Forum Central
Kami telah berpidah ke server baru <a href="WWW.KAMPUNGFM.COM">KAMPUNGFM.COM</a>
Log in

I forgot my password

Search
 
 

Display results as :
 


Rechercher Advanced Search

Latest topics
» Cara upgrade driver
Tue Feb 12, 2013 5:21 am by Syukur Azzaha

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED RM 15/KG
Fri Jun 22, 2012 11:23 pm by miezza

» PROMOSI!!! SERBUK ICE BLENDZ (16 - 20 MAC 2012) - RM13 PER 1KG
Fri Mar 16, 2012 1:28 pm by DezireMarketing

» MEMPROSES DAN MEMBEKAL SERBUK (POWDER) ICE BLENDED
Mon Aug 01, 2011 5:09 pm by Liana

» Kenali aku,
Thu Dec 16, 2010 1:43 pm by weather

» Rahsia Menjana RM20,000 Dalam 20 hari
Wed Sep 29, 2010 6:43 pm by ASBN

» DUIT MASUK HARI-HARI RM50-500, REBUT PELUANG SEGERA
Wed Sep 29, 2010 6:42 pm by ASBN

» KIAMAT DAN KEADAANNYA
Sat Aug 21, 2010 10:16 am by krulayar

» tambah owner lagi!
Sat Jul 24, 2010 8:38 pm by edora

Who is online?
In total there is 0 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 0 Guests :: 1 Bot

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 33 on Fri Sep 30, 2016 11:47 pm
Social bookmarking

Social bookmarking Digg  Social bookmarking Delicious  Social bookmarking Reddit  Social bookmarking Stumbleupon  Social bookmarking Slashdot  Social bookmarking Furl  Social bookmarking Yahoo  Social bookmarking Google  Social bookmarking Blinklist  Social bookmarking Blogmarks  Social bookmarking Technorati  

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

Bookmark and share the address of Forum Central on your social bookmarking website

RSS feeds


Yahoo! 
MSN 
AOL 
Netvibes 
Bloglines 


KampungFM



Affiliates
free forum


Pesawat TUDM Dibaling Batu Dan Dihalang Mendarat di Padang

View previous topic View next topic Go down

Pesawat TUDM Dibaling Batu Dan Dihalang Mendarat di Padang

Post by pakutekan on Tue Oct 06, 2009 5:24 pm

Pesawat TUDM Dibaling Batu Dan Dihalang Mendarat di Padang









KUALA
LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan menyiasat insiden
pesawat pengangkut C-130 Hercules dibaling dengan batu oleh penduduk
Padang, ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan
kemanusiaan ke wilayah yang dilanda gempa bumi itu, baru-baru ini.

Panglima TUDM, Jeneral Datuk Rodzali Daud, berkata tindakan itu boleh
dilihat seolah-olah kehadiran pesawat Malaysia kurang disenangi
segelintir masyarakat di kawasan terbabit.

“Kita menerima laporan bahawa pesawat C-130 Hercules dilempar batu
ketika melaksanakan misi menyelamat dan menghantar bantuan kepada
mangsa bencana baru-baru ini.

“Bagaimanapun TUDM menerima kejadian itu dengan rasional dan memastikan
anggotanya tidak terikut-ikut dengan tindakan segelintir penduduk
tempatan terhadap aset serta anggota yang dikerah ke sana.

“Kita pergi ke tempat yang mengalami darurat atau bermasalah, maka kita
tidak mahu menimbulkan lagi masalah lain. Apa yang perlu kita buat
ialah membuat siasatan kerana sudah ada laporan.

“Namun, kita akan mengambil langkah yang sewajarnya supaya kejadian
berkenaan tidak berulang. Memandangkan operasi masih berjalan, kita
akan melaksanakannya sehingga selesai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kongres
Perubatan Ketenteraan Sedunia (WCMM) ke-38 di sini, semalam yang
disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Rodzali mengulas laporan pesawat C-130 Hercules dilempar batu dan
dihalang mendarat oleh segelintir penduduk Padang yang dikatakan masih
berang terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet.

Pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Subang ke Lapangan Terbang
Antarabangsa Minangkabau, satu-satunya lapangan terbang komersial yang
masih beroperasi di Padang.

Beliau berkata, kejadian itu tidak mematahkan semangat anggota dan
pegawai TUDM bertugas kerana mereka memikul tanggungjawab yang sudah
diamanahkan kerajaan bagi membantu negara jiran yang dilanda bencana.

Sementara itu, Ahmad Zahid menganggap tindakan sekumpulan kecil
penduduk Padang membaling batu pada pesawat TUDM itu sebagai permainan
budak-budak nakal.

“Di sana mungkin ada budak-budak nakal, namun kita tetap mengutamakan
semangat saudara serumpun. Cubit paha kanan, paha kiri terasa juga.
Maka, kita akan meneruskan operasi sehingga keadaan di sana tenang dan
kembali seperti sedia kala,” katanya.

Beliau berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menghantar 53
orang lagi ke Padang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan, petang semalam.

paku amik dr forum sebelah...
pe pendapat kengkawan kat sini lak??


pakutekan
baby
baby

Posts : 2
Join date : 06/10/2009

Back to top Go down

Re: Pesawat TUDM Dibaling Batu Dan Dihalang Mendarat di Padang

Post by !k!n@Pr!s0N BrEak on Tue Oct 06, 2009 5:46 pm

pendapat aq lak...
pade aq dorang tu xtau berterime kasih dah org tolong baling lak batu..umpama tolong anjin tersepit kite lak digigitnye.dorang belagak sebab u.s pon antar bantuan kalau xdpt dr malaysie dr negare len leh dpt.ntah sampai bile negare tu nak belagak bodo sombong.

!k!n@Pr!s0N BrEak
Baru Kerja
Baru Kerja

Posts : 331
Join date : 25/08/2009

Back to top Go down

Re: Pesawat TUDM Dibaling Batu Dan Dihalang Mendarat di Padang

Post by Mr.Puaka on Sat Oct 10, 2009 8:09 pm

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Mereka ini lupa golongan yang mereka hina dan caci inilah golongan pertama akan hulurkan tangan setiap kali mereka di timpa musibah.

Kerajaan kita dh lakukan sebaik mungkin utk menjaga hubungan baik kedua negara, selebihnya terserah kepada kebijaksanan pemerintah dorang la mcm mane nak didik rakyat mereka. Yang penting kita jangan ikut cara mereka.

_________________
Pesan Nenek........ Mencari yang hilang adalah lebih baik kerana seseorang itu sudah mula insaf. Mencari yang tiada adalah satu perbuatan yang sia sia. Oleh Itu adalah lebih baik mencari yang hilang berbanding mencari yang tiada.

Mr.Puaka
Moderator
Moderator

Posts : 741
Join date : 27/08/2009
Age : 36
Location : Kuala Lumpur

http://xat.com/kedaimamak

Back to top Go down

Re: Pesawat TUDM Dibaling Batu Dan Dihalang Mendarat di Padang

Post by ariff on Sun Oct 11, 2009 12:01 pm

hah bahaye 2...............

ariff
Budak Sekolah Menengah
Budak Sekolah Menengah

Posts : 71
Join date : 01/09/2009
Age : 26
Location : kedah

Back to top Go down

Re: Pesawat TUDM Dibaling Batu Dan Dihalang Mendarat di Padang

Post by Sponsored content Today at 10:21 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum