menuduh individu tertentu sebagi perogol atau berzina adalah kesalahan yang serius di dalam Islam. Malah Islam meletakan Maruah di dalam salah satu Dhaaruriyat al-Khams
(Lima keperluan asasi yang mesti dijaga) di dalam Islam. Manakala menuduh sesorang zina tanpa bukti adalah salah satu daripada tujuh dosa besar: Sebagaimana Sabda Nabi dalam hadith daripada Abu Hurairah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim (Rujuk talkhis al-Khabir, Ibn Hajar, Naylul Awtar
7/252).

Justeru, tidak ada sesiapa boleh menuduh zina seseorang yang lain tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki adil yang melihat dengan jelas kejadian zina atau rogol berlaku, sehingga mereka dapat melihat sebagaimana pen dimasukkan ke dalam tutup pen. Barulah boleh dianggap saksi. Jika sekiranya hanya ‘berbaring di atas’ tanpa dapat melihat yang dinyatakan tadi, maka tidak dianggap saksi. Perkara ini sememangnya sukar, kerana Hudud tidak boleh dilaksanakan walaupun terdapat hanya 1% keraguan. Tetapi ini tidaklah bermakna si pesalah boleh berseronok tanpa hukuman, kerana, jika jenayahnya ‘thabit’ melalui bukan jalan saksi, ia akan dikenakan ta’zir sebagaimana yang telah diterangkan bentuk-bentuknya tadi. Bukankah ta’zir juga cukup berkesan untuk mengajar dan menghukum si pesalah.

Cuma, wanita tanpa mempunyai saksi, tidak dibolehkan menuduh sesiapa kecuali dengan kaedah
membawa bukti-bukti (qarinah-qarinah) terkuat mengikut cara perundangan ke mahkamah atau ke qadhi dan hakim. Ia mesti dilakukan dengan teliti agar tidak sabit hukum qazf ke atasnya. Antara kaedahnya:-

a) Tanpa melakukan tuduhan rambang, terbuka kepada umum dan sebagainya, kerana ia mungkin tersilap lalu menyebabkan maruah yang dituduh tercalar teruk pada pandangan umum. Jika berlaku demikian, ia pasti dinggap telah melakukan qazf.
b) Dengan membawa bukti-bukti itu ke muka pengadilan, wanita tersebut tidak dikenakan qazf.
Ini jelas disebut di dalam enakmen di atas, Perkara 9(2). Iaitu ayatnya “dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf.”

c) Wanita tersebut tidak boleh menyatakan dengan yakin nama lelaki terbabit, ia mesti menyebut
“berkemungkinan lelaki A telah merogol saya berdasarkan qarinah dan bukti yang saya bawa”. Perkataan ini tidaklah sabit hukum qazf kerana terdapat syubhat pada perkataannya. Iaitu tuduhannya tidak jelas. Lelaki A, juga masih belum sabit merogolnya hinggalah qarinah dikaji, dan sudah tentu
qarinah tidak mampu membawa seseorang untuk dihukum dengan peruntukan Hudud. Tapi ia cukup untuk dijatuhkan hukuman ta’zir.

d) Wanita tersebut juga boleh bertaubat kepada Allah dan mesti juga meminta ampun kepada lelaki yang dituduhnya. Kiranya dimaafkan oleh lelaki tadi, maka menurut pandangan yang
rajih, terlepas hukuman qazf ke atas wanita itu. JELASNYA WANITA TIDAK TERANIAYA LANGSUNG.


Bagaimanapun, perlu diingat, berapa ramai pula hari ini, muncul wanita yang berzina dengan teman
lelakinya, tetapi akibat ditinggalkan teman lelaki maka mendakwa dirinya dirogol, atau terdapat juga wanita jahat yang diupah dan sebagainya, yang sengaja mahu menjerat individu tertentu maka menuduh dirinya dirogol individu sasarannya, tanpa bukti langsung. Justeru dengan adanya hukuman
qazf ini, perkara ini akan terhalang.
Maka, keadilan hukum Islam ini menyelamatkan kedua-dua pihak, sama ada pihak wanita yang dicabuli (dengan hukuman hudud atau ta’zir ke atas lelaki yang mencabulinya) dan pihak lelaki (boleh dithabit hanya dengan 4 saksi atau bukti yang nyata tanpa boleh
dituduh sebarangan) Jelas, Islam menjaga kedua-dua belah pihak tanpa sedikitpun menzalimi mereka.


Apa itu Qarinah?


Bukti-bukti ini disebut qarinah di dalam Islam, ia terbahagi dua iaitu qarinah yang kuat (qat’ie)
dan yang lemah (zanni). Qarinah yang kuat, cukup untuk mengharuskan hukuman dilaksanakan. (Rujuk Al-Feqh alI-Islami wa adillatuhu, 8/ 6128). Bagaimanapun sekuat mana pun qarinah, ia masih sebenarnya tidak lepas dari syubhat. Contohnya: mengandung tanpa suami, mungkin sahaja dengan memasukkan air mani ke dalam rahimnya dengan alat moden. Justeru, untuk menjatuhkan
hukuman hudud ke atas seseorang dengan berpegang kepada qarinah amat amat tipis. Amat sukar untuk menwujudkan qarinah qat’ie.
Di dunia hari ini contoh qarinah seperti kesan air mani, bulu-bulu, darah dan cap jari boleh dianalisa dan dipastikan kepunyaan lelaki atau individu tertentu. Kiranya
sabit, ia hanya cukup untuk dilaksanakan ta’zir kerana qarinah ini bersifat Zanni. Bagaimanapun perlulah melalui perbicaraan yang lengkap terperinci. Demikian juga bau arak di mulut bagi menthabitkan hukuman kerana minum arak. Mengandung tanpa suami juga adalah qarinah.

Bagi mereka yang menyatakan: “Bagaimana Jika tiada bukti?” Maka soalan ini sepatutnya
ditujukan juga kepada undang-undang yang ada hari ini, adakah undang-undang
yang ada hari ini membenarkan si lelaki dijatuhkan hukuman tanpa bukti? Maka mengapa ingin disalahkan hukuman Islam kerana memerlukan bukti, tanpa dilihat semua undang-undang memerlukan bukti untuk dithabitkan kesalahan. Hanya undang-undang rimba ciptaan manusia tertentu, tidak memerlukan bukti atau cukup dengan saksi pembohong
. Telah disebut tadi bahawa qarinah (bukti)
boleh didapati dengan mudah bagi mereka yang dirogol seperti air mani, air liur, cap jari dan sebagainya. Adalah sukar untuk tidak meninggalkan tanda secara total.


KESIMPULANNYA:


1. Penyaksian wanita tidak diterima hanya dalam kes hudud dan Qisas atas sebab fitrah semulajadi yang dijadikan Allah SWT. Ia juga diakui oleh Nabi SAW. Ia adalah sebenarnya suatu keadilan iaitu meletakkan wanita hanya di tempat yang mampu baginya. Bagaimanapun, penyaksian wanita diterima dalam perkara harta dan beberapa yang lain.
2. Hudud tidak akan dikenakan ke atas wanita yang mengandung tanpa suami, sekiranya ia
menyatakan ia dirogol, kerana syubhat, tetapi hukuman haqiqi di akhirat adalah terlebih amat berat, kiranya ia berbohong.

3. Wanita yang dirogol tidak boleh menuduh sebarang lelaki sebagai perogolnya, kecuali setelah mempunyai 4 saksi lelaki muslim aqil, baligh dan adil. Kiranya tiada, bolehlah wanita membawa bukti-bukti lain yang ada ke muka pengadilan, tanpa membuat tuduhan. Kiranya ia menuduh juga tanpa 4 saksi, ia dihukum qazaf lalu disebat dengan 80 sebatan tanpa cedera.
4. Walaupun si perogol lelaki tidak dikenakan hukuman hudud akibat tidak mempunyai 4 orang saksi,
tetapi ia tetap dikenakan hukuman ta’zir menurut kadar keseriusan jenayahnya (kiranya thabit kesalahan melalui perbicaraan dengan bukti-bukti). Hukuman Ta’zir juga cukup berkesan dalam menghukum pesalah.

5. Wanita langsung tidak teraniaya dan dizalimi dalam peruntukan hukuman hudud, demikian juga lelaki yang diberi hak seadilnya.

6. Mereka yang sering memprotes hukuman Islam ini tidak lain hanyalah akibat kurang ilmu dan
kefahaman atau kerana benci terhadap Islam atau kurang imannya. Juga akibat
sebab-sebab politik sempit perkauman tanpa didasari Islam.

7. Sebenarnya protes terhadap hukuman hudud, (kononnya menganiaya wanita dirogol dan hak wanita) adalah isu lapuk dan tradisi pemimpin kerajaan, ia dibuat akibat benci dan jahil terhadap kandungan Perundangan Islam. Padahal, lebih utama jika mereka selaku pemimpin negara membanteras sebab-sebab berlakunya jenayah rogol dalam masyarakat Malaysia yang semakin menggila kadarnya. Bukankah itu lebih relevan dengan tugas mereka?! Demikianlah perbincangan
serba ringkas tetapi cuba dipadatkan, semoga memberi menfaat untuk semua golongan yang masih merasai rungsing dan tidak yakin dengan hukuman adil ciptaan Allah Rabbul Jalil, ia hanya diolah dalam bentuk perundangan semasa oleh panel khas yang pakar lantikan kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan, terdiri daripadapada kumpulan ulama’ dan cendiakawan bertauliah.


Akhirnya, Islam tidaklah beria-ia menggalakkan umatnya dijatuhi hukuman hudud jika tidak mempunyai
kepastian 100%, ini dijelaskan oleh Nabi SAW:





Mafhum: Cubalah sedaya upayamu untuk tidak mengenakan hukuman hudud ke atas Muslimin, sekiranya kamu dapati jalan keluarnya maka lepaskanlah ia, sesungguhnya Imam tersilap dalam menjatuhkan hukuman lepas adalah lebih baik dari tersilap dalam menjatuhkan hukuman denda’ (Riwayat oleh at-Tirmidzi, al-Hakim, Al-Baihaqi dari A’isyah, Ali dan Ibn Mas’ud, terdapat dhoif dalam sanadnya tetapi mempunyai banyak cabang sehingga menguatkannya. Yang tershohih dalam bab ini
adalah hadith daripada Sufyan at-Thawry dari Asim bin Abi Wail dari Abdullah Bin Mas’ud. Lihat Nailul Awtar, Imam As-Syawkani, 7/116)
Segala yang baik dan benar hanya daripada Allah SWT, yang silap datangnya daripada kelemahan diri, penulisan ini terbuka untuk menerima komentar kiranya terdapat kesilapan.

Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman
Jab. Feqh & Usul Feqh,
Jordan


zaharuddin@yahoo.com


Al-Faqir ila afwi rabbih,

1 Jamadil awal 1423 H
bersamaan 12 Julai 2002 , Ibid, Jordan

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Hudud Dan Perlaksanaannya

Post by Admin on Tue Sep 15, 2009 12:15 am

wah,,, panjang lebar tul penerangan dari pijan.. menda ni patutnya kena bahas kat palimen.. tanya la MP2 kat sana.. aku rasa dia orang sedia maklum menda ni.. cuma biasa laa bila dah ada MP beragama lain ni menda ni susah nak diterima... jadi siapa yang tanggung dosa? Kita sebagai pengundi atau penggubal undang2 dan dasar negara? tepuk dada tanya selera

_________________
http://forumcentral.forum-motion.com
Masuk kandang harimau mengaum..
Masuk kandang kambing mengembek..


Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

http://forumcentral.forum-motion.com

Back to top Go down

Re: Hudud Dan Perlaksanaannya

Post by Pijan on Tue Sep 15, 2009 12:22 am

Admin wrote:wah,,, panjang lebar tul penerangan dari pijan.. menda ni patutnya kena bahas kat palimen.. tanya la MP2 kat sana.. aku rasa dia orang sedia maklum menda ni.. cuma biasa laa bila dah ada MP beragama lain ni menda ni susah nak diterima... jadi siapa yang tanggung dosa? Kita sebagai pengundi atau penggubal undang2 dan dasar negara? tepuk dada tanya selera


Parlimen tu pakai sistem majoriti dan majoriti di Parlimen itu adalah mereka2 yang menolak hukum Allah SWT nih...Kita sebagai pengundi nih kalau ikut sama undi mereka2 yang tolak hukum Allah SWT walaupun mereka paham tentang wajibnya benda ni, maka kita pun sekali la share saham..

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Hudud Dan Perlaksanaannya

Post by Sponsored content Today at 10:24 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum