Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

» tambah owner lagi!
Sat Jul 24, 2010 8:38 pm by edora

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 33 on Fri Sep 30, 2016 11:47 pm
Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Peritnya Bila Baru Memeluk Agama Islam DiMalaysia.....

View previous topic View next topic Go down

Peritnya Bila Baru Memeluk Agama Islam DiMalaysia.....

Post by Admin on Sat Sep 19, 2009 5:58 pm

Kunjungan
Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tengah malam tadi ke
rumah puan Fatimah Abdullah, 29 tahun di Flat Simpang Kuala, Alor Setar
berkesudahan dengan linangan air mata semua yang terlibat.

Ini memandangkan dalam kesibukan sebahagian besar umat Islam yang
berkemampuan menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut ketibaan 1
Syawal akan datang, masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam
kesusahan dan melarat.

Lebih memilukan hati dan perasaan apabila melihat yang menanggung
kesusahan itu dalah seorang ibu tunggal dari kalangan saudara baru yang
dalam keadaan yang amat daif.

Sungguh mengejutkan kerana kami mendapati keadaan kehidupan saudara
baru tersebut cukup daif kerana tidak ada apa-apapun makanan lain
kecuali setengah kampit beras.

Setelah melihat sendiri keadaan saudara baru berkenaan, maka pihaknya
rasa terpanggil untuk membuat rayuan dari kepada seluruh umat Islam di
negara ini yang berkemampuan supaya tampil memberi bantuan kepada
Fatimah yang sedang dalam kesusahan.

Dari maklumat yang diterima dari Fatimah, kehidupannya amat susah
sekali..setelah diceraikan oleh suaminya kira-kira 2 tahun lalu. Kini
ia tidak ada apa-apa yang ditinggalkan oleh suaminya kecuali terpaksa
membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil yang berumur antara
2-8 tahun.

Buat masa ini saudara baru ini menumpang di rumah Yayasan Islam Negeri
Kedah tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik yang terpaksa
ditanggung oleh pihaknya sendiri.

Ketika berkunjung ke rumahnya kami mendapati anak sulung (lelaki)
terlantar di katil kerana cedera di bahagian bawah mata akibat terjatuh
ketika bermain di luar rumah pada siang hari.

Tidak ada ubat yang mampu diberikan, apa lagi untuk membawanya ke
klinik berhampiran. Dua lagi anaknya sedang menjamah makanan iaitu nasi
putih yang tidak berlauk, kata Basir Haji Ismail, setiausaha agung
Pembela.

Lebih malang lagi, anak sulungnya yang berumur lapan tahun tersebut
tidak lagi dapat meneruskan pengajian kerana tidak mampu untuk menyara
kos persekolahannnya setiap hari.

Fatimah, nama asalnya Lim Yen Thik berkata, "Saya tidak tahu nak buat
apa-apa, kecuali menjaga anak-anak yang masih kecil. Nak kerja cari
duit, susah, lebih-lebih lagi kalau jauh dari rumah."

"Kalau ada masalah, saya mengadu kepada Haji Ibrahim Lai kerana
dia adalah pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis. Keluarga
kandung langsung tak mau ambil peduli tentang saya lagi kecuali saya
bersetuju balik semula kepada agama asal (Budha)," katanya.


"Rasa perit apabila memeluk agama Islam, keluarga kandung buang
saya. Jiran tempat tinggal (Melayu) pun tak mahu berkawan kerana mereka
anggap saya bukan orang Islam, tak tahulah apakah ini ujian dari Tuhan
kepada saya," katanya.


Sehubungan itu, Basir bagi pihak Pembela ingin merayu kepada
orang ramai, khususnya umat Islam yang berkemampuan supaya dapat
menghulurkan sumbangan kepada Fatimah dengan seberapa segera.


Sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadinya atas
nama LIM YEAN THIK, nombor akaun Maybank 1521 7003 1022 ataupun
menghubunginya di talian 019-514 7892. Keterangan lanjut boleh
menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail). _

Ingatlah - walau sedikit manapun sumbangan anda, nescaya akan
digandakan oleh Allah pahala tersebut di dalam bulan yang mulia
ini. Sumbangan anda bakal menceriakan saudara kita ini, sumbangan anda
diperlukan kerana dia saudara kita.....

'Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan atau
kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan ia menyuruh kamu
melakukan perbuatan keji (bersifat kedekut); sedangkan Allah
menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan
kurniaanNya. Allah Maha Luas (limpah rahmatNya) lagi Maha Mengetahui'
(Al Baqarah : 268)


(Gambar:Fatimah bersama dua anaknya, hanya nasi puteh
tanpa lauk yang sedang di makan oleh anak kecil ini.)


== betapa susahnya hidup dinegara yg utamakan bangsa daripada agama..
inilah nasibnya.... lenkali cuba2 laa masuk bangsa, jgn masuk
agama...lebih terjamin idup...


Last edited by Pijan on Mon Oct 12, 2009 2:11 pm; edited 1 time in total (Reason for editing : Tajuk asal tak sesuai...harap maaf)

_________________
http://forumcentral.forum-motion.com
Masuk kandang harimau mengaum..
Masuk kandang kambing mengembek..


Admin
Admin
Admin

Posts : 1456
Join date : 12/08/2009
Location : Wilayah Iskandar

http://forumcentral.forum-motion.com

Back to top Go down

Re: Peritnya Bila Baru Memeluk Agama Islam DiMalaysia.....

Post by !k!n@Pr!s0N BrEak on Mon Oct 12, 2009 10:38 am

mane agaknye jantan yg islamkan beliau...hampeh tol

!k!n@Pr!s0N BrEak
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 331
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

Re: Peritnya Bila Baru Memeluk Agama Islam DiMalaysia.....

Post by Pijan on Mon Oct 12, 2009 2:09 pm

Title kene tukar nih...tak sesuai la gune "susah"...

_________________

Pijan
Moderator
Moderator

Posts : 1171
Join date : 21/08/2009
Age : 41
Location : KuaLa LumPur

Back to top Go down

Re: Peritnya Bila Baru Memeluk Agama Islam DiMalaysia.....

Post by Sponsored content Today at 8:38 pm


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum